Saturday 18 October 2014

Pink Aerobic

Assalamualaikum..
18 October 2014
Lokasi: Kipmart Senawang.

Hospital Salam Senawang anjurkan 
Pink Aerobic sempena Breast Cancer Awareness
Aku dan kawan2 dengan bersemangatnya join la program ni.
Fee=RM20
2 hari sebelum event dah dapat dah tshirt pink.
Hari berlangsugnya event kena register dulu lepas tu setiap seorang dpt kupon makan+goodie bag dengan nombor untuk lucky draw..
Semua orang dapat belon sorang satu tapi kena tiup sendiri la.
Asalnya aku dapat belon kaler putih tapi menggedik nak jugak kaler pink. Nasib baik boleh tukar.
*sebenarnya ada Si Mort tengah sembunyi kat belakang aku tu. Nampak kasut je.
Haaa... Tudia orangnya...
Kantoi... hehehe..
ER Vs Pharmacy
Geng 872
Lengkap ahli2 872 semua ada..
Geng KBJ juga
walaupun ada cobaan mensabotaj disitu...

ER vs Pharmacy vs Xray
Bergabung... Meletop...
Ada orang sampai tertinggal beg gara2 sebok pegi kejar belon.

Ramai2 melepaskan belon..
Tapi aku punya tak lepas melayang2
Sebab lepas tu ak letupkan.. hahaha...


Lepas tu bermulalah sesi erobik.
Bukan erobik biasa tu tapi Zumba!
Macam biasa, kitorang amik port belakang sekali. Bukan nye bererobik sangat pun tapi sibuk gelakkan orang. Hahaha...


Ibu mengandung pun ada..
Anak belon...huhu..
Orang lain berzumba,
Si Ika & Izzati ni joget lambak pulak.
Mort, Ain & mereka2 yang nak masuk kerja pukul 9, semua kena balik awal. Tinggal kitorang yang tak kerja time tu. Aku, Teratai & Ika surrender berzumba, tersadai kat belakang.

Keadaan tegang sekejap sebab tiba2 diorang cakap, siapa yang dah bayar tapi tak datang hari berlangsungnya program ni, tak dapat goodie bag. Alamak! Department kitorang ada 7 orang tak boleh datang. So, Mort hanya boleh amik 1 je untuk dia sendri. Aku & Teratai pun buat keputusan untuk amik kitorang punya sesiap.

Tenang2 kan diri...
Makan, minum dulu..
Time ni Teratai dah balik.
Dah tak boleh bukak mata, balik dari kerja malam. So, aku lepak dengan Ika & Izzati.
Nak tak nak aku tetap kena tunggu sampai program habis sebab aku nak jugak tuntut 7 goodie bag tu.
Tak lama lepas tu, Datin pun merasmikan majlis.
Lepas tu, berlangsunglah sesi talk tentang breast cancer. Time ni Izzati pulak balik.
Last2 tinggal aku dengan Ika je dari ramai2 bergeng tadi. Tunggu cabutan bertuah tapi tak dapat pun. Huhuhu..


Alhamdulilah...
Selepas aku mendesak2, akhirnya dapat jugak aku tuntut 7 goodie bag tu. Memang rezeki diorang la.

Lepas tu, balik ke hospital berjalan kaki sambil membawa berbondong2 goodie bag.
Hahahaha...

No comments: