Wednesday 31 August 2011

Salam Merdeka Raya

Assalamualaikum... helloo.. (^__^)y

Di sini saye ingin mengucapkan 
Selamat Hari Merdeka ke 54
gambo dari google

dan
Selamat Hari Raya Aidilfitri ^__^y
gambo dari pakcik google

Semoga hidup kita diberkati oleh-NYA
ameen... ^__^y

Friday 5 August 2011

Cik Froggie, Maafkanlah saye...

Assalamualaikum...
Ape punye tajuk daaa... hehe..
Sebenarnya ade kisah nak story nie...

Tadi, (4/8/2011), mase nak pegi tarawih,
Mase nak tutup gate rumah,  ternampak 1 objek lembik2 kat situ.
Then, pegi la tengok dekat2, 
rupa2nye katak!!


Mula2 buat tak tau je, tapi lepas tu nampak ade darah atas lantai
rupa2nye abah dah tergelek katak tu ngan kereta.
(kan gelap, mana nampak)
huhu nak kata suke katak, tak la sangat. Tak jugak benci, 
tapi ade rase sebak. kesian sangat2.

Then masuk je dalam kereta dan tak pedulikan katak tu,
sebab mase tu die hidup lagi. ingat kan tergelek sikit je,
tapi bile balik, katak tu still ade lagi kat situ dan dah mati..
(nie la kot dinamakan mati katak)

Bile tengok katak tu, otomatik teringat blog Diari Si Froggie...
Aida, sowi ye, bile ingat katak, akan ingat awak... hehe 
Ingat katak, ingat Aida...
(dah macam tagline pulak) hehe...
Jangan marah yer...  


p/s: ce kire berape banyak katak dalam entri nie.. 

Wednesday 3 August 2011

Muzium Teddy Bear

Assalamualaikum... Salam Sejahtera... (^_^)y
Haaa.. Excited tak tajuk nie? Boleh la... kan... hehehe

Okey, selalunye Teddy Bear ni merupakan salah satu barang kesayangan kaum hawa, tapi tak dinafikan ade jugak mereka2 dari kaum adam yang sukakannye.. kan kan kan? 

Sebelum tu, jom tengok sejarah nama Teddy Bear.
Pada 14 November 1902, Presiden Amerika Syarikat yang ke-26 iaitu Theodore (Teddy) Roosevelt telah membantu menyelesaikan masalah berkenaan sempadan di daerah Mississippi dan Louisiana. Semasa menghabiskan waktu lapangnya dengan berburu, beliau telah menemui seekor beruang muda yang cedera.

Keprihatinan beliau ke atas beruang itu telah memberi inspirasi kepada pelukis kartun politik, Clifford K. Berryman melukiskan ilustrasinya di akhbar The Washington Post. Pada mulanya, beliau melukis wajah beruang yang ganas. Namun, beliau menukar bentuk wajah beruang itu kepada bentuk anak patung yang comel.

Kemudian, Morris Michtom (pembuat permainan beruang) dan isterinya telah menghantar seekor patung beruang kepada Roosevelt. Dia meminta kebenaran daripada Roosevelt untuk menggunakan nama presiden itu. Presiden itu bersetuju dan sejak itulah patung beruang diberi nama Teddy.

Berkenaan Muzium Teddy Bear, ekceli pada tahun 1984, bertempat di Petersfield, Hampshire, England telah terdirinye sebuah muzium yang mempamerkan pelbagai bentuk Teddy Bear. Tapi muzium ni dah ditutup pada tahun 2006.
Selain tu, ade jugak muzium2 yg bertema serupa, di tempat2 lain.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<   

 Korea Selatan
Kat Pulau Jeju di Korea Selatan ade Jeju Teddy Bear Museum
Ia dibuka pada 24 April 2001 dan masih beroperasi. 
Sesape pernah tengok drama korea Princess Hour mesti pernah tengok bear ni.
Ia antara bear yang dipamerkan dalam muzim tu. 
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

 Jepun
Kat Jepun pulak ade banyak. 2 diantaranye adalah 
Izu Teddy Bear Museum dan Nasu Teddy Bear Museum

Izu Teddy Bear Museum 
Dah dibuka sejak tahun 1995 lagi.
Alamatnye: 413-0232, 1064-2 Yawatano, Ito-shi, Shizuoka


Nasu Teddy Bear Museum ni terletak di alamat: 
1185-4, Takakuhei Nasu-machi Nasu-gun Tochigi-ken, Japan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Hawaii
Yang ni pulak kat hawaii.


Terletak Kalakaua Avenue -Waikiki- Hawaii
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

United Kingdom


Teddy Bear House di Dorchester, Dorset, United Kingdom
Susun atur dibuat macam dalam rumah. So disamping kite boleh tengok teddy bear, kite jugak boleh tengok gaya kehidupan mereka. 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
 So, nak pegi tak? Jom? hehe. Ade banyak lagi Muzium Teddy Bear kat seluruh dunia (google jer k). Tapi kat Malaysia takde la. Tapi korang perasan tak dalam gambo tu semua, teddy bear yg dipamerkan dipakaikan dengan pakaian tradisional negara masing2. Dengan itu, secara tak langsung kite akan dapat tengok budaya negara tu sendiri. So, agak2 kalau kat Malaysia ade, macam mana rupa nye kan. Mesti bear tu dipakaikan Baju Melayu dengan songkok, Baju Kurung, Kebaya, termasuk la pakaian bangsa lain termasuk Sabah Sarawak punyer, mest comel kan. hehehehe


p/s: rasenye ni la entri paling panjang setakat nie. (^_^)y

Kisah Dongeng


Assalamualaikum... hai hai hai... (^_^)y
haaa... ni xtau la ape nak jadi.
tengah2 bulan pose ni asyik melayan lagu ni je..
Macam best la pulak....
 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Stacy – Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang Jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas

Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Kuharapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati


very tacin meh...

Tuesday 2 August 2011

Selamat Berpuasa Ye Kawan2

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera...
Di sini saye ingin mengucapkan selamat berpuasa 
kepada semua kawan2 yg beragama islam. 
Tentunye yg bukan beragama islam pon merasai 
keseronokan suasana bulan ramadhan kan =)


Semoga Ramadhan tahun nie lebih mendekatkan kite dengan Yang Maha Esa.
Semoga ibadah nie diterima dan diberkati oleh-NYA
Amin...