Saturday 16 July 2016

Walimatulurus Sudin & Fatin

Assalamualaikum..
16 July 2016
Lokasi: Tambun, Perak.

Alhamdulillah.. Harini kitorang satu family selamat memenuhi jemputan kenduri kawen adik kepada abang ipar aku iaitu Sudin. Diorang satu family dari Sentul. Aku, Mak dan Abah aku pulak dari Taiping.

Hahaha.. Bercahaya keimanan tak?? 
Aku dan Mak aku. Aku suruh dia senyum, kemain senyum lagi dia.. hehehe..
Kitorang bertolak awal. Pergi beraya ke rumah Pak Cik Amin dulu. Dia ni bestfren Abah. Abah cakap dah lama tak jumpa. Tu sebab bertolak awal. Lagipun rumah dia dekat je dengan lokasi majlis.

Lepas tu roger2 akak aku, jumpa kat Giant dekat dengan Lost World of Tambun tu. Then, terus gerak ke rumah pengantin.

Iman dan Amin dah ready. 

Hanya family aku plus Pak Leman je yang sampai dulu. Ahli rombongan yang lain masih di homestay. Homestay nye tak jauh pun. Selang dua tiga lorong je.
Semengara tunggu ahli rombongan, kitorang menyamar, dok bawah khemah dulu.
Tapi... budak2 dah start gelisah la sebab dah nampak benda ni. Mesin aiskrim!
Ni katering untuk majlis ni. Kerepek pisang tu pun jadi mangsa untuk mengisi masa lapang. Muahahahaha...
Nampaknya dah tak boleh tahan daaa.. Nasib baik mau beratur..
Tapi Amin takut2, sampai Tok Wan kena bangun pergi teman dia.
Okey dah dapat
Si kecik terlampau mengantuk, mulut pun sampai tak nak bukak dah.
Masam sangat muka tu Naim oiii.. haha
Tapi masih mampu lagi main-main...


Okey... Aku tau.. tudung teruk kan? Akak aku pun tanya, ni tudung zaman bila aku pakai ni? Hahahaha.. Dah tu, aku tak bawak balik tudung kaler ni, hentam je la apa yang ada..

Budak2 ni ulang alik mengerjakan aiskrim tu.. time ni saja Iman dah makan 4 batang.. huhuhu..

Sementara kitorang duduk kat sini, hujan turun selebat-lebatnya. Plan nak berarak pukul 12.30pm terpaksa ditangguhkan. Sampai kitorang siap makan nasik la. Dah alang2 terperangkap kat sini kan. Kuang3

Last2 pukul 1.30pm baru rombongan sampai.

Pengantin lelaki. Kecik je. Dan.. muda dari aku.. hahahaha..


Mak Ecah iaitu mak pengantin bertemu Mak aku..
Ahli-ahli rombongan.

Abaikan si gadis ayu ni..
Gambo pengantin dari belakang je.

Kitorang tak masuk sekali. Dok tengok kat tepi je.
Peace... candid sangat kan..
Bunting pengantin.

Sementara tu, aku, Mak dan Abah pergi solat dulu kat masjid dekat situ. Lepastu, pergi lagi rumah kenduri tu. Pengantin tengah sebok bergambar.
Gambo pengantin. Maaf, pinjam dari FB. Hihi..
Macam kenal je pelakon2 tambahan kat belakang tu.
Hobi... melepak bawah khemah 
Pengantin dengan abangnya yang sulung.


Gambo family diorang. Anak2 akak aku paling ramai setakat ni. Hahahaha..

Orang memberi kita merasa. Nyum2..
Bersalam-salaman sebelum beransur.

Lepas tu diorang terus balik ke lokasi masing2. Kitorang balik Taiping. Minggu depan majlis sebelah lelaki kat Sentul. Didoakan berjalan lancar lah. Amin..

Untuk pengantin, diucapkan selamat pengantin baru. Semoga kekal hinggah ke jannah. Amin..

No comments: