Sunday 17 July 2016

Perasmian Dewan Madrasah At Tazkiah

Assalamualaikum..
17 July 2018
Lokasi: Madrasah At Tazkiah, Kampung Pinang, Kamunting, Perak.

Hari ni aku ikut Mak Abah aku pergi pondok tempat diorang belajar. Pondok ni nama rasminya Madrasah At Tazkiah. Kitorang biasa sebut Pondok Ustaz Zaki je. Majlis hari ni untuk merasmikan dewan yang baru dibina. Dewan ni diberi nama Dewan Dato Seri Haji Hassan Ahmad bersempena nama bekas Mufti Pulau Pinang. Dan.. dirasmikan sendiri oleh beliau.
Suasana di dalam dewan.
Gambo dari belakang je sebab kitorang dok kat belakang nun.  Hahaha.. Tu pun dah kategori awal dah kitorang datang. 
Selfie sebelum majlis bermula..
Kusyuk.. Dengar diskusi. Tak ingat nama ustaz. Tapi cakap tentang menuntut ilmu.
AJK dah tengah kalut2 sebab Dato dah nak sampai.
Ketibaan dhif2 terhormat..
Nampak tak, betapa belakangnya kitorang duduk. Dekat betul dengan pintu.
Yang pakai jubah putih tu la Dato nya..

Lepas dhif-dhif terhormat tu dah sampai, semua orang diminta terus berdiri. Ramai2 mengalunkan Asmaul Husna.

Lepastu, ada bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari johan tilawah peringkat kebangsaan.

Diteruskan dengan ucapan dari Ustaz Zaki. Dia cakap majlis ni merangkumi dua majlis iaitu majlis perasmian dewan dan majlis mengeratkan silaturrahim, majlis makan2 le tu.. kan masih lagi di bulan Syawal... harini Syawal ke 12.
Ucapan dari Dato.
Yang aku ingat, dia cakap pasal 3M.
Mutholaah, Muzakarah, Muhafazah. Ada lagi tapi aku yang tak ingat.. hahahaha..
Upacara memotong reben.
Lepastu turunlah gulungan gambo tu.
Lepas tu sesi menurunkan tandatangan kat papan tu. Nampak bercahaya je kan. 
Lepastu sesi-sesi penyampaian cenderahati dan hadiah. Ada untuk anugerah tokoh jugak 

Lepas tu, persembahan nasyid. Disebabkan diorang bernasyid sambil duduk, so nampak kecik je la.
Last sekali, makan!!! Ni je gambo makanan yang aku mampu tangkap sebab ramai gila-gila orang. Meriah yang amat!

Lepas tu bersurai..
Alhamdulillah..

No comments: