Monday 30 March 2015

Magnum @ IOI Putrajaya

Assalamualaikum...
28 March 2015
Lokasi: IOI Mall Putrajaya

Lepas dah habis main Ice Skating, perut dah lapar. So, pun kitorang menuju ke kedai Magnum pulak. Untuk alas perut. Hehehe..
Sampai kat kedai, ada ramai orang tengah beratur. So, kitorang pun beratur la jugak. Sampai kat depan rupanya beratur kat situ untuk tengok menu. Aiskrim dalam menu tu yang dah di design sedia ada. Kitorang nak yang custom made. So terus masuk dalam.

Terus je ke kaunter dan cakap berapa batang aiskrim yang nak dibeli. 1 aiskrim = RM9.90. Lepas tu, pergi sebelah, pilih 3 jenis topping.

Aku pilih Hazelnut, Pistachio dengan bebola macam manik. Tak tau nama.
Lepas pilih topping, pekerja kedai tu akan tanya asikrim apa yang kita nak. Samada coklat atau vanila. Kitorang semua pilih vanila.

Mort time tengah bz pilih topping.
Teratai dah sampai ke next stage.

Kat sini kena pilih pulak nak celup dalam coklat ape. Aku pilih dark coklat. Lepas tu diorang akan celup la dalam coklat tu. Then, tabur topping yang dah dipilh tadi.
Dah celup, nak tabur topping.
Last sekali, drizzle. Kena pilih jugak.
Kitorang semua pilih white chocolate.

Dah siap... Jom cari tempat duduk..
Elok je duduk, ada pekerja hantar air kosong sorang satu gelas. 
Taraaaa.... 
Aku punya
Mort punya
Teratai punya
Jom posing sebelum makan.
Kemain bercahaya lagi... huhu
Mort layan aiskrim dia..
Haaa tudia... pulun makan...
Makan jangan tak makan...
Habis... Selesai sudah...

Manis, berlemak.. Agak muak jugak la..
Tapi lepas tu, pergi makan Nasi Ayam Penyet kat Bangi pulak.. Habis licin jugak.. kuang3

Sunday 29 March 2015

Ice Skating @ IOI Putrajaya

Assalamualaikum...
27 March 2015
Lokasi: IOI Mall Putrajaya

Setelah sekian lama kitorang bertiga tak keluar bersosial sama-sama, kitorang buat keputusan apply cuti then pergi jalan-jalan..
Macam biasa, guna dana KBJ

Aktiviti pertama kitorang di IOI Mall ni tak lain dan tak bukan, Ice Skating.

Masa sampai tu awal lagi.. tak ramai orang yang main. So, kitorang duduk2 kat kerusi dulu sambil tengok dan gelakkan orang yang main tu.

Bila dah ready, kitorang pun masuk lah. Bayaran masuk RM23/person. Lepas tu kena beli glove sebab kitorang takde glove. Nasib baik aku dengan Teratai bawak stokin. So tak payah beli. Si Mort je kena beli stokin. Padahal sebelum tu dia yang beria-ria pesan suruh bawak stokin. Last2 dia yang lupa. Huhu..

Once kita masuk, kita akan dipakaikan tag kat tangan. Selagi tak scan keluar dari tempat tu, kita boleh main seberapa lama yang kita nak.

Kitorang sewa 1 locker. Simpan semua beg dalam tu. Sekali bayar sewa locker, kita diberi 1 token. Boleh pakai sekali je. Once dah bukak, kena beli token lain. So sekali je boleh bukak.

Gaya yang kononnya macam reti sangat la nak main.
Sinar keterujaannya jelas kelihatan disitu..
Yang ni memang muka confident la sebab dah pernah main. Lagipun keputusan nak main benda ni dibuat pun disebabkan dia mengidam nak main la.
Selfie sebelum masuk gelanggang.. hahaha..

Dah masuk tempat tu rasa nak menitik air mata aku nih. Baru masuk sebelah kaki je dah rasa macam nak keluar balik. Serius, tak boleh nak imbang badan langsung. Melekat kat tepi dinding. Tapi diorang suruh jugak aku try. Slow2 aku gerak. Berpeluh2 dalam tempat yang sejuk. Seksa betul nak habis pusing 1 round.

Dah dekat nak sampai pintu, aku gagah kan jugak keluarkan fon, snap gamba. Masa ni tak tau pun tak boleh snap gamba dalam ni.



Seronok ye korang..

Muka cuak aku jelas disitu..

Habis je 1 round, kitorang rest dulu.
Bila dah keluar, muka berlagak la pulak
Yang aku pegang tu glove ye.. bukan stokin...
Beli air mesin gedegang. Beli sebotol je pun. Sebab kena pakai duit kertas RM1. Harga air mineral 1 botol RM2. Kebetulan dalam poket ade 3 keping je. So dapat sebotol je la.

Ni aku punye..
Ni kitorang bertiga punye.. hehehe..
Chaiyok!!!
Ready for 2nd round
Sebelah kaki pun boleh..
Gaya gedik sebelum masuk nak 2nd round.



Lepas dah setel bergambo, ade orang mintak tolong tangkapkan gambo. Dah alang2, mintak dia pulak tolong tangkapkan gambo kitorang bertiga.. hehehe...

Lepas 2nd round, rehat lagi.
Kiranya 2nd round ni dah laju sikit la.

Lepas tu pergi 3rd round.
Aku sampai 3rd round je. Sebab aku dah tak boleh tahan. Kaki sakit. Dada sakit. Sejuk.. Nak semput mak... huhu...

So, lepas 3rd round aku duduk tengok je budak berdua ni.


Dah naik seikh... Sampai taknak stop pulak.. huhu...

Lama jugak la kitorang dalam tu. 3 jam lebih.
Perut pun dah keriuk2..
Masa untuk keluar. Bye2 Ice Skating.. Tak tau la akan datang lagi ke tidak.. huhuhu...

Saturday 14 March 2015

Besday Al-Amin

Assalamualaikum...
1 March 2015
Lokasi: PUJ

Balik dari kenduri kitorang terus berkumpul kat rumah big bro di PUJ. Plan asal nak jalan2 PD tapi cancel sebab Abah tak sihat. So semua berkumpul kat rumah je la.

Lepas tu, bersempena Amin punya besday bulan February, beli la kek.
Tapi sementara tunggu semua orang ready, makan donut dulu..
Penggemar setia donut.
Auni
Taraa... kek dah muncul..
Happy Birthday Amin 1 Tahun..
Besday boy..
Bacaan doa
Masa untuk potong kek..
Nampaknya abang dia yang excited lebih.
Potong lah secara berjemaah..
Ready nak ngap
Tudia besday boy dah geram nak genggam kek tu.

Tu je la gambo yang sempat di snap. Berperang dengan budak2 yang sebok nak makan kek.. huhuhu..