Wednesday 17 December 2014

Bye2 Lula, Arcoxia & Aerius.

Assalamualaikum..
14 December 2014
Lokasi: City Park, Seremban 2

Niat untuk melepaskan kura-kura akhirnya terlaksana juga. Dalam hati rasa sayu sangat. Tapi memandangkan aku pun dah tak fokus nak menjaga diorang ni, lebih baik lepaskan je. Biarlah diorang bebas. 

City Park dipilih sebab kat sini ada banyak sangat-sangat kura-kura. Lepas tu sentiasa ada je orang bagi makan. So tak risau la kalau diorang tak makan ke apa ke.

Gambar terakhir bersama Lula, Arcoxia & Aerius.

Lula kepunyaan Ain.
Masa bawak balik rumah, 4 ekor semuanya.
Nama diberi: Lula, Lulu, Lala, Lolo
Tapi Lula je yang survive.

Lepas tu bawak balik pulak Arcoxia & Aerius. Sekor aku punya, sekor Ika punya.
Masa tu jugak aku dapat Sein aka Senokot, Ikan Puyu aku yg IKU (Ikan Kurang Upaya) Kemain lagi aku bagi nama. Nama ubat tu...

Aku bersama Arcoxia & Aerius.
Maafkan aku ye andai selama ni aku mengabaikan korang. Jaga diri korang baik2 kat kolam ni.. huhuhu..

Ready untuk dilepaskan..
Ain ceramahkan Lula dulu.
Ramai pulak penonton..
Siap ada yang mintak nak ambil.
Tapi tak bagi pun. Biarlah diorang hidup bebas. Tak payah la nak sangkar2 lagi. Huhuhu...
Lula tak nak pergi. Statik je dia duduk atas batu, tak nak masuk dalam air. Sampai Ika terpaksa tolak masuk dalam air, barulah dia berenang. Dia sedih kot. 
Maklumla... Dah 2 tahun bela.. 
Arcoxia & Aerius pulak masuk je terus lesap..
Budak2 la katakan.. 
Aerius masuk celah batu, lepas tu tak muncul terus. Arcoxia ada la muncul jugak lepas tu. Aku boleh cam dia. Berenang-renang bebas. Happy la agaknya kot.
Budak 2 ekor ni ada la dalam 1 tahun camtu.



Ok.. Masa lepaskan diorang aku rasa sayu..
Tapi masa aku menaip ni aku rasa sangat2 sedih.. huhuhu.. =(

Tapi dalam sedih2 tu sempat jugak beli aiskrim.
Haaa... Aiskrim Pulut..
Dah terjumpa benda ni kena la try.
Taraa...
Pelik jugak la..
Rasanya homemade punya ni.
Dalam tu ada pulut,  'telur katak', roti kering warna warni dan lain2..



Ok bye..

Saturday 13 December 2014

Cuti-Cuti Sunway: Swimming Pool

Assalamualaikum..
8 Disember 2014
Lokasi: Swimming Pool

Hari last di Sunway,
Bebudak nak main air lagi.
Tak kan nak masuk Sunway Lagoon sekali lagi pulak kan.. 
Pergi swimming pool hotel je lah.

Cantik swimming pool dia..
Tengok2 kawasan dulu..
Meriah...
Ambik port..
Iman masuk
Kayuh... kayuh..
Amin tak puas hati..
Nak masuk jugak..
Kasik dia try..
Sangkut di kaki Achu..
Yeay... masuk jugak akhirnya..
Kuak kura-kura..
Sayup-sayup Iman dan Abahnya
pergi ke air terjun
Achu hanya bertapa di atas batu..
Celup kaki sikit-sikit..
Kembali ke daratan..
Dah habis.. Masa untuk balik..
Mamanya pun dah siap posing..
Tapi ada orang tu muka macam tak puas hati je.. hehehe..
Kaburi mata budak2 ni dengan aiskrim..
Kat belakang tu je peti aiskrim nye..
Dah puas hati, baru boleh balik.


Bawak budak2 bejalan macam2 kerenahnye.
Sabo je lah.. huhuhu..


Time to check out.
Singgah beli KFC kat Sunway Pyramid.
Balik hotel, makan2, kemas2 lepas tu check out.


Sampai rumah semua pengsan.. hihihihihi...


Friday 12 December 2014

Cuti-Cuti Sunway: Besday Mak 2014

Assalamualaikum..
7 Disember 2014
Lokasi: Sunway Hotel

Alhamdulillah.. 
Genap sudah umur Mak yang ke 59 tahun.
Semoga Mak sentiasa dilimpahi rahmat Allah, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki dan berbahgia selalu. Amin Ya Rabb..

Walaupun penat balik dari Sunway Lagoon, beliau menggagahkan diri jugak nak potong kek.
Tudia kek dia..
Budak 2 orang ni pun kalut jugak nak potong. Tok nya pun layan la.. 
Potong sama2..
Yeay... Potong time..
Cucu-Tok, Togeder-geder
♡♥♡♥♡♥♡
Auni pun dah terliur dah..
Kek keras la pulak...
Maklumla... Aiskrim... Beku...
Bantuan sampai.. Tolong potong2kan..
Makan time..
Santai makan kek..
Sekelip mata hampir licin..

Selesai.... (^___^)y




Nota kaki:
#Malam tu terjadi tragedi disember. Mak bangun nak pergi toilet tapi dia pening. Lepas tu jatuh tersembam. Berdarah2 bibir. Tapi sorang pun tak sedar. Dia pun tak panggil or jerit ke ape ke. Esok pagi Ilah terperasan something hitam di bibir Mak. Rupanya darah dah kering. Barulah kecoh yang Mak jatuh.. Adoi rasa nak menangis tengok. Nak bawak ke klinik, dia tak nak. Tak sakit katanya. Last2 sapu minyak je. huhuhu..

Wednesday 10 December 2014

Cuti-cuti Sunway: Sunway Lagoon

Assalamualaikum..
7 Disember 2014
Lokasi: Sunway Lagoon..

Pagi tu, kitorang siap2 la nak pergi Sunway Lagoon. Dari hotel boleh turun tangga bergerak aka escolator. 
Masalahnya bukan 1 tapi 5 tingkat!
So dengan niat tak nak Mak susah nak turun, kitorang pun buat keputusan turun ikut Sunway Pyramid.. So, masuk dari main entrance. 

Ya Allah... Ramainya manusia.. 
45 minit beratur untuk beli tiket sahaja.
Untuk tiket, hanya aku dengan Ilah je yang kena bayar. Mak free sebab besday, Abah free sebab warga emas, Iman & Amin pulak sebab budak2. Kakak Amani pulak mengamuk tak nak masuk.. terpaksa la tinggal kat hotel dengan Mama Papa dia.

Ok, nak masuk kna pakai tag ni.
Mula2 masuk nampak benda ni.
Budak ni penakut. Mula2 cakap nak main. Lepas tu, dah naik, dia menangis2 nak turun pulak. Terus tak jadi.

Duduk berehat sebab penat beratur beli tiket pun tak hilang lagi.

Mula2 nak beli aiskrim. Dah amik nak bayar rupanya tak boleh pakai cash. Kena topup kat kaunter, nak bli apa2 kena scan kat tag yang pakai kat tangan tu. Duit tolak dari situ. Mana la kitorang tau. Nama pun 1st time masuk. Huhuhuhu.. Then pergi topup dulu barulah boleh bli. Ais krim biasa2 RM3 sebatang. Iced Lemon Tea Season RM4 sebotol.


Scream Park. Tak masuk pun.. huhu..

Berhenti bergambo dulu.
Next, Wild Life Park
Tengok tiger dulu
Tiger tido
Time ni Mak dah tak larat nak jalan dah.
Yang lain2 sambung tengok bear.
Bear
Sementara Mak & Abah berehat,
Kitorang tinjau2 kat tempat lain..
Dekat2 situ je. Ni burung pulak.
Kat sebelahnya White Lion
Sepasang White Lion
My Sista.. Pejam pulak..
Next, nak pergi ke Water Park..
Extreme Park idaman kalbuku memang tak dapat la nak pergi. Keadaan tak mengizinkan. Ketepikan kehendak sendiri. Family lagi penting.. huhuhuhu..
Nasib baik la naik benda ni.

Tibalah tempat yang dituju.
Vuvuzela.
Memang pikir 56 kali la kalau aku nak naik.

Ni lepas 1 round main.

Mak & Abah dah letih. Tengok dari kerusi je.
Budak2 ni pulak tak nak balik. So, aku dengan Ilah pun terpaksa buat keputusan hantar Mak & Abah balik hotel dulu. Hantar sampai pintu yang menghubungkan Lagoon dengan hotel. Melalui 5 tingkat tangga bergerak tu. Rupanya tu adalah laluan paling dekat nak ke hotel. Silap besar kitorang masuk dari main entrance. Kesiannya Mak Abah... huhuhu.. =(

Bila Mak Abah dah selamat naik, kitorang masuk balik ke dalam.

Amik gambo dengan maskot dulu.
Salah satu sebab Amani tak nak masuk tu sebab takut dengan benda ni la. Huhu..
Shower
kasik shower sikit..
Sambung main air








Ok, bila budak2 dah puas main,
kitorang pun balik la...
Lepak dekat kerusi kat depan gua ni
Sambil keringkan badan
Sambil makan sandwich.

Lepas tu, dengan baju yang tak berapa nak kering tu, masuk Sunway Pyramid jap amik kek besday Mak di Baskin Robbin yang kitorang dah booking hari sebelum tu. Lepas tu, balik hotel.

Tamat cerita di Sunway Lagoon.

Yang dua orang budak lagi yang taknak masuk tu pun main air. Tapi kat dalam tab mandi hotel. Kuang3
Amani & Auni
Haaaa.. Tudia... kemain seronok lagi..
Jadilah tu..




Nota kaki:
# Next time kalau nak pergi lagi, better masuk ikut entrance dari hotel. Lagi dekat. Tak perlu nak beratur panjang.
# Dalam tu ada kedai jual cenderamata. Dapat la aku bli seketul fridge magnet berharga RM8.50