Friday 23 October 2015

Sukantara SALAM

Assalamualaikum...
18 October 2015
Lokasi: MSN Seksyen 6, Shah Alam.

Ini pertama kali SALAM menganjurkan Sukantara ni. Hanya SALAM Shah Alam & SALAM Senawang sahaja yang terlibat. So, tahun ni dijalankan di Shah Alam.

 Makanya aku pun men-join-kan diri. Bukan sebagai pemain tapi sebagai penyokong semata-mata. Hahahaha...
Yeah... Aku pergi untuk menyokong Cik Mort kita ni.. Dia main badminton. Dan... haruslah ada Cik Teratai jugak sebab kalau tak ada dia, aku pun tak nak pergi.
Sudah sampai tempat yang dituju. SALAM ada sediakan bas. Tapi Cik Mort kita ni taknak naik bas. So aku dengan Teratai pun menemankan dia naik kereta la. Walaupun sesat, tapi selamat sampai dengan jayanya. Lepas tu, pihak Shah Alam tak sediakan sarapan. Nasib baik kat area2 tu ada banyak gerai dibuka. Kitorang beli sarapan kat situ je.


Pemain plus penyokong. Time ni belum dapat baju lagi. Masing2 pakai baju Sport Club Senawang.
Dengar ucapan Datin Maslina dulu.
Ain pun main badminton jugak.

Sister Noren bawak anaknya, Jelita.
Muka Mort sebelum main. Gugup.
Mort & Tim bergu semasa main.
Sementara Tim main, Cik Teratai jadi babysitter anak dia.. hehehe..
Lepas tu turn aku pulak. Kesian baby kepanasan. Boleh pulak aku patahkan kipas dia.. Ampun.. huhu..
After main..
Muka hepi dah menang.. hihihi..
Selpie!!
Bergu lelaki, Farid dengan Rizal. Diorang kalah.
Ain amik warm up. Time ni dia jadi penjaga garisan. Sementara tunggu turn.
Yeah.. Ain beraksi. Bergu dengan Rozi.
Lepas diorang dah menang set pertama tiba-tiba pemain Shah Alam pertikaikan pulak. Sebabnya, Rozi dah main untuk single. Ni Rozi main lagi untuk bergu. Sepatutnya isu ni tak boleh timbul sebab penganjur tak letak apa-apa syarat. Bincang punya bincang, perlawanan diteruskan. Tapi diorang dah tak boleh fokus. Akhirnya kalah.. Kesian diorang.. huhu..
Bergu lelaki Abang Akmal dan Arhar. Menang!
Bergu campuran. Sepatutnya Ashraf dengan Hasnita. Tapi Hasnita main jugak netball. So, untuk mengelakkan perkara yang sama berulang, diganti dengan Sister Noren. Hasilnya.. diorang menang. Cayalah..
En. Jep dengan Dato Zainal.

Dah selesai badminton, netball pulak.
Muka-muka pemain netball.




Alhamdulillah.. Netball pun menang.
Lepas netball, futsal pulak. Tapi futsal kalah.
Team futsal.


Injured.
Para penyokong sekalian.
Makanan lunch.. =)

Dah makan, tibalah masa penyampaian hadiah. Team Senawang menang besar. Yeyeah!!
Mort disaat sarung medal.
Wajah juara.. haha..
Walaupun kecewa tak menang game dia, tapi menang team Senawang. Boleh dibanggakan lah.
Cik Teratai nak merasa jugak.
Penyokong pun amik aura menang tau..
Pasangan bergu.


Bergambo ramai-ramai. Macam biasa.. Aku kat hujung sekali.


Selfie wakil-wakil farmasi.
Sebelum balik. Sebagai bukti dah sampai sini.

Tamatlah sudah cerita Sukantara ni. Tahun depan Salam Senawang pulak jadi tuan rumah. Tapi dengar cerita akan dibuat di Kuala Teregganu dengan disertai oleh Salam Terengganu. Aku setakat penyokong je la.. Macam biasa.. Hahahaha...



No comments: