Monday 9 May 2016

Makan-Makan Alai 2016

Assalamualaikum...
23 April 2016
Lokasi: Crystal Bay, Alai, Melaka.

Yahhhooo!! Selepas 2 tahun, Geng 872 kembali menerjah Crystal Bay! Last time kitorang pergi, kitorang sangat puas hati dengan makanan kat sini. Akhirnya setelah sekian lama, sampai jugak kitorang ke sini lagi.

Aim kitorang kali ni nak makan ketam. Semua gara-gara terliur tengok artis korea makan ketam dalam rancangan Law of The Jungle. Nyum.. Nyum.. Masa kitorang sampai, awal lagi. So kitorang lepak tepi pantai dulu, tengok laut. Lepas tu baru pergi makan.
Lepak tepi pantai.
Hehehehehe..

Okey, lepas dah lepak tepi pantai, kitorang beransur ke tempat makan. Perut pun dah lapar sangat dah.
Kitorang pilih kedai ni sebab last time kitorang makan kat sini.
Sambil pilih jangan lupa tengok harga juga ye.

Pilih la ikut suka hati anda.
Dah pilih, terus bincang menu dengan pekerja kat situ. Jangan risau kalau tak tau nak buat masak apa, sebab diorang akan suggest apa yang best kat situ. Nak or tak nak je.
 Ni la nama kedai tu.
Dah amik tempat, baru lah order nasik dan air.
Kitorang order air dalam jag terus.
1 jag fresh orange dan 1 jag air kosong.
Ya Ampun.. time ni happy gila aku dapat minum air. Tapi tak sempat habis, Ika dah warning jangan minum banyak2, nanti kenyang, makanan tak habis.. Baiklah Ika..
Disebabkan kitorang ada ikan bakar, so kicap cabai nya sampai dulu.. Sementara nak tunggu lauk sampai, kitorang makan la otak-otak dulu sebagai lapik perut. Kuang3
Ika dengan Ain makan Jelly Kelapa. Aku memang tak sentuh la sebab aku tak gemar air kelapa or jelly kelapa ni. Kalau coconut shake aku on.


Muka-muka kelaparan..

Yeah! Lauk pertama sudah sampai. MasyaAllah.. Lazatnya... Ikan Pari Bakar..
Moh kite serang!!!!
Lepas tu, ni la hero dalam ini cerita..
Ketam Masak Pedas.. ♡♡♡♡♡
Weh sedap weh!! Sambal dia tu ada telur hancur. Pergghh... sedap..
Kitorang jugak ada Ikan Kerapu. Sebelah buat masak sweet sour..
Sebelah lagi masak sambal
Lepas tu, Udang Goreng Butter.. Atas dia ditabur nestum.  Tapi udang ni paling memeranjatkan.. Sebab dia sampai dalam 2 pinggan besar. Dan.. menjadi bahan bebelan Teratai dan Ain sebab terlampau banyak. Dalam hal ni, aku dan Ika dipertanggungjawabkan sebab kitorang yang pilih udang. Agaknya taksub sangat masa pilih tu.. hahaha..
Sotong Goreng Tepung..
Kesian sotong ni, dipandang sepi. Duduk pun kat hujung meja je. Kuang3
Kepah masak Chinese Style..
Boleh tahan la rasa dia tapi dia mempunyai rasa halia yang sangat kuat. So, why? Nanti aku cerita.. huhu..
Kerang Rebus
Kangkung Belacan
Makanlah.. Jangan malu-malu..
Pemandangan kitorang dari satu sudut lain.
Banyak tak???
Actually, kitorang tak sangka akan jadi sebanyak ni. Ni la bahayanya pilih makanan time perut lapar.




Sorry Teratai.. goyang pulak gambar dengan ketam tu.. maklumla.. gigil-gigil snap pakai tangan bukan dominan tu..
 Ain hantu ketam. So dia memang happy sangat la. Yang sorang lagi tu senyap je, tak berbunyi langsung..
 Haaa.. tu ketam aku.. sorang seekor.. mesti habiskan.. tu termaktub dalam perjanjian 872..
 Udang.. Udang.. Udang.. Huhuhu..
 Ketam! Aku dah bertahun-tahun tak makan ketam. Excited sungguh la dapat makan ni.
Ntah apa la yang si Teratai ni kusyuk sangat tengok tu.

Okey.. Disebabkan makanan sangat banyak, kitorang setelkan yang berkuah dulu. Sotong dengan udang tu kitorang tapau bawak balik.  

Dalam perjalanan balik tu perut aku tersangatlah sakit. Maklumla.. aku dah simpan perut dari siang. Perut kosong, lepas tu makan pulak kepah halia tu.. Menyucuk-nyucuk angin dalam perut. Asyik nak membuang angin je. Hehehehe..


Balik rumah, buat kira-kira. Aku kan bendahari rumah tu. Taraaaa... Ni la jumlah yang kitorang makan.. Dah macam makan satu family besar.. RM288.00 untuk makanan sahaja. Alhamdulillah... Rezeki.. Berkat kitorang menabung setiap bulan, dapat la merasa makan sedap macam ni.


Alhamdulillah...
InsyaAllah next next next year kita datang lagi ye.. hehehehe...

No comments: