Monday 30 May 2016

Walimatulurus Akmal & Fiza

Assalamualaikum..
29 May 2016
Lokasi: Dewan Seri Kota, Taiping.

Harini seorang lagi sepupu aku selamat melangsungkan perkahwinan iaitu Amar, anak kepada Mak Nyan. Mak Nyan ni kakak kepada Abah aku.
Tengok bunting dia baru aku tau nama betul dia Akmal. Selama ni kitorang panggil dia Amar je.. hahahaha..
Kami sudah sampai.
Aku, Kak Lin dan Mak.
Auni dengan papanya..
Ni katering diorang. Sapa mau sila contact.
Ni geng aku, Kakak. Nasik tak nak makan. Keropok, jajan-jajan nak pulak. Walaupun aku kuat makan jajan, jangan cakap dia ikot perangai aku eh. Hahahaha..
Pengantin dah sampai.

Disebabkan kakak suka tengok pengantin, so kita tangkap gambo die dengan pengantin. Kreatif tak Achu dia?? Hehehe..
Me and my Mak. Dah pandai dah selfie weh..

Selfie dengan si kakak. Bukan dia yang ikot gaya aku ye, sebaliknya aku yang ikot gaya dia. Nampaknya dia lagi pandai bergaya depan kamera.

Selfie dengan adiknya pulak. Budak ni brutal ooo.. Main mainan budak lelaki..
Kak Ros, akak sepupu aku. Bukan Kak Ros upin ipin tu. Tidak sama sekali. Muahahaha..
Pop corn!!! I likeee... ♡♡♡

Sepupu jugak. Adik beradik Intan dan Sanah.
Ni aku laaa.. Malu pulak rasanya.. kikiki..
Dak kecik Rasul. Rupanya budak ni suka makan kuih yang warna hijau je. Kelakor la hang ni Rasul.
Ada orang tu bz dengan cendol dia.

Bawak Kakak bergambo kat photobooth.

Muah ciked!!!
Tak lepas dia dengan henfon tu. Dok main game Ginger. Huhuhu..

Pengantin makan time.

Ni adik-adik pengantin. Si Wani dengan Huda. Dok berkaroke.
Bapak mertua dengan menantu. So sweet.. 
Si Sanah pulak mengajak aku gi kat photobooth. 

Aku takkan melepaskan peluang la kan.
Dengan sepupu aku, Kak Liza dan cucunya.

Dapat jugak menyelit bergambo dengan pengantin.
Dari jauh nampak Abah aku jalan dukung Naim. Tu maknanya family akak aku dah sampai.
Sorry Sanah, aku boh gambaq hang pegang botoi susu. 

Aku, My Sis dan Iman.. Yehaaa...



Dengan kemunculan mereka, maksudnya geng dah sampai. Yang dua orang kecik ni pun jumpa geng. Si Auni dengan Amin. Aktif ya amat. Asyik hilang je.

Macam biasa la. Satu family amik port.
Makcik tudung kuning dengan pakcik yg berdiri sebelah Abah aku tu namanya Makcik Yah dan Pakcik Rahim. Dulu kecik2 aku pernah duduk dengan diorang. Siap aku panggil pakcik tu, Abah lagi tu. Hahhaa..

Cucu-cucu kesayangan Tok Wan. 
Tok Wan sanggup keluar pergi amikkan bunga manggar tau.

Lepas kenduri tu, family abang aku pulang ke Puncak Jalil. Family kakak aku pulak ganti, balik rumah Mak Abah. Sebelum balik, kitorang singgah rumah Kak Ney, ada majlis tahlil. Suami dia baru je meninggal. Semoga beliau ditempatkan bersama orang2 beriman. Amin..

Itu sahaja kisah kali ni. Sekian.. Hehehehe..


Monday 16 May 2016

Dinner Nurses Day & Labour Day 2016

Assalamualaikum..
13 May 2016
Lokasi: SECC Senawang

Maka tersebutlah kisah, tahun ni sambutan Nurses Day dan Labour Day siap ada dinner bagai. Temanya Glitter & Glamour. Asalnya aku tak plan pun nak join. Tapi, dah alang-alang aku off aku pun join la.

Aku jemput Mort kat rumah dia, lepas tu terus je pergi SECC. Si Teratai pulak dah pergi awal sebab dia committee bahagian lucky draw. Macam biasa la, kena register dulu, lepas tu dapat nombor untuk lucky draw.
Dan jugak goodie bag.
Walaupun senyum, tapi sebenarnya ada yang agak tak menggembirakan kitorang. Tempat duduk dah disusun ikut meja. Kitorang terpisah, dapat meja lain-lain. Aku agak tak gemar style ni. Huhuhu..

Lepas dah tengok-tengok tempat duduk masing-masing, kitorang keluar ke tempat registration untuk tengok Teratai.
Selfie dengan committee lucky draw. Hik hik hik..
Ada Madam Jagdish kat situ.
Si Encik Misi (Ami) ni pon nak enter frame jugak.
Busy nampaknya.. tapi sempat sengih bila orang suruh tengok kamera.
Ni lah rupa aku. Takde glamour-glamour. Blink-blink pun hanya kat selipar manik je. Beli dengan Mort Beads. Hehehehe...
Lepas tu, kitorang masuk ke dewan.
Ni list nama kat meja Mort, meja no 9.
Ni pulak kat meja aku, meja no 7.
Akak sepupu aku, Kak Izah..
Ada Ain dan Farid juga.




