Thursday 26 February 2015

Cuti-Cuti Penang: Queensbay

Assalamualaikum...
8 February 2015
Lokasi: Queensbay

Selepas kejadian bateri kong, kitorang ikut Teratai balik USM. Tumpang rehat dan solat.
Lepastu, gerak pergi ke Queensbay. Masa sampai sangatlah ramai manusia. So kitorang tak masuk dalam mall. Kitorang lepak2 tepi laut je.
Sampai2 je mata aku dah nampak sate ikan. Terus berbunga2. Sebab dah lama aku cari.
Aku pun beli la RM3 sebab 4 batang RM1. So, beli sorang RM1 la..
Lepak tepi laut. Muka exited nak makan sate tu. Tapi... Aku kecewa... Rasanya tak macam yang aku nak tu. Lain...... Sedih, tapi makan jugak la..
Diorang pun try
Dan diorang pun cakap rasa dia lain sikit.. huhu.. Takpe lah.. lupakan rasa dia.. makan je sampai habis.
Dari sini boleh nampak Jambatan Pertama Pulau Pinang.
Dan juga Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Tapi gamba tak berapa jelas.. Kalau tengok  dengan mata sendiri memang boleh nampak.
Aktiviti popular di tepi pantai iaitu bergambar di bawah pokok kelapa.. hahaha..
Yeah... So sweet...
Mencari ilham nak siapkan report agaknya..


Bila hari dah semakin petang, kitorang pun gerak semula ke USM. Ambil Cik Ahu. Lepas tu, Afiqah bawak kitorang tunjukkan jalan nak pergi satu kedai burger ni. Teratai tak dapat join sebab ada kelas malam tu.
Taraaa... ni lah gerainya. Burger Bakar Cowboy. Yang spesialnya... Selain dari burger bakar, rotinya warna warni. Boleh pilih warna apa kita nak. I likeeee.. =)
Gerainya terletak di sini. Depan balai bomba.. 

Disebabkan Ain cakap dia kenyang lagi nak makan time tu, so kitorang bungkus je. Makan kat hotel.
Jeng jeng jeng..
Waaaahhh sukanya aku tengok colour dia. Yang purple tu Ain punya.. Yang hijau tu dah semestinya la aku punya.
Aku punya Burger Ayam Cheese.
Ain punya Burger Daging Cheese.
Sedaaaaap.... Sedap sangat2..
Roti purple rasa keladi.
Roti hijau rasa pandan.
Aku makan sampai licin.
Pergggghhhh...

Malam tu, tidur lena dapat makan burger sedap. Hehehehe...


Sampai time aku taip cerita ni, still teringat rasa dia. Kalau datang Penang lagi, nak cari burger ni jugak... (^____^)Y

No comments: