Sunday 29 November 2015

Teratai & KLIA

Assalamualaikum...
23 November 2015
Lokasi: KLIA 

Tersebutlah kisah... 
Cik Teratai ni nak pergi menunaikan umrah dengan family dia. Makanya Si Mort pun ajak aku menghantar kat airport. Mula2 tak jadi dah sebab aku kerja shift petang. Balik pukul 9pm. Flight Teratai pulak pukul 11.30pm. Kalau ikut kira-kira aku memang tak sempat la. Tapi aku jadi tak sampai hati bila Mort watsapp aku cakap rasa tak sedap hati dan nak pergi jugak. Last2 aku buat keputusan pergi jugak tapi siap pesan kat Mort jangan berharap sangat. Kalau ada rezeki dapat la jumpa. So aku usahakan balik cepat2 lepas tu terus gerak.
Berjaya sampai di KLIA pukul 10pm

Alhamdulillah... sempat jugak jumpa.. Diorang dah nak masuk kat perlepasan. Kalau lambat sikit memang tak dapat dah.

Mak Cik Yati
Kakak Teratai..
Comel je beg diorang.. Siap ada bunga sorang seketul..
Sebelum bertolak, diorang disuruh berkumpul untuk sesi bergambar.
Lepas tu, family yang menghantar pun diminta bergambar jugak. Aku dengan Mort pun mengaku family, join bergambar jugak.. hehehe..
Bye2 Teratai dan family..
Selamat bercuti ke Istanbul. Lepas tu, selamat menunaikan umrah. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.. Amin..


Thursday 26 November 2015

Kisah Naim dan Hospital

Assalamualaikum...
21 & 22 November 2015
Lokasi: Salam Senawang & HKL

Pagi 21 November 2015, Sedang aku lena diulit mimpi selepas habis kerja malam, tiba-tiba dapat call dari kakak aku, cakap nak datang Salam. Al kisahnya, anak buah aku si Naim tak kencing langsung. So aku pun datang la tengok. Doktor nak sampel urin, nak check kalau2 ada infection.
Amin & Auntie Teratai

Iman

Memandangkan sampel urin Naim masih belum dapat, ditambah pulak Iman & Amin dah mula buat hospital tu macam rumah sendiri, so kitorang pun decide pergi makan dulu. Kitorang makan KFC kat Taman Tasik.

Lepas makan, jalan-jalan dan tersampai lah kitorang ke Port Dickson.



Kitorang just turun pergi pasar malam je. Lepas tu terus balik ke Senawang.

Naim.. Lepas bangun tu dia nangis tak berhenti sampai la ke Senawang. Sampel urin tak jugak dapat sebab dia tak kencing. So pergi semula ke Salam. Last2 doktor kat Salam refer ke HKL.

Esoknya, Naim di masukkan ke wad di HKL. So, aku dengan Ain pun pergi la melawat. Terkial-kial jugak la nak pergi.

Admit di sini... Institut Pediatrik HKL..

Dah jumpa wad dia.. wad KK4..
Masa sampai ni Naim tengah tidur. Bila dah bangun, dah main dukung2, letak balik terus nangis.. Tak nak baring.. huhu..

Dinner time..

Naim dah mandi.. ♡♥♡♥♡
Pandai pulak dia selfie..
Gambar last sebelum kitorang balik..

Kitorang balik pukul 7.30pm. Kakak aku cakap pukul 8 lebih tu dah berjaya dapat 30ml Naim punya urin. Akhirnya berjaya jugak..




Wednesday 4 November 2015

Big Bowl Ice Melaka

Assalamualaikum..
31 October 2015
Lokasi: Jalan Laksamana, Melaka.

Sebelum habis program Himpunan Belia Kenali Ubat Anda tu, si Mort tanya, lepas ni nak pergi mana? Dalam kepala aku belum ada apa-apa plan lagi. Kebetulan aku tengah tengok Facebook. Tiba-tiba muncul post pasal Big Bowl Ice dan tempatnya di Melaka jugak. So aku pun cadangkan pergi situ je.

Taraaa... Dah sampai...
Sebelum pergi sini, Teratai tanya benda ni halal ke tak? So aku pun google la.. Baca dulu beberapa blog. Dan... akhirnya diyakini halal. Bila tengok bunting ni lagi bertambah yakin la. Masuk2 tengok majoriti pun pelanggan muslim.. So ok la tu...
Mort tengah study menu..
Teratai pun tengah berpinar nak pilih.
Menu yang kat aku ni ice belended la juice la. So bagi Teratai dengan Mort pilih dulu. Sambil tu aku tengok2 gambar yang kat dinding.
Kitorang amik jugak snack. Set S11, nuget 6 ketul. Semua order, tulis kat kertas yang disediakan. Lepas tu pergi ke kaunter, order dan bayar.
Posing dulu sementara tunggu order sampai.
Jaga-jaga... mangkuk gergasi di belakang.
Dah order tapi still belek menu lagi.. hehehe... Gambar kat sebelah Mort tu agak mengiurkan... Slrrrrpppp....
Taraaaa... Ni aku punya..
Caramel snow ice with crunchy flakes..
Walaupun rupa dia tak menarik, tapi rasa dia sangatlah kena di tekak aku.. Sedap...
Terarai punya..
Shaved ice with fruits and chocolate.
Ready to ngap!
Mort punya...
Chocolate snow ice with banana..
Lazat ke Mort... hehe...
Nuget nuget nuget!
Time hujan nuget pun sangat lazat wal enak!

Makan punya makan punya makan...
Aku berjaya habiskan..
I like ♡♡♡♡ =)