Sunday, 13 November 2011

Fasa Baru Bermula

Assalamualaikum... hai hai hai...
Warghhhh.... rindu nak blogging... huhuhuhuhu...
Ade tak orang rindu kat blog ni eh? 


(^__^)y

Okey.. Di sini saya nak mengumumkan yang saya sudah diterima bekerja sebagai Pharmacy Assistant (PA) di Senawang Specialist Hospital, Negeri Sembilan dan telah memulakan tugas pada 1 November 2011.
Alhamdulillah...

Agak kekok nak bekerja selepas setahun menanam anggur. Otak pun dah berkarat. Balik kerja kena study balik. Banyak yang dah lupa. Masa lapor diri tu ada seorang lagi PA masuk sama-sama. Nama dia Farah. Tapi dia dah pernah kerja kat farmasi retail. So nampak macam dia tak sekekok aku la.

Untuk tempat tinggal pulak, aku dapat hostel.  Nama je hostel tapi bukan hostel. Sebenarnya tu rumah owner hospital ni. Tapi disewakan biliknya untuk pekerja. Satu kepala RM150 termasuk api air. Masa aku datang, master bedroom tu ada seorang je penghuni. So aku pilih la bilik tu. Ada 2 katil double decker.. Maknanya muat untuk 4 orang. Esoknya yang lagi 2 orang tu masuk. So, penuh dah bilik tu. Diorang semua Staff Nurse. Yang penghuni lama tu Kak Ada. Yang lagi 2 orang tu Ika dengan Tiha. Yang bilik lain tu tak kenal sangat. Satu bilik tu staff physio, Ain Atiqah dan Ain Syamira. Dua-dua nama Ain. Satu lagi bilik Staff Nurse jugak, Ana dengan Kila. Haaa... Ramai betul duduk satu rumah.

Susah nak cari makan kat sini. Kawasan orang kaya-kaya... hahahaha... Aku pulak takde transport. Pergi balik kerja jalan kaki. Tak la jauh sangat tapi berpeluh-peluh la jugak. Ada la 2 je kedai makan. So balik kerja tapau siap2.    Selama beberapa hari ni itulah rutin aku. Sekian, terima kasih. Hehehehe...

4 comments:

Suria said...

rindu la dgn cik mek molek nih..
awat lama x update..? ish².. :D

Lady Jaja said...

huhu keje la suria... bz... =(

Pojiekyra said...

auchak! hehe

Aida Omar said...

mau tak rindu..ladyjaja pulang lah. :)