Sunday 9 October 2011

Selawat Syifa

Assalamualaikum...
Ok, kali ni nak berkongsi pasal kelebihan Selawat Syifa. 
 Maksudnya: Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.


Perkataan Syifa' sendiri membawa maksud penawar/penyembuh. 
Baca Surah Al-Fatihah diikuti dengan Selawat Syifa
setiap kali selepas solat sebanyak 3 atau 7 kali, 
kemudian sapu ke muka dan seluruh badan:

Antara Fadhilat/Kelebihannya:
  1.  Menyembuhkan/melapangkan/melembutkan hati
  2. Menyihatkan tubuh badan.
  3. Mencerahkan penglihatan
  4. Terhindar daripada penyakit.
  5. Menenangkan fikiran dan kebuntuan
  6. Dan pelbagai penyakit lain. Rujuk kat Darussyifa. 

Selain tu, banyak-banyakkanlah berselawat ke atas nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""



    Rujukan: 


    Yakinlah Allah itu Maha Penyembuh Segala Penyakit.