Teratai dah masuk ke dewan.




Tak lama lepas tu, Dato dan Datin pun masuk. Gelap la pulak kan.. haha..
Nampak bebayang je..
Majlis dah nak bermula, aku pun pulang la ke meja aku. Bergambar pulak dengan Asywari, Nurse ICU..
Yang tudung pink tu Fariha Physio..
Ni ahli-ahli meja aku. Aku tak ingat semua nama... Sebab jarang berurusan dengan kebanyakan diorang ni. huhuhu...
Dengar ucapan-ucapan..
Dari meja aku, boleh eye contact dengan Mort..
Lepas dah habis ucapan, sesi bacaan ikrar pulak.
Lepas tu, kejap lagi akan nyanyi lagu ni.


Time ni aku dah berpindah ke meja Mort.
Aku memang dah deal dengan Mort dari awal. Samada aku atau dia yang akan pindah meja. Bergantung pada keadaan. So, disebabkan meja Mort lebih strategik, makanya aku lah yang berpindah ke situ. Lagipun memang ada tempat kosong.


 Kat meja ni ada ramai Staff Nurse dan Nurse Aide.. Ada Halimah, Fatihah, Syafiqah, Ruzaida, Wulan.. Ada jugak Sue Billing dengan Mohamad Sticker..
Persembahan pertama adalah persembahan koir dari Sister. Lagu Warisan.

Lepas habis koir ni barulah boleh makan.
Disebabkan semua orang tengah serbu makanan, kitorang keluar dulu, bergambar di photobooth


Kitorang bertiga terserempak dengan Ika. So, mintak tolong dia ambilkan gambar.




Kononnya muat la masuk muka bertiga. Tapi hakikatnya tidak.. huhuhu..


Masing-masing sebuk dengan prop.


Lepas tu, paksa Ika amik gambar sekali. Time tu tak nampak Ain kat sekitar tu. Kalau tak, boleh bergambar lengkap ahli Geng 872.




Lepas dah puas hati, barulah kitorang makan.
Mee Kari.
Teratai dan Mort je yang makan.
Aku tiba-tiba tak lalu nak makan. Hanya bubur ni je yang aku betul-betul makan. Ada amik nasik dengan spageti tapi aku makan 2-3 suap je.
Nadia Labu pun datang rupanya..
Dengan Puan Misi iaitu Syaza dan Hanim..


Lepas tu persembahan tarian bollywood dari staff Ward Rosemary dan ICU.. Perggghhh.. Dasyat jugak la diorang menari..


Diikuti persembahan dari staf campur2 department.. Hahaha.. tak tau nak cakap kumpulan apa. Diorang menari ala-ala tarian pop yeh yeh, guna lagu Allycats. Tak ingat tajuk tapi yang "berjuta batu jauhnyaaaa"

Kumpulan ni ada Ain, Farid, Azwa, Farhana, Mazri, Amir sebagai penari dan Adam sebagai penyanyi..


Lepastu, sketsa dari staff ER. Diorang buat part yang dalam filem Nasib Do Re Mi, yang  part Pak Maun gi Pesta Muda Mudi.. Diorang tarik sekali Dr.Chandra suruh menari. Hahahaha...
Si Asyraf dapat King of the night. Sekali pandang macam vampire punya coat pon ada. Tapi memang mengikut tema la.
Teratai yang tengah jaga hadiah.
Pernah tengok DJ pakai blouse dengan kain batik macam ni? Tempat lain tak dapat. Kat sini je ada.. =)
Sesi bergambar ramai-ramai. Sangat ramai orang, tapi nak penuhkan satu pentas. Aku pulak renek je. Tercampak pulak kat belakang sekali. So, terpaksa la berdiri atas kerusi. Menggigil-gigil kaki sebab satu kerusi kongai berdua.
3 orang penjaga hadiah.
Mort dan hadiahnya..
Dinner kali ni aku tak dapat lucky draw. Takpe la, dah dua kali dinner aku dapat kan. Hahahaha..
Yeah.. Akak sepupu aku sekali lagi... Dia dapat Queen of the dress tau.. Tahniah kak!!
Balik tu, sebelum hantar Mort balik, kitorang pergi tapau burger dulu. Perut lapar. Time dinner tak makan sangat. Kitorang tapaukan untuk Teratai sekali.

Alkisahnya, si Teratai tu kena berkejar masuk kerja malam pulak lepas dinner tu habis. Kesiannya dia... Dah la penat jadi committee untuk dinner, lepas tu kena masuk kerja. Esok paginya kena stay unuk ganti jam dia masuk lambat sebab pergi dinner tu. Semua ni tak akan jadi kalau ada tolak ansur dari kawan-kawan sekerja...

Satu je prinsip aku pegang sekarang ni. Selagi orang tak kacau aku, aku tak akan kacau orang. Tapi, kalau orang dah kacau aku, jangan bising kalau aku kacau ko..