Tuesday 2 February 2016

Cuti-Cuti Terengganu: Memorial Batu Bersurat & Tasik Kenyir

Assalamualaikum..
29 January 2016
Lokasi: Kuala Berang, Terengganu.

Hari kedua di Terengganu. Betapa bersemangatnya aku. Awal2 pagi lagi aku dah bersiap. Kitorang breakfast di Pasar Kedai Payang. Macam2 kitorang makan. Aku makan Nasi Lemak. Ain makan Nasi Dagang. Lepas tu amik kuih. Lepas tu, roti bakar yang super sedap. Nyum2.. Sampai ada sorang pakcik tu tegur sebab tengok banyak sangat makan. Relax la pakcik.. Kitorang nak rasa je makanan tempatan. Hehehe...
Lepas makan, shoping dulu. Gila la.. kedai pertama aku masuk je dah ada hasil. Lepas tu tak payah cerita la.. Tengok kat tangan aku tu dah penuh dengan beg plastik. Beli baju kelawar, kain batik, tshirt dan sebagainya. Sampai kat kedai cenderamata, grab 1 kipas ni. Berpeluh2 shoping. Hahaha..
Ain pun sama je berbondong.
(^__^)y

Bukan setakat barang je... Saman pun dapat.. Alkisahnya kitorang tak tau pun parking kat sini berbayar. So kitorang pun park je la. Tapi kalau bayar time tu jugak, kena kompaun RM5 je.. So kitorang terus je la bayar.

Memandangkan percutian kali ni aku tak buat research sangat, so terkial-kial la menggoogle tempat menarik kat sini. So jumpa la pasal Memorial Batu Bersurat. Kitorang pun terus je la pergi. Jauh jugak la.. Dalam 45km macam tu. Tu pun dengan bantuan waze.

Dah sampai.
Macam ni la rupa batu bersurat. Tapi yang ni hanya replika. Bukan yang ori. Yang ori sekarang diletakkan di muzium.

Aku tak ingat sangat cerita batu bersurat ni. Yang aku ingat, batu ni dulu dibuat alas kaki, tempat basuh kaki sebelum naik ke masjid. Satu hari ni ada seorang hamba Allah ni (aku tak ingat nama dia), terperasan ada tulisan atas batu ni. Lepas tu, diorang angkat, cuci2 sikit. Tulisan jawi. Bahasa campur2 melayu, jawa, sanskrit. Keempat2 side batu ni ada tulisan. Hamba Allah ni inform sultan. Lepas tu, sultan arahkan batu ni dibawa ke istana. Masa nak naikkan atas rakit, sebahagian batu ni patah, jatuh dalam sungai. So bila tulisan ni diterjemahkan, ada ayat yang tak lengkap la. Tapi secara keseluruhannya, kat batu ni menerangkan hukum2 islam.

Ni cerita ni guard kat situ yang cakap. Dia siap ceramahkan kitorang sebab datang lewat. Dia nak pergi solat Jumaat. So laju2 dia cerita. Hehehe...


Sebelum beredar, snap gambo dulu..

Lepas dah tengok Batu Bersurat tu, Ain cakap kat Tasik Kenyir ada tempat boleh bagi makan ikan. Lepas tu, ada ikan yang makan kaki tu. So, kitorang decide pergi situ. Fuh! Tempat ni lagi jauh... Sampai je kat situ kitorang tercengang2. Rupanya nak pergi tempat ikan tu kena naik bot dari jeti situ. RM60 ok... Makanya kitorang pun cancel la plan tu. Kitorang lunch je kat area jeti.
Tapi demi untuk memuaskan hati, snap la barang sekeping dua gambo di Tasik Kenyir ni. Tasik nye cantik la.


Ini je aktiviti di Tasik Kenyir.
Jom kita ke next destination.......




Cuti-Cuti Terengganu: Permulaan Percutian
Cuti-Cuti Terengganu: Memorial Batu Bersurat & Tasik Kenyir
Cuti-Cuti Terengganu: Ikan Celup Tepung
Cuti-Cuti Terengganu: China Town
Cuti-Cuti Terengganu: Masjid Kristal
Cuti-Cuti Terengganu: Taman Monumen
Cuti-Cuti Terengganu: River Cruise
Cuti-Cuti Terengganu: Noor Arfa Batik




No comments: