Monday, 19 January 2015

My Birthday 2015 : Geng KBJ

Assalamualaikum..
17 January 2015
Lokasi: Bawah Jambatan highway LEKAS
& Satay Samuri

Alkisahnya...

Aku tengah kemas2 barang nak balik keje tiba2 macam nak gugur jantung aku bila dapat call dari Mort suruh aku datang tengok dia kat bawah jambatan LEKAS. Bila tanya kenapa, tak nak cakap. Bila si Teratai datang amik aku, aku pun sampaikan la. So, kitorang pun pergi la situ.

Dari jauh dah nampak dah kereta Mort kat bawah jambatan tu. Dia dah siap tunggu kat tepi kereta. Rosak katanya.
Dia bukak bonet depan nak tengok. Lepas tu dia suruh aku ambil air kat seat belakang.

Aku pun pergi la cari air tu. Cari punya cari tak jumpa jugak. Tiba-tiba..... Hah!!
Aku nampak sesuatu. Blur kejap.
Hehehehe... Aku nampak benda ni.
Betol2 depan lutut aku.
"Epy Bfday In Advance Jajaq"

Ok.. baru la aku sedar aku dah kena prank.
Melompat2 aku time tu sambil tunjuk dalam kereta. Berdekah2 diorang gelakkan aku.
Ni semua rancangan berjemaah Mort & Teratai. Seronok nye diorang kenakan aku.
Nasib baik lepas tu nyanyi lagu epi beseday. So dimaafkan la..

Bergambo bawah jambatan.
Nasib tak de makhluk lain join.. kikiki

Lepas tu, park moto Teratai kat rumah, naik kereta Mort, gi makan satay.

Sambil tunggu satay, bukak kek dulu.
Ada tiga.. Sorang satu..
Pengarah & Penerbit drama bawah jambatan
Selpiaq
Atur2kan susun2 kasik cantik.
Makanam sudah tiba..
Marilah kita menjamu selera..


30 cucuk satay. Bajet sorang 10.
Tapi aku hanya mampu makan 8 je.
Nasik Goreng kampung pun share dengan Teratai. Mort pulak makan mee goreng. Rupa tak cantik tapi rasa boleh tahan.
Sambil makan tu aku dok merayu2 mintak nak tengok plan diorang. Akhirnya dapat jugak. Kelakaq gila la.. Nasib tak suruh ak tolak kereta betul2.. hahahaha..

Ape2 pun, thanks u olls..
Memang surprise sangat..
Terharu i tau..
(^___^)y




Nota kaki:
# Si Teratai jemput aku balik keje naik moto.
Aku pulak jenis penakut naik moto. Gigil2. Turun je dari moto melelong2. Tak seimbang. Macam angkasawan di bulan. Pastu, da tangan yang tolong pegang lengan aku. Tak tau sape. Antara Mort atau Teratai.

2 comments:

teratai eima said...

nape cik teratai tu amek cik jaja naik motor yea??hehehehehe

Lady Jaja said...

Sbb kesian Baby Ajod... injured.. huhu