Wednesday 10 December 2014

Cuti-cuti Sunway: Sunway Lagoon

Assalamualaikum..
7 Disember 2014
Lokasi: Sunway Lagoon..

Pagi tu, kitorang siap2 la nak pergi Sunway Lagoon. Dari hotel boleh turun tangga bergerak aka escolator. 
Masalahnya bukan 1 tapi 5 tingkat!
So dengan niat tak nak Mak susah nak turun, kitorang pun buat keputusan turun ikut Sunway Pyramid.. So, masuk dari main entrance. 

Ya Allah... Ramainya manusia.. 
45 minit beratur untuk beli tiket sahaja.
Untuk tiket, hanya aku dengan Ilah je yang kena bayar. Mak free sebab besday, Abah free sebab warga emas, Iman & Amin pulak sebab budak2. Kakak Amani pulak mengamuk tak nak masuk.. terpaksa la tinggal kat hotel dengan Mama Papa dia.

Ok, nak masuk kna pakai tag ni.
Mula2 masuk nampak benda ni.
Budak ni penakut. Mula2 cakap nak main. Lepas tu, dah naik, dia menangis2 nak turun pulak. Terus tak jadi.

Duduk berehat sebab penat beratur beli tiket pun tak hilang lagi.

Mula2 nak beli aiskrim. Dah amik nak bayar rupanya tak boleh pakai cash. Kena topup kat kaunter, nak bli apa2 kena scan kat tag yang pakai kat tangan tu. Duit tolak dari situ. Mana la kitorang tau. Nama pun 1st time masuk. Huhuhuhu.. Then pergi topup dulu barulah boleh bli. Ais krim biasa2 RM3 sebatang. Iced Lemon Tea Season RM4 sebotol.


Scream Park. Tak masuk pun.. huhu..

Berhenti bergambo dulu.
Next, Wild Life Park
Tengok tiger dulu
Tiger tido
Time ni Mak dah tak larat nak jalan dah.
Yang lain2 sambung tengok bear.
Bear
Sementara Mak & Abah berehat,
Kitorang tinjau2 kat tempat lain..
Dekat2 situ je. Ni burung pulak.
Kat sebelahnya White Lion
Sepasang White Lion
My Sista.. Pejam pulak..
Next, nak pergi ke Water Park..
Extreme Park idaman kalbuku memang tak dapat la nak pergi. Keadaan tak mengizinkan. Ketepikan kehendak sendiri. Family lagi penting.. huhuhuhu..
Nasib baik la naik benda ni.

Tibalah tempat yang dituju.
Vuvuzela.
Memang pikir 56 kali la kalau aku nak naik.

Ni lepas 1 round main.

Mak & Abah dah letih. Tengok dari kerusi je.
Budak2 ni pulak tak nak balik. So, aku dengan Ilah pun terpaksa buat keputusan hantar Mak & Abah balik hotel dulu. Hantar sampai pintu yang menghubungkan Lagoon dengan hotel. Melalui 5 tingkat tangga bergerak tu. Rupanya tu adalah laluan paling dekat nak ke hotel. Silap besar kitorang masuk dari main entrance. Kesiannya Mak Abah... huhuhu.. =(

Bila Mak Abah dah selamat naik, kitorang masuk balik ke dalam.

Amik gambo dengan maskot dulu.
Salah satu sebab Amani tak nak masuk tu sebab takut dengan benda ni la. Huhu..
Shower
kasik shower sikit..
Sambung main air








Ok, bila budak2 dah puas main,
kitorang pun balik la...
Lepak dekat kerusi kat depan gua ni
Sambil keringkan badan
Sambil makan sandwich.

Lepas tu, dengan baju yang tak berapa nak kering tu, masuk Sunway Pyramid jap amik kek besday Mak di Baskin Robbin yang kitorang dah booking hari sebelum tu. Lepas tu, balik hotel.

Tamat cerita di Sunway Lagoon.

Yang dua orang budak lagi yang taknak masuk tu pun main air. Tapi kat dalam tab mandi hotel. Kuang3
Amani & Auni
Haaaa.. Tudia... kemain seronok lagi..
Jadilah tu..




Nota kaki:
# Next time kalau nak pergi lagi, better masuk ikut entrance dari hotel. Lagi dekat. Tak perlu nak beratur panjang.
# Dalam tu ada kedai jual cenderamata. Dapat la aku bli seketul fridge magnet berharga RM8.50

No comments: