Thursday 26 February 2015

Cuti-Cuti Penang: Queensbay

Assalamualaikum...
8 February 2015
Lokasi: Queensbay

Selepas kejadian bateri kong, kitorang ikut Teratai balik USM. Tumpang rehat dan solat.
Lepastu, gerak pergi ke Queensbay. Masa sampai sangatlah ramai manusia. So kitorang tak masuk dalam mall. Kitorang lepak2 tepi laut je.
Sampai2 je mata aku dah nampak sate ikan. Terus berbunga2. Sebab dah lama aku cari.
Aku pun beli la RM3 sebab 4 batang RM1. So, beli sorang RM1 la..
Lepak tepi laut. Muka exited nak makan sate tu. Tapi... Aku kecewa... Rasanya tak macam yang aku nak tu. Lain...... Sedih, tapi makan jugak la..
Diorang pun try
Dan diorang pun cakap rasa dia lain sikit.. huhu.. Takpe lah.. lupakan rasa dia.. makan je sampai habis.
Dari sini boleh nampak Jambatan Pertama Pulau Pinang.
Dan juga Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Tapi gamba tak berapa jelas.. Kalau tengok  dengan mata sendiri memang boleh nampak.
Aktiviti popular di tepi pantai iaitu bergambar di bawah pokok kelapa.. hahaha..
Yeah... So sweet...
Mencari ilham nak siapkan report agaknya..


Bila hari dah semakin petang, kitorang pun gerak semula ke USM. Ambil Cik Ahu. Lepas tu, Afiqah bawak kitorang tunjukkan jalan nak pergi satu kedai burger ni. Teratai tak dapat join sebab ada kelas malam tu.
Taraaa... ni lah gerainya. Burger Bakar Cowboy. Yang spesialnya... Selain dari burger bakar, rotinya warna warni. Boleh pilih warna apa kita nak. I likeeee.. =)
Gerainya terletak di sini. Depan balai bomba.. 

Disebabkan Ain cakap dia kenyang lagi nak makan time tu, so kitorang bungkus je. Makan kat hotel.
Jeng jeng jeng..
Waaaahhh sukanya aku tengok colour dia. Yang purple tu Ain punya.. Yang hijau tu dah semestinya la aku punya.
Aku punya Burger Ayam Cheese.
Ain punya Burger Daging Cheese.
Sedaaaaap.... Sedap sangat2..
Roti purple rasa keladi.
Roti hijau rasa pandan.
Aku makan sampai licin.
Pergggghhhh...

Malam tu, tidur lena dapat makan burger sedap. Hehehehe...


Sampai time aku taip cerita ni, still teringat rasa dia. Kalau datang Penang lagi, nak cari burger ni jugak... (^____^)Y

Wednesday 25 February 2015

Cuti-Cuti Penang: Jeruk Madu Pak Ali

Asaalamualaikum..
8 February 2015
Lokasi: USM, Kedai Jeruk Madu Pak Ali

Dengan menggunakan waze, kitorang pun bergerak ke USM. Teratai cakap masuk je ikut mana2 pintu. Lepas tu, tunggu. Dia datang jemput. So, kitorang masuk melalui pintu yang mula2 kitorang jumpa iaitu Pintu Batu Uban.

Kitorang masuk sikit ke dalam, tunggu kat depan CIMB Bank. Tak lama lepas tu, muncul lah Cik Teratai kita. Dia bawak sorang kawan dia, Afiqah. Lepas tu, kitorang pergi masjid USM, park Cik Ahu kat situ. Gerak dengan Baby Ajod. Diorang bawak pergi lunch. Banyak giler pilihan makanan dia. Tapi paling aku terkejut bila Afiqah punya harga makanan 1 pinggan RM17!! Erk... Telan air liur sat.. hihi.. 

Dah habis makan, gerak cari Kedai Jeruk Madu Pak Ali. Time ni la ada lagu ni kat radio: "Sakitnya tu disini, di dalam hatiku
Sakitnya tu disini, kau kau menduakan aku"
Teratai & Afiqah first time dengar. Mengekek2 kitorang gelak.

Akhirnya sampai jugak...
Tudia... Tak sabaq dah nak masuk..
Kikikikiki... Tidur dalam jaga..
Banyak jeruk... Mulakan operasi!
Muka puas hati..
Pilih jeruk secara berjemaah..
Rak penuh.. Pilih saje nak yang mana. Dah siap packing. Tapi kalau nak packing campur2 ikut yang kita nak, boleh mintak pekerja buatkan. 
Ambik bakul.. Senang nak bawak..
Ain pun tengah rambang mata.
Kuah rojak jangan dilupa. Yang ni tak best sangat. Aku tak ambik yang ni. Aku ambik yang Kuah Rojak Mak Bee.. Yang tu sedap. Tapi tak snap gambanya.

Taraaaaa... Bakul masing2 dah ada isi.
Ain dah setel
Aku pun dah setel
Kotak tu bukan free ye. Kalau nak masuk dalam kotak macam tu kene bayar RM1. Tapi disebabkan aku cepat terpengaruh dengan benda2 macam tu, aku pun nak la.. hahahaha...



Selfie welfie sebelum pulang.

Lepas tu, kitorang gerak la ke kereta.
Nak dijadikan cerita, enjin kereta tak boleh hidup la pulak. Baterinya udah kong.
Masing2 dah menggelabah. Hari tu hari Ahad, takut bengkel tak buka. Afiqah pun dah start call sedara mara dia untuk datang tolong jump. Buka bonet usik2 sikit pun taknak hidup. Last2 biarkan je. Tak lama lepas tu, try start enjin, boleh pulak hidup. Terus cari kedai. Nasib baik ada kedai yang buka.
Baby Ajod.
Masing2 muka cuak.
Baby Ajod sedang diperiksa
Masih mampu tersenyum walaupun melayang RM200++ tanpa dijangka.
Nyanyilah lagu berhantu tu berulang2
Sakinya tu di sini di dalam hatiku..
Sakitnya tu di sini di dalam hatiku..

Tapi takpe lah.. mesti ada hikmahnya jadi time ni daripada jadi kat tempat lain.
Kalau jadi kat tempat lagi susah... huhu..

Tuesday 24 February 2015

Cuti-Cuti Penang: Rumah P.Ramlee

Assalamualaikum...
8 February 2015.
Lokasi: Rumah P.Ramlee

Turun dari Bukit Bendera, kitorang dah blur, tak tau nak pergi mana. Masa tu awal lagi. Janji dengan Teratai pukul 2, baru dia free. Nak balik ke Georgetown macam jauh je. Last2 aku pun try la google tempat apa dekat dengan Bukit Bendera. Sekali muncul la Rumah P.Ramlee. Try hidupkan waze, anggaran masa hanya 4 minit dari situ.. So, kitorang pun on la...

Ada gaya bini P.Ramlee, Saloma tak?
Masuk dalam galeri ni, tak ada sebarang tiket or bayaran. Tapi, dilarang sama sekali untuk snap apa2 gamba. Kat dalam tu ada la dipamerkan barang2 P.Ramlee. Ada baju, beg, alat2 muzik dia dan lain2 lah.
Haaa... Ni lah rumah beliau..
Kecik comel jer...
Jom masuk tengok..
Posing kat tingkap dulu..
Aku pun mau juga..
Ni biliknya..
Dapurnya.. Dapur kayu..
Tu... periuk tanah..

Dalam rumah ni ade cctv..
Klu takde tu maybe ak dah try melompat2 dah nak uji kukuh ke tak rumah tu. Hahaha..
Dah habis tengok2 dalam rumah, duduk2 pulak kat beranda.
Anak siapa la yang comel sangat ni.. hahaha..
Kalau dah namanya Jaja, rumah kecik ni pun  aku snap gambarnya.. hihi
Selfie anak dara dok atas tangga dengan bawah rumah.. hahaha

Time ni Si Terarai call cakap dia dah free.
So, kitorang pun siap2 la nak gerak ke USM.

Cik Ain Minnie Mouse.
Bergambo sebelum gerak.
Aku dan Cik Ahu di depan Rumah P.Ramlee
So sweet... hehe..


Ok, tamat cerita di situ.
Next destination....