Wednesday 3 August 2011

Muzium Teddy Bear

Assalamualaikum... Salam Sejahtera... (^_^)y
Haaa.. Excited tak tajuk nie? Boleh la... kan... hehehe

Okey, selalunye Teddy Bear ni merupakan salah satu barang kesayangan kaum hawa, tapi tak dinafikan ade jugak mereka2 dari kaum adam yang sukakannye.. kan kan kan? 

Sebelum tu, jom tengok sejarah nama Teddy Bear.
Pada 14 November 1902, Presiden Amerika Syarikat yang ke-26 iaitu Theodore (Teddy) Roosevelt telah membantu menyelesaikan masalah berkenaan sempadan di daerah Mississippi dan Louisiana. Semasa menghabiskan waktu lapangnya dengan berburu, beliau telah menemui seekor beruang muda yang cedera.

Keprihatinan beliau ke atas beruang itu telah memberi inspirasi kepada pelukis kartun politik, Clifford K. Berryman melukiskan ilustrasinya di akhbar The Washington Post. Pada mulanya, beliau melukis wajah beruang yang ganas. Namun, beliau menukar bentuk wajah beruang itu kepada bentuk anak patung yang comel.

Kemudian, Morris Michtom (pembuat permainan beruang) dan isterinya telah menghantar seekor patung beruang kepada Roosevelt. Dia meminta kebenaran daripada Roosevelt untuk menggunakan nama presiden itu. Presiden itu bersetuju dan sejak itulah patung beruang diberi nama Teddy.

Berkenaan Muzium Teddy Bear, ekceli pada tahun 1984, bertempat di Petersfield, Hampshire, England telah terdirinye sebuah muzium yang mempamerkan pelbagai bentuk Teddy Bear. Tapi muzium ni dah ditutup pada tahun 2006.
Selain tu, ade jugak muzium2 yg bertema serupa, di tempat2 lain.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<   

 Korea Selatan
Kat Pulau Jeju di Korea Selatan ade Jeju Teddy Bear Museum
Ia dibuka pada 24 April 2001 dan masih beroperasi. 
Sesape pernah tengok drama korea Princess Hour mesti pernah tengok bear ni.
Ia antara bear yang dipamerkan dalam muzim tu. 
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

 Jepun
Kat Jepun pulak ade banyak. 2 diantaranye adalah 
Izu Teddy Bear Museum dan Nasu Teddy Bear Museum

Izu Teddy Bear Museum 
Dah dibuka sejak tahun 1995 lagi.
Alamatnye: 413-0232, 1064-2 Yawatano, Ito-shi, Shizuoka


Nasu Teddy Bear Museum ni terletak di alamat: 
1185-4, Takakuhei Nasu-machi Nasu-gun Tochigi-ken, Japan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Hawaii
Yang ni pulak kat hawaii.


Terletak Kalakaua Avenue -Waikiki- Hawaii
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

United Kingdom


Teddy Bear House di Dorchester, Dorset, United Kingdom
Susun atur dibuat macam dalam rumah. So disamping kite boleh tengok teddy bear, kite jugak boleh tengok gaya kehidupan mereka. 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
 So, nak pegi tak? Jom? hehe. Ade banyak lagi Muzium Teddy Bear kat seluruh dunia (google jer k). Tapi kat Malaysia takde la. Tapi korang perasan tak dalam gambo tu semua, teddy bear yg dipamerkan dipakaikan dengan pakaian tradisional negara masing2. Dengan itu, secara tak langsung kite akan dapat tengok budaya negara tu sendiri. So, agak2 kalau kat Malaysia ade, macam mana rupa nye kan. Mesti bear tu dipakaikan Baju Melayu dengan songkok, Baju Kurung, Kebaya, termasuk la pakaian bangsa lain termasuk Sabah Sarawak punyer, mest comel kan. hehehehe


p/s: rasenye ni la entri paling panjang setakat nie. (^_^)y

10 comments:

Eva DaNiaL said...

wahhh !! info yg sgt2 la bestt !! ta pena tawu pOm sblm nih ... thnx Lady Jaja ^__^

Cappuccino Lover said...

hehe tu la... sblm ni x penah taw pon wujud nye muzium cam ni... =)

Unknown said...

mcm tu rupanya sjrah teddy bear... baru tahu...hehe

Unknown said...

mcm tu rupanya sjrah teddy bear... baru tahu...hehe

Cappuccino Lover said...

adda, aha... x sangka kan...

Anis Mohd said...

ptut le nama nya teddy
bukan jaja bear
hahaa

Kyra Elric said...

wahhhhh xsangka..so cooolllllll :D my mr. bobies n mr.frogie pon sama gak cmtuh hehehe

Cappuccino Lover said...

Anis: kalau jaja bear, tu fear factor bagiku... takot... nnt sume owg nk hug... owh tidak... hehe


kyra: kalau nak gi tempat gitu, jgn lupe beli kn 1 utk jaja k. kecik pon jadi la.. kuang3

Ninie said...

Info menarik...thanks Lady Jaja...kiter suka teddy bear, tp xtau pon ada muzium. Ada masa, tgk teddy bear kita kt link ni, hehe:

http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/09/i-am-pink-blogger-berlemak.html

CikUna said...

cute ^^ nice info dear =)