Thursday 3 March 2011

Pisang Untuk Abah

Assalamualaikum.
My Abah memang suka beli pisang..
Buah pisang, Kerepek pisang, Kek pisang, Pengat pisang...
Cekodok pisang, Lemping pisang...
Segalanya tentang pisang..

Terngiang2 kata2 Mr Foo
Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!
Apa maknanya??
Lalu ku layari dunia tanpa sempadan,
Maklumat di hujung jari.. hihihi

  Hasilnya....
Jenge jeng jeng..
Terbaiklah Abah..
Banyak khasiat rupanya..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pisang 

Nama botani: Musa spp.
Famili Musaceae
Ia mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa
Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Jika dibandingkan dengan sebiji epal, pisang mempunyai:
4 kali ganda kandungan protien,
2 kali karbohidrat, 
3 kali fosforus, 
5 kali vitamin A dan zat besi,
2 kali vitamin dan mineral lain. 
Ia juga kaya dengan potassium, magnesium dan fiber.

Antara kebaikan pisang untuk kesihatan:
Anaemia
Anaemia ialah penyakit kurang darah. Disebabkan pisang kaya dengan zat besi, maka ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Heartburn atau pedih ulu hati
Pisang juga kaya dengan magnesium. Oleh itu, ia mempunyai kesan antasid secara semulajadi. Jadi, ia boleh mengurangkan rasa pedih ulu hati.

Sembelit
Hampir setiap orang mengetahui pisang sangat membantu dalam mengatasi masalah sembelit. Tapi apakah sebabnya? Ya.. kerana pisang mengandungi fiber yang tinggi. Fiber atau serat ini bertindak dengan memerangkap air dan seterusnya melembutkan najis. Maka proses membuang air besar akan menjadi lebih mudah.

Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi
Pisang juga mempunyai kandungan potassium. Potassium ini dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia membantu menormalkan heartbeat dan mengekalkan keseimbangan cecair badan dan amat diperlukan oleh fungsi saraf dan otot.


Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi yang tidak sesuai untuk mereka. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)


p/s Abah jugak suka beli pisang kaki. Tapi kenapa nama pisang kaki tu pisang?

1 comment:

Kyra Elric said...

tetapi pisang sesuai untuk yang sembelit heee~~~
pengetahuan hik3~~