Thursday 28 April 2016

Pemburuan KBJ di Pizza Hut

Assalamualaikum..
12 April 2016
Lokasi: Pizza Hut, Palm Mall, Seremban.

Alkisahnya Geng KBJ makan pizza tanpa dirancang. Last kitorang makan pizza sama-sama adalah pada tahun lepas. Aku dan Mort kerja pagi. Balik dari kerja, Teratai pickup kitorang. Terus je pergi Palm Mall.

On our way
Dah sampai.. Yeay!!!
Haruslah menggedik dulu kan..
Dek kerana kelaparan, sampai panjang macam ni kitorang order..
Tunggu ye.. Tengok apa yang kitorang order.. hehehe..
Dimulakan dengan Mushroom Soup..


Muka gumbira dapat makan
Chicken Indulgence Pizza

Pizza ni lebih kepada Mort yang punya sebab dia tak makan benda2 lain melainkan ayam, ayam dan ayam.. So untuk pizza ni, aku dengan Teratai masing-masing makan 1 slice. Yang lagi 4 slice Mort punya
Cik Teratai 
Aku yang comel.. Muahahaha..
Yang ni Teratai punya, Beef Arabian Spagetthi.
Pedas gila lah!
Ni pulak aku punya, Creamy Mushroom Chicken Fetuccini.
Aku order ni sebab teringat aku makan ni masa celebrate besday Teratai kat Big Mouth tahun lepas.
Yang ni namanya Mushroom Chicken Treasure..
Ni tak kena dengan selera Si Mort dan Teratai.. Padahal diorang dua orang yang beria-ria nak sangat benda ni. Tapi, macam biasa la. Hanya aku je yang berjaya menghabiskannya.. Hebat kan aku??
Yang ni namanya aku tak ingat.. Hahaha..
Ni dah include dalam set yang kitorang amik. Mort cakap ni bahagian dia sebab dia hanya makan pizza je. Tapi at last, aku jugak tukang makan.. Sayangnya tak habis jugak sebab aku dah tak mampu nak sumbat dah. Huhu..

Wajah-wajah riang di Pizza Hut
Hashtag Tudung Senget

Bercahayanya.. kikiki
Last sekali, desert!!
Dalam gamba aiskrim strawberi, sekali sampai coklat. 
So, Mort makan la sorang2 sebab aku dengan Teratai bukan penggemar coklat.

Untuk semua yang kitorang makan ni, bill-nya berjumlah RM80.10
RM80 kitorang di support oleh Dana KBJ dan lagi RM0.10 tu Teratai belanje.. hahahaha.. =)






No comments: