Monday 10 November 2014

Misi Mencari Coconut Shake Eden Cowboy

Assalamualaikum..
7 November 2014
Lokasi: Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.

Yeah... Misi mencari di mana letaknya kedai Coconut Shake Eden Cowboy.

Setelah dua tiga kali berpusing-pusing,
 tetap tak jumpa.
Tapi memandangkan hari masih awal dan tujuan utama datang Pilah iaitu nak membeli salai-salai pun dah selamat, kitorang pun dengan gigihnya mencari jugak kedai tu.

Si Teratai selaku driver pun dah start naik hangin sebab dua-dua co-pilot tak boleh diharap... hahahaha...

Aku macam biasa la.. google lagi..
Then, terjumpa satu blog ni cakap lokasinya di Tanjung Ipoh, sebelum simpang Istana Sri Menanti. Rupanya ada dua jalan nak ke Sri Menanti ni. Kalau dari Senawang, dekat jalan masuk yang kedua. Mula-mula kitorang masuk jalan yang pertama. Sebab tu la tak jumpa.
Tara.... Akhirnya jumpa jugak. 
Terletak di sebelah kiri jalan.
Selain dari kanopi or khemah dia,
antara benda yang mula-mula menerjah pandangan mata aku adalah rumah kecik dia ataupun lebih dikenali sebagai jamban. Hahahaha... Agak tak senonoh disitu..
Kedai baru je nak bukak. Maybe kitorang pelanggan pertama hari tu. Order kat sini. Kat kaunter.
Selamat menjamu kelapo pun buleh..
Duck face kononnya..
Boleh nampak topi koboi gantung2 kat atas tu
Sambil menunggu order sampai.
Jeng jeng jeng..
Inilah benda yang kita cari..
Yang kiri tu Kelapa Koboi
Yang kanan Coconut Shake
Kelapa Koboi ni Ika & Teratai punya.
Sedap sangat!!
Dalam dia ada aiskrim, nata de coco, roti dan jagung. Pastu disimbahi dengan sirap ros.
Perghhhhhh.... Sedap.....
Mula2 Teratai cakap dia nak kongsi Coconut Shake dengan aku tapi masa nak order tu nampak benda ni terus belot!
Coconut Shake ni aku punya.
Disebabkan datang sini memang nak cari Coconut Shake, kena la jugak rasa walaupun hampir tergoda dengan Kelapa Koboi tu. Tapi aku memang tak makan isi kelapa muda tu. So, bagi alasan macam tu je la.
Ok la.. rasa sama macam yang kat Klebang punya.
Muka happy dapat Kelapa Koboi
Yang sorang ni tak pandang kiri kanan dah.
Aku layan Coconut Shake aku la..
Orang yang suap pulak yang over nganga.. haha..
Huh orang punya memang sedap...
Taraaa... Bertukar menjadi koboi.
Disebabkan muka tak malu aku ni,
Mintak izin kat tuan kedai nak pakai topi.
Dia bagi green light.. Kitorang pun on la..



Masing-masing punya versi selfie..
O


Muka kononnya serius padahal tengah selfie..
Haaa... bukti dia selfi guna fon si Teratai.


Selfie again.


Topi bertingkek-tingkek..

Lepas semua dah selesai membaham kelapa,
Maka masanya untuk pulang.

Tapi sempat pulak menapau pau...
Muka puas hati dapat tapau pau.

Nak bergerak ke kereta,
Tersangkut pulak kat signboard kedai.
Bergambo kat situ pulak.

Seronok nye gelak... kikikikiki...
Ika membuktikan dia kenyang..
Sambil pegang perut.
Alo tomei2 Cik Teratai kita ni... =)
Posing sikit menggayakan kurti MortalJingga
Sambil pegang pau sebagai prop.. haha..
Perbincangan di tengah hujan.
Ika snap gambo ni dari dalam kereta.
Dia laju je masuk dalam kereta menyelamatkan diri dari kena hujan.




Bergerak pulang..
Masa dari keluar rumah sampai pulang semula ke rumah hanya 3 jam je.
(^___^)y


No comments: