Saturday 21 February 2015

Cuti-Cuti Penang: Art Street

Assalamualaikum..
7 February 2014
Lokasi: Georgetown, Penang.

Memandangkan perjalanan dari Senawang dah makan masa setengah hari, makanya baki lagi setengah hari ni perlu guna dengan sebaik-baiknya. 

Nak pergi tempat yang jauh, agak tak berbaloi, so kitorang pun buat keputusan meneroka Georgetown Art Street. Parking kat Masjid Kapitan Keling. Disebabkan perut lapar, pekena nasik kandaq dulu. Betol2 sebelah masjid. Lepas tu, dengan perut yang dah diisi tu, kitorang mulakan penerokaan.

Misi utama adalah untuk mencari lukisan mural yang dilukis oleh seorang pelukis dari Lithuania iaitu Ernest Zacharevic.
Katanya lebih kurang ada 8 muralnya.
Yang lain2 mural lukisan pelukis lain.

Dari Masjid Kapitan Keling tu, kitorang jalan kaki sampai Jalan Armenian.


Ni la hasil seni pertama yang kitorang jumpa kat situ. Karikatur yang dibuat dari besi.
Ataupun dipanggil Rod Sculpture.




Lukisan Mural Ernest yang pertama yang berjaya dijumpai.
Mural 2 orang budak naik basikal.
"Little children on a bycicle"
Mural Ernest yang kedua...
Meow... Meow..
Tak boleh snap gambo full sebab ada kereta yang sangat pandai parking betul2 depan tu.


Dari Jalan Armenian ni, kitorang buat keputusan untuk sewa basikal. RM20
Taraaaa... Ain kayuh depan...
Aku kayuh belakang, sambil baca peta.


Kayuh sampai Lebuh Victoria..
Jumpa karikatur besi ni.
Berhenti tepi semata2 nak snap gamba.
Lepas tu sambung kayuh.
Sampai kat Lebuh Chulia, jumpa lagi karikatur besi.
Snap gamba lagi.


Yeah! Mural Ernest yang ketiga yang kitorang berjaya ditemui.
"Children on a swing"
Tapi tak ingat lokasi nye kat mana.

Dah snap-menyenap, teruskan kayuhan.
Sampai kat satu lorong tu, jumpa pengantin tengah photoshoot. Lepastu photographer dia mintak pinjam basikal jap. Kitorang pun dengan murah hatinya bagi la pinjam dengan syarat, lepas tu kene tangkap gamba kitorang naik basikal... hahahaha..
Taraaa...
Sekeping je dia snap..
Huh.. Jadilah tu...

Lepas tu teruskan kayuhan lagi..
Kayuh punya kayuh tengok2 kitorang sampai ke Padang Kota. Pusing2 situ pulak.
Next post baru cite pasal padang kota.

Dari Padang Kota, berpusing2 nak patah balik. Sesat.. Last2 study balik peta. Memang dah jauh kitorang sesat. Nasib la jumpa jugak jalan pulang.
Dah jumpa jalan, sambung lagi cari mural.
Acece... Eye contact la kununnya..
Senggol-senggolan, cubit-cubitan..
Ain nak sangat cari mural ni..
Mural "Boy on a bike"
Akhirnya jumpa jugak. Puas hati la agaknya tu..
Serammm...
Budak tu tengok aku camtu... huhu
Kiranya yang ni mural Ernest yang ke empat.
Lepas tu jumpa pulak minion ni.
Tutup telinga!!
Kasik tumbuk muka kau!!
Mural last yang berjaya dijumpai.
Magic!!
Tolak jangan tak tolak..
Tolak jangan tak tolak..

Ok... tamat sudah misi mencari mural art street. Kiranya mural Ernest ni kitorang jumpa dalam empat je. Yang lain tu lukisan pelukis lain tapi still ok je.. Hari pun dah nak malam.

Sebelum balik try aiskrim pasu penang dulu
Sedap ooo... boleh pilih aiskrim ape yang kite nak. Lepas tu ada beberapa layer. Aiskrim, cornflakes, kacang.. lepastu barulah ditutup dengan biskut oreo.. pergggghhh...

Dah abis makan, balik hotel mandi2 dulu, tunaikan apa yang patut, lepas tu terus gerak ke Uptown Batu Feringgi. Ramai jugak orang.  Kat situ la ak shoping cenderahati..
hehehehehehehe...


No comments: