Friday 7 April 2017

SALAM Trip to Bandung

Assalamualaikum.
30 March - 2 April 2017
Lokasi: Bandung, Indonesia.

Speechless. Tu la reaksi pertama aku masa mula2 dapat tau SALAM sponsor pergi bercuti ke Bandung. Tertanya2 jugak macam mana aku boleh terpilih. Rupanya sebagai penghargaan untuk team ISO. Aku rasa aku takda la menyumbang apa sangat pun. Tapi rezeki jangan ditolak kan. 

Makanya.. disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datin Maslina & Salam Senawang Specialist Hospital kerana menghadiahkan pakej percutian ini. Semoga murah rezeki. Amin..

Okey.. Memandangkan ni first time aku nak pergi negara orang, sebelum fly nak bersuka-suki tu, kena buat research sikit dan sediakan checklist supaya tak tercongok2 nanti. 
Antaranya: 
  1. Paling penting kena ada passport. 
  2. Lepas tu, keperluan2 sendiri kat sana.
  3. Aku bawak power bank & international charger adapter. Beli kat Mr.DIY je dalam RM7.50 camtu. 
  4. Duit pulak aku tukar sesiap 2 juta Rupiah. Time tu aku tukar 1 juta = RM335.50. Duit Malaysia pun aku bawak jugak incase tak cukup rupiah. Dan.. activate jugak ATM International Withdrawal. Kat sana ada CIMB dan Maybank. Aku activate guna Maybak2u je. Senang.. Ikut je step2 nye.
  5. Ubat-ubatan. Aku allergic sikit tempat2 sejuk. Terus nak jadi selesema. Nasib baik ada  bawak Aerius. Lega. Hahahaha.. 
  6. Dan... Sweater & stokin.. Disebabkan sejuk tu, aku asyik nak membuang air je kejenye. So last2 aku pakai stokin. So, sila abaikan stokin kaler2 aku yang meriah itu.
Harap maklum, segala perbelanjaan di sana ditanggung sepenuhnya oleh SALAM. Tiket flight, Hotel, Supir & Makan. Aku hanya bawak duit untuk shopping je. So, aku tak tau secara detail untuk semua perbelanjaan tu.



Taraaa.. Flight kitorang pukul 6.50am dari KLIA2. Pukul 2.30am kitorang bertolak dari Senawang. 4am checkin.

Disebab kan Air Asia dah ketatkan syarat untuk hand luggage yg hanya boleh lepas 7kg je tu, aku buat keputusan untuk ambik luggage 20kg. Bayar tong2 share dengan Akma. Tapi sebenarnya aku punya 6.4kg gitu je. Tapi ok la.. Mencegah itu kan lebih baik.

Kitorang siap ada drama berlari2 kat KLIA2 tu sebab gate ditukar last minute. Nasib sempat. Huhuhu..

 Muka lega tak kena tinggal.

Aku duduk sekali dengan Kak Lin & Kak Farah.


Taraaa.. Nasik Lemak Pak Nasir.

Lega rasanya dapat makan. Kebulur lepas berlari2 tadi.


Yeayy.. Akhirnya sampai jugak di Bandara Husin Sastranegara setelah 2 jam 40 minit. Sepatutnya 2 jam je. 40 minit tu berlegar2 kat atas tak boleh turun. Cuaca kurang elok katanya.
Menunggu ahli2 rombongan yg belum lepas pemeriksaan imigresen.


Ni lah dia 2 buah kenderaan kitorang kat sana. Supirnya bernama Pak Yoyo dan Pak Aeng


Disebabkan timing dah lari, kitorang singgah check in je. Ni hotelnya.. Hotel Grand Sovia. Kitorang semua lepak kt lobby beli air mineral je berharga RP15,000. Hahaa.. 

Aha.. Demi nak memudahkan nak contact sesama sendiri, kitorang ada beli simkad jugak. Booking siap2 dengan Aeng dari kat Malaysia lagi. Harganya RP75,000. Kot2 la sesat ke apa kan. Bagus.. laju.. I like..

Lepas tu terus gerak ke next destination. 




No comments: