Monday 8 February 2016

Cuti-Cuti Terengganu: Noor Arfa Batik

Assalamualaikum...
30 January 2016
Lokasi: Noor Arfa Batik Complex Craft

Ehem.. Selepas lama bertapa di Taman Tamadun Islam, kitorang bergerak ke tempat lain. Kitorang ke Muzium Negeri Terengganu. Tiket masuk RM5 seorang. Tapi, tak ada gambar kat situ sebab dalam muzium tak boleh tangkap gambar. Tapi dapat la kitorang tengok Batu Bersurat yang asli. 

Lepas tu, kitorang berkejar pulak ke Noor Arfa Batik.
Taraaa.. berjaya sampai. Rezeki kitorang sebab tempat ni belum tutup lagi. Dapat la kitorang tengok pekerjanya buat batik.
Tengah 'cop'
Yang dalam bekas tu ada lilin panas cair. Dia celup acuan tu dalam lilin lepas tu cop atas kain.
Yang ni tengah mewarna.
Ni pulak tengah tenun. Katanya ambil masa sebulan untuk siap. Fuh!

Lepas tu, kitorang masuk ke bahagian jualan. Kat situ ada jual macam2 produk batik. Harga pun macam2 ada.. huhu.. Tapi kitorang tak beli apa pun.

Kitorang menuju ke kiosk ni.
Haaaa.. kat sini kita boleh try mewarna batik dah juga melalui proses2 seterusnya.. hehehe..

Tapi disebabkan kitorang datang dah hujung2 waktu beroperasi, kitorang hanya boleh try yang mewarna sahaja. Bayarannya RM15 seorang.

Ni contoh yang pengunjung lain dah try.
Ni corak yang bakal ain warnakan..
Ni aku yang punya.. hahaha =)
Benda tu kain betul ye. Cuma saiz je kecik. Diorang dah siap cop dengan lilin. Sama macam yang betul.

Kitorang dibekalkan dengan ni
Dan juga ini.

Dari tiga warna basic ni, pandai2 la campur2 warna untuk dapatkan warna yang kita nak. Haha.. teringat time sekolah rendah dulu.. Pendidikan Seni.
Pekerja sini tengah tunjuk macam mana nak buat.
Ok, mari kita!!
Yeah... dah ada warna sikit.
 Terkial-kial la jugak. Bab nak campur2 warna tu agak mencabar.
Siap! Cantik tak?? Hahaha..
Ain dah lama dah siap. Aku baru nak siap.
Lepas dah siap, kain tu dikeringkan.
Aku punya dah siap.
Nanti nak frame kan, gantung kat dinding, kuang3.
Ni pulak Ain punya. Hehehe..

Kalau ikut proses yang sebenar, panjang lagi prosesnye. Kena rendam la, kena buang lilin tu la.. Macam2 lagi la. Kitorang dapat merasa mewarna ni pun dah cukup gumbira dah.
♡♡♡♡♡♡♡

Haaaa... Betapa padatnya aktiviti kitorang satu hari tu. Dari Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Monumen, River Cruise, Muzium dan last sekali ke Noor Arfa Batik. Fuh!

Esoknya bertolak balik. Macam2 hal jugak la. Pagi2 lagi dah dapat saman parking. Saman kedua sepanjang di Terengganu. Dalam mengejar masa tu, kena pulak pergi bayar saman. Lepas tu, laju2 bertolak ke Menggabang Tapah, beli keropok lekor. Lepas tu terus ke airport, pulang kereta. Sampai masa nak berlepas, flight pulak delay. Dah naik flight, nak turun, tak turun2. Dok berpusing2 atas laut. Berdebar-debar hati ni. Tapi akhirnya selamat dah semuanya..

Maka, berakhirlah percutian di Terengganu. Alhamdulillah... =)


No comments: