Saturday 30 July 2016

Aidilfitri SALAM 2016

Assalamualaikum..
29 July 2016
Lokasi: Salam Senawang
Masa:11am-3pm (Jumaat) 

Ehem.. Tahun ni hospital tempat aku kerja tu sekali lagi mengadakan open house sempena hari raya Aidilfitri. Kalau tahun lepas aku datang lambat sebab kesiangan, tahun ni pulak makan lambat sebab menunggu Mort dan Teratai habis shift pagi. Nak buat macam mana kan, dah kerja, tak kan nak tinggal macam tu je semata-mata nak kejar makanan.

Tapi agak kelam kabut jugak la sebab hari Jumaat adalah salah satu hari yang paling busy untuk staff farmasi kat sini. Lepas habis shift  pagi, ada kerja tambahan iaitu supply drip ke ward. So kali ni Mort dengan Teratai terpaksa deal dengan staff ward untuk ganjakkan masa.
Sepatutnya pukul 2.30pm, diganjakkan ke pukul 3.00pm. 

Disebabkan staff next shift masuk agak lambat, so kitorang dapat makan dalam pukul 2.30pm macam tu. Terus bekejar ke khemah.
Kitorang amik port satu meja dengan Zimi, Usop, Ami, Fairus dan Asri.
Kebanyakan makanan dah habis. Nasik lemak antara yg masih ada. So kitorang makan je tanpa banyak songeh. Rezeki..
Mort pun makan je.
Ni orang yg paling busy dengan makanannya. Tak senang duduk dia. Hahahaha..
Busy dengan cendawan goreng, dengan keledek goreng.. 
Time Cik Teratai tengah busy dengan makanan2 dia, staff marketing datang amik gambar. So, tak ada la mukaTeratai kat sini. Gambar ni amik kat FB hospital.
En Asri dengan baiknya tolong amikkan cendol untuk kitorang semua yg ada kat meja tu. Terima kasih ye..
Muka2 yang duduk makan semeja
Cik Pojiah dengan Cik Teratai
Kebetulan Ain lalu kat situ, ajak amik gambo sekali. Geng 872 yg tak cukup ahli. Tak nampak Ika kat area situ.
Pandangan yg lebih luas.


Dah selesai makan, mintak tolong Usop amikkan gambar kitorang. Macam2 rupa ada. Huhuhuhu..

 Dah pukul 3, aku ikut Mort dengan Teratai pergi supply drip. Nampak tu siap dengan troli.
Lepastu, muncul pulak Dr.Shukiman. Ajak dia bergambar sekali. Dia cakap harini penat, ramai orang ajak amik gambar. Hamboi2.. Popolar eh doc.. hihi..
 Bukti diorang tengah buat kerja.
 Aku duduk diam2.. Tak mencampuri urusan sebab aku tak on duty time ni. Tak boleh masuk campur demi mengelak masalah.

Lepas dah selesai semua, aku ajak diorang naik ke rooftop untuk bergambar kat situ. Dah dua tiga hari aku rasa pemandangan kat situ cantik.
 Mort dan trolinya. Angkut sekali troli tu naik atas. Hahahaha..
 Teratai cakap, apa yg cantiknya kat situ? Ntah la.. dah sampai rasa tak cantik pulak. Kuang3
 Dengan angin yg kuat.. Macamni la hasilnya.
 Mort pun tak tau nak pose macammana.
 Last2 selfie je.
 Dah nak turun tu, kebetulan En Husin lalu. Mintak tolong dia amikan gambar. Dapat la gambar yg senonoh sikit.
 Lepastu, lepak kat surau kejap. Ni time amik air. Mort request nak tangkap gambar dengan mesin air coway tu sebab katanya kitorang hari2 amik air kat situ. Ikot je la..
 Lepas tu, on the way nak balik, Mort ajak singgah kat tempat kitorang amik gambar raya tahun lepas. Sebab katanya lepas ni dia nak kurangkan gambar. Nak save untuk kawen nanti. Muahahahaha..




 Haaaa... tudia.. bila dah naik syeikh..
 Aku.. Mana dinding mana aku daaa.. dah sama kaler dengan dinding..
 Cik Teratai kita yg tak berapa nak ada mood harini.. (kecuali time amik makanan) huhuhu.. Bersabarlah wahai kawanku.. Biar orang buat kita sekarang, nanti kita balas.. hahaha..
Dan.. Cik Mort kita dengan pose ayunya itu.
Mort pun, bersabarlah ye.. Kita kuat walaupun hanya bertiga.. huhuhu..

Itu sahaja kisah jamuan raya tahun ni. Banyak drama. Sabar je lah. Janji kitorang masih bertiga. (^_^)y

3 comments:

Unknown said...

mak menciiikkk,mencikkkk,mencikkk sama diaorg.....

Cappuccino Lover said...

Sabo jela selagi boleh. Nanti dh meletup jgn terkezut pulak kan..

Cappuccino Lover said...

Sabo jela selagi boleh. Nanti dh meletup jgn terkezut pulak kan..