Wednesday 15 November 2017

Cuti-Cuti Langkawi: Island Hopping

Assalamualaikum
4 July 2017
Lokasi: Pulau Beras Basah, 
Eagle feeding & Pulau Dayang Bunting

Waaa.. Harini kitorang akan buat aktiviti yang aku sendiri tak sangka akan buat iaitu island hopping. Kitorang amik pakej RM35 per person.





Pemandangan pagi. 






Kitorang disuruh datang pukul 9AM, tapi pukul 8 lebih kitorang sampai. 9 lebih baru akan bertolak. Kena menunggu untuk kumpulkan orang. Kat baju kitorang ditampal sticker. Sticker tu nanti menentukan bot.
Ni lah selipar yang beli kat Beras Terbakar tu.






Bot kami dah sampai.. Yeay!






Kami semua dah ready nak berisland hopping. Yeah!! Yang penting life jacket wajib pakai ye.


Yang naik sama2 dengan kitorang bukan semata2 orang Malaysia. Yang bukan Malaysia pun ada. Arab2 sikit, tak tau la negara mana.


Pemandu bot merangkap pemandu pelancong kita. Pengalaman dia bertahun2 sampai dia boleh la explain dalam arab sikit2.


Okey dah sampai ke tempat pertama iaitu Pulau Beras Basah.


Dari jeti, berjalan ke darat.


Marilah kita sengih


Jauh Mak pandang ke darat.




Dalam air nampak ikan cantik. Tapi dalam gambar tak nampak apa. Hehehehe..


Daratan yang indah.


Pemandangan jeti dari darat pulak.




Selpie sebagai bukti memang dah sampai kat pulau ni.


Kitorang diberi sejam kat pulau ni. Buat la apa aktiviti nak buat pun. Ada ni ha kedai sewa peralatannya. Masa kitorang sampai, kedai ni tak bukak lagi. Time tu baru pukul 11AM. Yang ada, jual air dengan makanan ringan je. Dan... harap maklum, kat sini takda toilet. Pandai2 la nak membuang ke nak salin baju kat mana2.


My Abah tengah menikmati pemandangan.

Mak dapat tempat duduk baik punya.


Harap maklum lagi, sini banyak monkey.
Memang dinasihati supaya berhati2.

Ni dia ni baru lepas pau sorang amoi. Amoi tu elok tengah makan burger, kena serang dengan dia ni. Amoi tu takut, terus baling je burger tu. Dia ni amik terus bawak lari. Hui.. kebuluq betoi hang ni. Ish3..


Sementara nak tunggu sejam tu, sempat jugak la rasa bosan sebab kitorang termenung je tengok orang mandi. Huhu..

 


 

          
Selepas sejam di Pulau Beras Basah, kitorang bergerak untuk ke kawasan bagi helang makan. 

Sampai kat area situ, enjin bot dimatikan. Pemandu bot tu keluarkan satu bekas ada perut ke kulit ayam ntah. Dia tuang je dalam air. Benda tu terapung2 atas air. Tak lama lepas tu datang la helang makan.

Lepas dah tengok helang, perjalanan diteruskan ke Pulau Dayang Bunting.




Nampak bentuk pulau tu macam perempuan hamil tengah berbaring.






Bot berhenti pulak kat Dayang Bunting ni.



Kat sini pun kitorang diberi masa sejam untuk jalan2.

Tepat perancangan Abah aku. Makanan kat sini agak mahal. Abah dah siap2 beli nasik lemak. So kitorang bersantai sambil makan nasik lemak dengan senang hati. Hahaha.

Muka sudah kenyang.

 
Kat sini ada satu tasik Dayang Bunting. Nak pergi ke tasik tu kena jalan 300 meter. Abah aku suruh aku naik sorang2, diorang tunggu kat bawah. Aku agak keberatan la nak tinggal diorang. Tapi diorang pulak beria suruh aku naik. Diorang tunggu kat area kaunter tiket. Memang ada tempat menunggu siap ekon. Bukan Mak dengan Abah je tunggu kat situ, ada lagi orang lain yang lagi tua, siap bertongkat pun ada. 

Abah dah siap pergi tanyakan tiket untuk aku. Last2 aku naik jugak la.


 
Mulakan perjalanan.
Sepanjang jalan macam2 boleh nampak. Ada flora, ada fauna. Fauna yang aku jumpa adalah oink2.. hahaha.. Terus tak berani nak pegang besi pengadang. Kot2 dia ada gesel kat situ.






 
Okey.. Memang la 300meter je katanya tapi naik turun la jugak.. huhuhu


Tasik nya kat bawah nun. Sikit lagi dah nak sampai.




Ni aku berehat kejap. Semput naik tangga.
Tu la.. dah lama tak bersukan kan.


Okey ak dah bejaya sampai kat tasik. 



Ikut suka hati la nak buat aktiviti apa kat sini tapi wajib pakai life jacket.



Meriah! Ramai gila orang mandi. 
Katanya orang berikhtiar nak dapat zuriat, kena mandi kat sini. Agaknya sebab tu la ramai.





Abaikan muka selpie aku semua. Just nak tunjuk suasana. Aku celup2 jugak la kaki dalam air. Alang2 dah sampai kan..

Lepas dah celup2 kaki tu, aku pun naik la balik. Nak naik tu lagi penat dari turun tadi. Hasil dari sini, balik hincut2 sebab kaki cramp.

Dah sampai, rasa lega tengok Mak Abah aku duduk relax je kat tempat menunggu. 

On the way balik ke bot.
Waktu balik, bot bawak laju. Syok gila... berangin je.. best!!!

Dah sampai, dari jauh nampak orang ramai berkerumun kat satu tempat. Rupanya tengah cari gambar masing2. Kitorang pun terjebak jugak. Satu piring rm10. Amik jugak la buat kenangan.




Lepas aktiviti island hopping ni, balik ke hotel. Tukar bilik sea view. Dapat la apa yang dihajati tu. Siap dapat 3 kupon untuk sarapan esok.


Petang tu, kitorang pergi lagi sekali HIG. Mak nak beli lagi sudu garpu tu.
Kali ni beli sekali coklat kiriman Nadia dengan Ain. Aku pun tak pernah tau coklat yang Nadia nak ni, nasib baik jumpa. Sedap.

Ain punya senang cari, coklat Mars kecik2.

Ok habis kisah hari ke 2..
See u di next entry.. dadaa..

2 comments:

SALIZA SACHARI said...

Rindunya coklat di sana, walau da pernah pergi, saya tetap nk pergi lagi, husband sampai tanya, tak bosan ke. Memamg tak bosan pun.. best kot langkawi. ����

Cappuccino Lover said...

kan... best kan.. memang nak pergi lagi. hhehe