Wednesday, 17 December 2014

Bye2 Lula, Arcoxia & Aerius.

Assalamualaikum..
14 December 2014
Lokasi: City Park, Seremban 2

Niat untuk melepaskan kura-kura akhirnya terlaksana juga. Dalam hati rasa sayu sangat. Tapi memandangkan aku pun dah tak fokus nak menjaga diorang ni, lebih baik lepaskan je. Biarlah diorang bebas. 

City Park dipilih sebab kat sini ada banyak sangat-sangat kura-kura. Lepas tu sentiasa ada je orang bagi makan. So tak risau la kalau diorang tak makan ke apa ke.

Gambar terakhir bersama Lula, Arcoxia & Aerius.

Lula kepunyaan Ain.
Masa bawak balik rumah, 4 ekor semuanya.
Nama diberi: Lula, Lulu, Lala, Lolo
Tapi Lula je yang survive.

Lepas tu bawak balik pulak Arcoxia & Aerius. Sekor aku punya, sekor Ika punya.
Masa tu jugak aku dapat Sein aka Senokot, Ikan Puyu aku yg IKU (Ikan Kurang Upaya) Kemain lagi aku bagi nama. Nama ubat tu...

Aku bersama Arcoxia & Aerius.
Maafkan aku ye andai selama ni aku mengabaikan korang. Jaga diri korang baik2 kat kolam ni.. huhuhu..

Ready untuk dilepaskan..
Ain ceramahkan Lula dulu.
Ramai pulak penonton..
Siap ada yang mintak nak ambil.
Tapi tak bagi pun. Biarlah diorang hidup bebas. Tak payah la nak sangkar2 lagi. Huhuhu...
Lula tak nak pergi. Statik je dia duduk atas batu, tak nak masuk dalam air. Sampai Ika terpaksa tolak masuk dalam air, barulah dia berenang. Dia sedih kot. 
Maklumla... Dah 2 tahun bela.. 
Arcoxia & Aerius pulak masuk je terus lesap..
Budak2 la katakan.. 
Aerius masuk celah batu, lepas tu tak muncul terus. Arcoxia ada la muncul jugak lepas tu. Aku boleh cam dia. Berenang-renang bebas. Happy la agaknya kot.
Budak 2 ekor ni ada la dalam 1 tahun camtu.



Ok.. Masa lepaskan diorang aku rasa sayu..
Tapi masa aku menaip ni aku rasa sangat2 sedih.. huhuhu.. =(

Tapi dalam sedih2 tu sempat jugak beli aiskrim.
Haaa... Aiskrim Pulut..
Dah terjumpa benda ni kena la try.
Taraa...
Pelik jugak la..
Rasanya homemade punya ni.
Dalam tu ada pulut,  'telur katak', roti kering warna warni dan lain2..



Ok bye..

2 comments:

Kyra Claire Zaharr said...

Wahhh comey la blog jaja skang(♥ŐωŐ♥) besar gak ea kura2 jaja hehe..adik kyra nya kura2 kecik ag..

Lady Jaja said...

Tu la... sayang sebenarnya nak lepaskan... tapi kesian... biarlah diorang duduk kat kolam tu... ramai kawan... huhuhu..