Thursday, 13 August 2015

Raya SALAM 2015

Assalamualaikum...
12 August 2015
Lokasi: SALAM Senawang

Oyeah... Tahun ni aku dapat pergi ke Open House SALAM Senawang. Tahun lepas tak pergi sebab on duty. Tahun ni sepatutnya Geng KBJ pakai kaler hijau. Tapi si Mort ni ada isu besar... Ade orang tu punya baju sama sebijik sejebon dengan baju dia. Last2 dia pakai purple.. kuang3

Aku sampai lambat. Makanan pun banyak dah habis. Malam tu ak kerja. Balik tidur dulu. Aku janji dengan diorang ni, pukul 1.50pm aku sampai. Sekali, pukul 2.05pm baru aku terjaga. Pukul 2.40pm baru aku sampai. Maafin gue kawan2.. hehehe..

Sambil makan sambil berselfie..
Makan kuih Tokyo
Dalam tak berapa nak ada makanan tu, bukan setakat kuih Tokyo ni je aku makan. Ada satay, charkuetiow, laksa, cendol, cendawan goreng, nasi impit, rendang.. Dapat la rasa. Hahaha..

Lepas tu, berphotoshoot di tempat yang kononnya photobooth.
 Taraa... tangga aka photobooth.. huhu..
Berjemaah..
Gambo '123456'.. Nampaknya aku yang paling semangat 123456 tu.. hahaha..
Ada Ain disitu..
Mintak kelulusan bos..
Inilah peragut beg tangan wanita
Mata mana mata?
Baju aku sama kaler dengan kereta kat belakang tu.. so sweet.. hahaha..

Lepas bergambar kat situ, dipanggil masuk ke farmasi. Sesi bergambar dengan geng farmasi pulak..
Tahun lepas ada Mommy, tahun ni ada Papa pulak.. kikiki
Semua ada kecuali Azirah


Lepas bersurai, sementara tunggu Mort setelkan hal dia, bergambo dulu. Tak kusangka bangunan buruk ni bila
ditangkap gamba, cantik jugak..
Tangkap Kak Mira yang kebetulan lalu..
Versi Cik Teratai








Haaa... tudia.. kemain pulun amik gambaq..    Puas hati.. hahaha.. Apa2 pun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015..





No comments: