Thursday 28 December 2017

Cuti- Cuti Langkawi: Makam Mahsuri

Assalamualaikum..
5 July 2017
Lokasi: Makam Mahsuri, Langkawi.

Harini kitorang gigih jugak nak pergi Makam Mahsuri. Setelah ditipu banyak kali oleh Mr.GPS, last2 kitorang ikut je sign board, cari sendiri. akhirnya berjaya jugak.

Ikut Sign board lagi senang.


Dah sampai. Nak masuk kena beli tiket ye.
Dewasa RM12, kanak-kanak RM6


Ok dapat dah tiket




Okey jom



Baju oren harini. So sweet..


Carta salasilah Mahsuri. Dah sampai dah keturunan yang ke 7




Dalam ni macam muzium la tunjuk barang2 zaman dulu kala.


Kalau tak silap ada persembahan tapi time ni hari cuti diorang. 
So tak dapat la tengok.


Ni lah Makam Mahsuri. Al Fatihah....








Okey kat sini ada banyak2 rumah. Boleh masuk tengok satu2.
Kedudukan dia dekat2 je, depan2.

Mak taknak masuk. Nak duduk rehat kat sini. So aku masuk dengan Abah.
Disebabkan dekat depan tu je, tak pe la. Boleh nampak. Kalau jauh, tak berani la nak tinggal.






Aku tak sure yang mana satu rumah yang Mahsuri duduk tu. Maybe yang ni, maybe jugak bukan. Tapi Makcik pekerja situ cakap asalnya rumah ni kat lain, tapi diorang bukak dan pasang balik kat sini. Senang, letak je semua kat satu tempat.

Ada jugak rumah ayah Mahsuri tapi tak snap pulak. 
Kagum sangat la tengok macam mana orang dulu2 buat rumah.




Yang ni rumah penghulu. Makcik pekerja kat situ cakap, kalau zaman dulu2, segala kenduri kendara dibuat kat rumah penghulu. Agaknya sebab besar, boleh tampung ramai2.

Yang ni aku masuk. Dalam dia macam muzium. Macam2 ada.
















Sebelum turun boleh la sign ramai2 ye.


Nak sign, pen tarak so selpie je lah

Ok, jom tengok Telaga Mahsuri pulak


Siap berpagar




Ni lah rupa telaga nya. Masa aku pergi dulu, tengah renovate lagi. Ni dah elok dah.
Tapi bukan boleh suka hati pegi cedok air okey.


Ni ha air dia siap ada jual. Tapi time ni kedai tak bukak.
kalau ikut harga kat situ ada RM2, ada RM7. maybe boto kecik dengan botol besar la.


Maybe jugak yang dijual tu air yang dah ditapis. Sebab ada rumah penapisan air ni.

Dalam tu jugak ada kedai cenderamata. Kat sini aku beli la jugak sehelai tshirt sebab baru teringat aku tak beli sangat cenderahati. Sebok beli coklat je dari hari first tu.
Dalam ni jugak ada toilet. Free je takda kena bayar. Sempat jugak la aku meninggalkan hasil. Muahahahahaha..

Dah habis pusing, pulanglah kami ke hotel.



Lepas kemas barang, check out, maka berangkat lah kami. Pulangkan kereta dulu, lepas tu dihantar ke jeti. Yang tengah tu hasil shopping. Nampak macam sikit, hakikatnya banyak. Dah sumbat2 bagi padat sebab senang nak angkut.

Maka tamatlah percutian kami 3 beranak.
Syok ooo.. Next trip please.. (^_^)y



Tuesday 26 December 2017

Cuti-Cuti Langkawi: Taman Lagenda

Assalamualaikum...
5 July 2017
Lokasi: Taman Lagenda, Langkawi.

Hari ketiga di Langkawi merangkap hari terakhir.
Lepas sarapan kitorang jalan2 sekitar hotel. Rupanya ada satu taman kat situ, Taman Lagenda. Kat situ ada banyak binaan2 berkaitan dengan sejarah Langkawi.

Sambil jalan tu kitorang jumpa banyak bunga ni bertabur atas tanah. 
Ingatkan bunga plastik rupanya yang real punya. 


Ni rupa pokok dia. Tak tau la nama apa pokok ni.


Ada macam2 binaan ke replika ke apa ntah. 
kitorang masuk dari pintu belakang, so masuk melalui Gergasi Bertarung la.

Ha tudia belakang kitorang tu lembing besar. Gergasi punya la kot.









Ada banyak wall macam ni. Ada cerita masing2.
Yang ni maybe yang gergasi berlawan tu.


Langkawi tidak tidur lagi


Aku jalan slow2 dengan Mak.
Abah aku dah tak nampak kat mana dah. Dia rancak sembang dengan pakcik yang jaga taman ni. Sembang punya sembang rupanya orang Taiping jugak. Hehehe..


 


Nampak tu. Replika bunga tadi tu. Bunga apa la ni. Agaknya kat sini je ada kot. 




Tamatnya sumpahan.
Yeah langkawi sudah makmur selepas 7 keturunan.

Lepas dah senaman pagi kat sini, kitorang gerak nak cari jugak Makam Mahsuri. 
Ok next, Makam Mahsuri =)