Friday 11 March 2011

Jom usha papan tanda...

Assalamualaikum...
 Aku memang suka usha papan tanda aka sign board. Dan.. memang jadi salah satu benda yg akan ada terselit dlm byk2 gambo yg diambil..
Al maklum la guna kamera digital. kalau xnak boleh delete. 
X macam kamera dulu2...zaman guna filem..
Membazir kalau kita snap gambo yg bukan2 sbb semuanya wajib dicuci.

 Yeah... gambo ni diambil di Tanjung Emas, Muar, Johor.
Ni first time tengok sign board macam gini. 
Maybe kat tempat lain pun ade jugak.
Rasa excited dan terharu sangat masa nampak tu. 
Tapi x tau la sejauh mana keberkesanannya. 
Hope sangat berkesan di hati pengunjung.


Gambo ni pulak kat mana2 pun boleh jumpa. 
Tapi gambo ni diambil di satu tempat makan.
Hmmm... memang puas hati dengan tahap kebersihan toilet kat situ.
Rasa berbaloi la RM0.30 tu..


Ce tengok ade tulis Majlis Perbandaran Manjung kan.
So lokasi nya di Teluk Batik, Perak.
Ok kot msg yg terakhir tu sebab x nampak pun kesan2 vandalisme. 
X tau la kalau ade.


Haa... boleh agak kan gambo ni diambil di mana..
Sudah semestinya di tanah tinggi Cameron Highland, Pahang.
Sejuk mata memandang pokok2 teh. 
Hijau je. Nyaman dan tenang.


Ni dikira sign board ke eh?
Diambil di Pusat Konvensyen Putrajaya atau
Putrajaya International Convention Centre (PICC)


Dan gambo yg terakhir ni diambil di Kompleks Muzium Negeri Terengganu.
Terletak di Kuala Terengganu, Terengganu.
Besar sangat tempat ni sampai x larat nak jalan..
Tapi tetap menarik.


Gambo2 nye senget sana sini.


Thursday 3 March 2011

Pisang Untuk Abah

Assalamualaikum.
My Abah memang suka beli pisang..
Buah pisang, Kerepek pisang, Kek pisang, Pengat pisang...
Cekodok pisang, Lemping pisang...
Segalanya tentang pisang..

Terngiang2 kata2 Mr Foo
Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!
Apa maknanya??
Lalu ku layari dunia tanpa sempadan,
Maklumat di hujung jari.. hihihi

  Hasilnya....
Jenge jeng jeng..
Terbaiklah Abah..
Banyak khasiat rupanya..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pisang 

Nama botani: Musa spp.
Famili Musaceae
Ia mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa
Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Jika dibandingkan dengan sebiji epal, pisang mempunyai:
4 kali ganda kandungan protien,
2 kali karbohidrat, 
3 kali fosforus, 
5 kali vitamin A dan zat besi,
2 kali vitamin dan mineral lain. 
Ia juga kaya dengan potassium, magnesium dan fiber.

Antara kebaikan pisang untuk kesihatan:
Anaemia
Anaemia ialah penyakit kurang darah. Disebabkan pisang kaya dengan zat besi, maka ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Heartburn atau pedih ulu hati
Pisang juga kaya dengan magnesium. Oleh itu, ia mempunyai kesan antasid secara semulajadi. Jadi, ia boleh mengurangkan rasa pedih ulu hati.

Sembelit
Hampir setiap orang mengetahui pisang sangat membantu dalam mengatasi masalah sembelit. Tapi apakah sebabnya? Ya.. kerana pisang mengandungi fiber yang tinggi. Fiber atau serat ini bertindak dengan memerangkap air dan seterusnya melembutkan najis. Maka proses membuang air besar akan menjadi lebih mudah.

Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi
Pisang juga mempunyai kandungan potassium. Potassium ini dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia membantu menormalkan heartbeat dan mengekalkan keseimbangan cecair badan dan amat diperlukan oleh fungsi saraf dan otot.


Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi yang tidak sesuai untuk mereka. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)


p/s Abah jugak suka beli pisang kaki. Tapi kenapa nama pisang kaki tu pisang?

Wednesday 2 March 2011

Post Pertama

Assalamualaikum

Testing.. Testing..
Inilah post pertama di blog ni.
Kite post lirik lagu nasyid, lagu baik2 sebagai pembuka. Hehehe..

Hakikat Bahagia

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati

Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa

Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah

Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu

Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti

Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki 

Kumpulan unic
Album See You Di IPT