Tuesday 8 September 2015

Besday Teratai 2015 @Big Mouth

Assalamualaikum...
4 September 2015
Lokasi: Big Mouth Senawang

Maka tersebutlah kisah...
Selepas mengalas perut dengan hidangan popia, kitorang berangkat ke Big Mouth Senawang demi menikmati hidangan utama.
Okey.. Mula2 kita hadam dulu menu.
Muka besday girl telek menu.. =)
Pening nak buat pilihan ker Ain? Huhu..
Lepas tu, tulis order kat kertas yang disediakan.
Okey.. Ni memang kertas yang belum tulis apa2. Kuang3 =)
Dalam tengah hepi2 tu, watsapp Ika asyik masuk je. Kesian pulak kat dia. Sedih tak dapat join. Tiba2 timbul la idea dalam otak aku ni nak amik gambo camni. So, dah cukup korum la kan. Lepas tu send kat dia... hahaha...
Tak lama lepas tu, sampai la air kitorang.
Yang kiri Ain punya: Ruby In Love
Yang tengah aku punya: Pink Lady
Yang kanan Teratai punya: Coke
Lepastu makanan sampai.
Teratai punya sampai dulu. Dia order Seafoood Spagetti.
Lepas tu Ain punya.
Chiken Alfredo
Aku punya sama dengan Ain. Tapi paling last sampai. Telan air liur je menunggu. Hahaha..
Haaa... Tunjuk dekat sikit aku punya.
Fuh, kenyang betul makan ni. Aku sebenarnya nak makan Spageti Carbonara. Tapi takde. Ada yang ni je. Ala2 sama. So order la yang ni. Agak muak jugak la. Huhu..
Nasib baik la air Pink Lady ni rasanya masam2 sikit. Perrrghhh... Air ni super sedap lah. Rasa pink guava campur dengan aiskrim soda.. haha.. Berjaya menghilangkan rasa muak tadi.
Ain punya strategi untuk hilangkan rasa muak. Tambah black pepper.
Muka kekenyangan besday girl.
Kali ni semua makan spegeti. Sebab burger dah try sebelum ni. Kemain besar sampai tak larat nak makan. Sekali order spagetti pon punya la banyak. Memang sesuai la tempat ni dinamakan Big Mouth.

Yeah.. Dah makan, dah bayar, kita bergambar sebab deco2 nye cantik..
Yang tak cantik nya kualiti gambar dari kamera aku.








Last sekali, selfie kat luar.

Yeay.. Selamat sudah.. Balik belum pukul 12am lagi. Kononnya nak wish la kan.. Lepas tu aku tertidur. Memang selamat la.. Selamat tidur. Huhuhu..

No comments: