Wednesday 7 October 2015

Rumah Terbalik & Melaka

Assalamualaikum...
5 Oktober 2015
Lokasi: Melaka

Inilah hasilnya apabila yang dirancang tak menjadi kenyataan. Actually, kitorang iaitu aku, Teratai & Mort plan nak pergi ke dua tempat ni iaitu Vincci Sales dan Hot Air Ballon Rembau.

Tapi malangnya...
Vincci sales dibatalkan sebab keadaan tak terkawal. Terlampau ramai sangat orang yang pergi serbu. Yang Hot Air Ballon tu pun dibatalkan. Kitorang dah sampai dah kat tempatnya tapi kosong. Tak ada apa pun kat situ. Tapi dah dijangka sebab keadaan jerebu yang teruk sekarang ni. Yang membuatkan aku tak puas hati sebab tak ada sebarang pengumuman.

Disebabkan kitorang dah cuti, aku ada try google tempat menarik di Melaka, sebagai backup plan. Hasilnya, terjumpa la pasal Upside Down House atau Rumah Terbalik. So kitorang pun pergi la situ.
Ini la rupanya dari depan.
Terletak di area Dataran Pahlawan.
Walaupun hari Ahad, parking kat sini berbayar. So kena la beli tiket parking tu then gores la berapa lama yang kita nak.
Harga tiket dewasa: RM15 untuk warganegara.



Selfie sebentar sementara tuggu turn nak masuk.
Ok.. Inilah pemandangan yang mula2 menerjah pandangan mata aku. Semua benda tergantung kat atas. Mula2 masuk tu ada staff terangkan macam mana nak amik gambar. Katanya just amik gambar macam biasa lepas tu rotate je. Lepas tu, dia pun keluar.

 Kat dalam tu sangat ramai manusia. Jalan pun boleh berlaga bahu. Kitorang masing2 blur. Pusing2 je dulu tengok sekeliling. Tempat ni ada dua bahagian. First, dapur & ruang tamu. Second, bilik tidur & toilet.
Cubaan pertama.

Cubaan aku untuk terjun ke dalam toilet.
Ok disebabkan terlampau ramai orang, kitorang tak tau nak amik gambar macam mana. Ada contoh gambar kat situ tapi tak reti nak buat.
Time ni Mort cakap, kita pusing2 je lah dalam ni. Lepas tu kita keluar. Mana tak nya, staff situ ramai tapi semua berkumpul, bersembang, tak buat apa-apa. Biar je pengunjung tercongok. Lepas Mort cakap nak keluar aku pun berfikir, rugi je dah masuk bayar RM15 seorang kalau tak amik gambar betul2. So, seorang demi seorang staff situ aku panggil mintak tolong amikkan gambar.
Rak telefon.
Meja makan.
Ruang TV
Ruang dapur.



Kat bilik tidur pulak..

Gaya saranghe..
Sweet tak?? Haha!
Ni lah jadinya kalau kita pergi ke bulan. Nak pergi toilet pun susah.. Terapung2 je.
Aku gelar gambar ni Ju On..
Walaupun tak ada kaitan langsung..
Tengok gambar ni membuatkan aku teringat kisah-kisah budak asrama yang nampak hantu duduk atas almari.

Okey.. selepas berjaya amik gambar sekeping dua, kitorang pun beransurlah.



Huhuhu.. upside down house.. satu pengalaman yang lain dari yang lain. Tak tau la nak datang lagi ke tak.. huhuhu..

Disebabkan dah keluar awal dari situ, kitorang lepak2 kat Dataran Pahlawan. Cuci mata tengok barang. Lepas tu lepak kat padang.



Lepas berbincang2, kitorang decide nak pergi makan Pizza Hut. So berjalan lah ke Mahkota Parade.
Taraa... Inilah pizza nya...
Yang ni pulak belum sempat amik gambar dah nak habis. Lapar la katakan..
Nyum2... Tazzabar nak makan..
Haaa... sekeping yang hilang tu ada kat
 Cik Teratai kita...
Mort layankan Mashroom Soup sementara masih panas..
Ni bill nye.. Tong-tong bayar..
Muka excited dapat makan..
Done.. beres... selesai... =)

Dah makan pizza, kitorang gerak ke Jonker Walk. Aku aim nak beli selipar manik dua pasang. Tapi tak ada saiz aku. Dapat la beli sepasang je. Warna biru.. I like..

Dengan tu, maka selesailah sesi kali ni. Balik ke Senawang!!


No comments: