Sunday 2 October 2016

Solemnization of Mort & Al Bai

Assalamualaikum...
9 September 2016.
Lokasi: Kuala Klawang, Jelebu.

Yeay... Akhirnya Mort & Al Bai dah selamat dah mendirikan mesjid.. Hehehehe..

Sebagai kawan yang mithali, aku dan Teratai berkampung di Kuala Klawang dari 8 September lagi.. Haaa... Mithali kan??? Time kitorang sampai tu, pengantin tengah busy berinai. Kitorang jadi tukang tengok je. =)
Ha tengok tu.. Aku dan Teratai bergambo together.. hehehe..
Time ni Kak Mas belum sampai lagi. Dalam pukul 10PM macam tu baru dia sampai. Bila dia dah sampai baru la kitorang start buat kerja. Malam tu kitorang diberi tugas untuk packing goodies. Packing punya packing, sampai pukul 3AM. Terbaik lah!

Esoknya, lepas sarapan kitorang diberi tugas selesaikan barang2 hantaran. Sebagai insan-insan yang tak berapa nak berpengalaman, kitorang hentam sajalah labu... Lepas tu, check in motel sponsored by Cik Lela. Alhamdulillah... Terima kasih banyak2..

Test.. Test.. Dah lama tak pakal shawl.
 Nak tengok shawl nya okey ke tidok.. Huhuhu..

Rupa hadiah oleh aku, Teratai dan family akak aku.

Taraaa.. Pelamin nikah.
Okey, baju kitorang ni tiada dalam plan pengantin. Aku dengan Teratai saja suka-suka nak pakai warna sama. Baby blue kononnya tapi tak berapa nak baby sangat la kan. Lagipun katanya hanya aku dan Teratai je kawan Mort yang hadir time nikah. Last minute Kak Mas berjaya menghadirkan diri. So sorry Kak Mas, sorang je warna lain. Huhu..
Yang ni la Kak Mas. Hehehehe...

Selpie satu dengan pengantin after dah siap mekap.




 
Tu semua rupa hantarannya. So sweet..

 
Pengantin tengah praktis cara nak duduk atas pelamin

Hahaha muka cuak. 




Pengantin dengan mak pengantin.
Tahniah Cik Lela.. dapat menantu baru.. Hehehehe... Katanya Cik Lela nangis masa tengah tahlil.. Sedih kot, nak lepaskan anak kesayangan kat orang lain. Huhuhu...

Okey rombongan pengantin lelaki dah sampai. Tibalah masanya. Sekali Tok Kadi suruh duduk bawah daaa, jangan duduk atas pelamin, tinggi dari pengantin lelaki. Tak elok katanya... Baik, noted! Erm.. Abaikan yang dua ketul baju biru tu. Kitorang tak ready pun nak duduk situ sebab kitorang asalnya nak bagi ketua dayang iaitu Kak Mas yang jadi peneman. Tapi dah semua orang suruh, ikut kan je la.
Sang pengantin lelaki. Syabas Al Bai! 








Kak Long dan Kakai


Kakak pengantin, Kak Emi. Dapat adik ipar baru ye kak.. Hehehe..

Sampai la giliran Abah pengantin perempuan. 
Setelah di pujuk oleh Mak Lang, akhirnya beliau setuju duduk disitu. 

Time Pakcik Ipin peluk Mort, dengan tak semena-mena semua orang menangis secara berjemaah termasuklah aku. Rasa tersentuh betul la.. Boleh menangis se-round lagi la kalau diingat balik. Huhuhu..

Giliran anak-anak buahnya pula..

Le famila

 

Dah selesai sesi-sesi dengan keluarga baru la kitorang amik turn. 

Yang versi aku berdua dengan Teratai pun haruslah ada kan. 

Dengan ketua dayang pun ada..

Sorang dah selamat, next Kak Mas pulak.


Okey, untuk versi Geng KBJ, sang Kepala dah selamat. 
Tinggal Badan dan Ekor je. Insyaallah akan menyusul nanti. Hahahaha..

Apa2 pun, tahniah kepada Puan Mort. 
Semoga masjid yang dibina ni kekal hingga ke syurga. Amin..

No comments: