Tuesday 22 March 2016

Walimatulurus Aimi & Najmi

Assalamualaikum...
19 March 2016
Lokasi: Kuala Kangsar, Perak.

Selepas selesai majlis akad nikah, kitorang bergegas ke rumah pengantin. Pengantin nak bersiap untuk majlis resepsi pulak.

Masa nak masuk rumah, terjumpa Nabilah Ramli. Dah ada baby dah dia. Afifah namanya. Baik giler baby dia!!

Lepas tu, sorang demi sorang muncul dan memenuhkan bilik pengantin.

Dah ramai-ramai kat situ, memang kecoh la jadinya.
Macam adik beradik dah.

Lepas pengantin dah siap, kitorang semua bertukar port, pergi ke khemah pulak, makan time! Lauk sedap sangat. Ayam masak merah, dalca terung dengan gulai udang.. pergghhhh lazat bebenor.

Member baik aku a.k.a BFF si Puan Fadzilah tu sampai time aku tengah menikmati cendol yang sejuk dan menyamankan tekak aku. So biar dia makan dulu. Aku join diorang yang lain bergambo dengan pengantin.

Bergambo dengan pengantin.
Dari kiri ada Mira, Hanis, Saja, Pengantin, Pikah, Won, Wani, Jaja, Aqliah, Izzati..

Sesi di pelamin pulak.
Pikah, Wani, Fadzilah dan ehem2..
Aku pun tak ingat bila masa amik gambo ni. Tup2 jumpa kat fb Won. Hehehe..

Kali ni ada tambahan ahli.
Ada Jannatul dan Fadzilah. Semua sihat-sihat belaka. Nasib tak roboh pelamin. Hehehehehe..
Pengantin dah bangun, kitorang pulak duduk.
Haaa.. She is the reason why aku bertapa kat situ tak balik-balik. Dia dari Melaka dari malam tu. Naik train tapi train rosak. So dah terkandas. Asalnya kitorang nak jumpa time nikah tapi tak dapat. So aku tunggu la dia sampai dia muncul.
Aku dengan dia ni sangat berbeza tapi tak tau la macam mana boleh jadi bff. Time tu form 4, geng-geng assobiah aku semua tukar sekolah. So aku dah takde geng sampai la dia ni masuk sekolah aku. Mulanya budak-budak lain macam anti je dengan dia ni tapi aku pulak okey. Boleh masuk la. Dia pergi mana mesti aku ikut sekali. Alhamdulillah.. jodoh dia cepat. Anak nak masuk 2 dah.. hehehe.. opss tercerita panjang lebar pulak kan..
Apa-apa pun, aku suka goodies Aimi ni. Best! I like!

Takde banyak gambo pengantin sebab pengantin bz. Banyak gambo kitorang je. Maklumla masing-masing masih sama macam dulu, pantang tengok kamera. Kuang3.

To Aimi dan Najmi:
Selamat Pengantin Baru. Moga kekal berkasih sayang dan bahagia till Jannah.
Amin.

No comments: