Sunday, 4 March 2012

My Black Ahu

Assalamualaikum....

Hmm...
Besarnya dugaan orang baru kerja ni..
 Menguji kesabaran betul.

Alkisahnya.. Baru sebulan aku kerja, bos aku pulak berhenti kerja. Notis 24 jam. Dari cerita yang aku dengar, sebab tak tahan tekanan dari pihak atasan..huhu..

Tapi aku buat tak tahu je la. Janji aku buat kerja aku. Tiba-tiba aku dapat call suruh jumpa Pn.Fifi. Dia ni orang yang handle ISO. Rupa-rupanya ada orang petik nama aku. Dikatakan bos aku ada serah tugas ISO ni kat aku. Padahal bos aku ni just suruh aku kira waiting time je. Okey, fine. Aku terpaksa handle ISO untuk farmasi. Tapi... Tiba-tiba aku kena panggil sampai ke HR. Suruh aku buat management sampai la dapat bos baru. Aku nangis2 cakap tak nak. Tapi  diorang langsung tak cair dengan tangisan aku ni. Siap cakap "nak ke taknak, awak kena buat jugak"
So aku terpaksa pasrah.

Bila dah buat management ni, aku paham kenapa bos aku berhenti. Stress!!.. Supplier tak nak hantar barang la apa la. Sampai kena keluar pergi pinjam barang dari tempat lain. Aku pulak tak ada transport. Mula2 security tolong hantar aku. Lepas tu, bulan 1, Nisak masuk kerja. Dia ada kereta. So dia terpaksa ikut aku setiap hari. Kesian dia. Dah la berulang dari Jelebu ke Senawang. Lepas tu hari-hari balik lambat sebab kena ikut aku. Last2 dah tak boleh tahan, aku cakap dengan Abah, aku nak beli kereta. Abah aku yang kesiankan aku ni pun tolong la aku. Dia dahulukan duit muka. Terharu aku.. huhuhu...

Dan...
Dapatlah aku sebijik kereta Viva Elite berwarna hitam. Nombor plat pun cantik, AHU. Inilah harta pertama aku. Sayang dia.. hehehe..

Awal-awal dapat kereta ni, Nisak jugak yang tolong aku. Ajar aku drive, ajar aku parking.
Aku dah 4 tahun ada lesen. Tapi tak pernah drive. Tapi sekarang dah pandai la sikit.
Terima kasih ye Nisak. Jasamu dikenang! (^___^)y

3 comments:

Aida Omar said...

citer pasal ape nie?

Pojiekyra said...

nk pinjammmmmmmmmmm

Lady Jaja said...
This comment has been removed by the author.