Saturday, 22 August 2015

Cuti-Cuti Pahang: Deer Land

Assalamualaikum...
16 August 2015
Lokasi: Lanchang.

Hari last di Pahang. Dah nak bergerak pulang ke Senawang. Pagi tu lepas checkout, kitorang amik gambar kenang-kenangan berlatarbelakangkan signboard Kuantan.



Walaupun nampak kecik je, sayup-sayup kat belakang tu, tapi dah cukup dah sebagai bukti memang dah sampai kat Kuantan. Hehehe..

Lepas tu mencari pulak keropok lekor. Pagi tu ada pasar pagi. Ingatkan kat situ ada jual yang belum masak tapi tak ada pun. Beli benda lain. Air, Akok, keropok lekor bebola, Sate Ikan dan Puding Raja. Lepas tu, pasang waze. Ntah kemana2 dia bawak. Sampai la Teratai google jumpa Keropok Lekor Ghani Black. Barulah jumpa.. Singgah beli keropok lekor dulu.
Beli di sini. Keropoknye boleh tahan. Sedap la jugak.

And then... perjalanan diteruskan. Masuk lebuhraya, exit di Lanchang. Kita ke Deerland!! Dari hari pertama lagi memang nak datang. Tapi disebabkan Hari Jumaat tutup, so kitorang decide datang time hari nak balik iaitu hari Ahad. Nasib baik bukak.
Kat luar ada kaunter tiket. RM6/person. Lepas tu, akan diberi satu sticker. Tampal kat baju. Masuk depan sikit ada pondok pemeriksaan tiket. Kat situ setiap orang akan diberikan 1 bekas berisi ubi keledek. Ada satu blog tu cakap ubi kayu. Oooh tipah tertipu!
Tayang sikit ubi keledek..
Ubi keledek tu diorang dah potong kecik2 supaya senang rusa-rusa tu nak makan.



Ramainya.. Semua serbu nak makan.. hehehe..
Masing2 berebut.
Jinak... boleh pegang2..
Malu2 pulak dia bila si Ika nak pegang..
Alololo.. Aku rasa bulu dia macam bulu kambing.. Pendek2.. Tak kasar tapi tak la lembut.
Dah habis bahagian rusa, kita ke bahagian lain. Selain rusa, ada jugak haiwan lain. Macam mini zoo la.
Taraa..  Si kecik ni adalah seekor hedgehog. Dia berwarna putih sebab dia albino. Aku ingatkan landak. Tapi penjaga dia cakap bukan. Kalau landak, dia tembak orang dengan durinya. Yang ni tak. Entah.. nampak rupa macam sama je kan. Dia makan anai-anai, semut dah jugak whiskas. Penjaga dia tanya nak pegang ke tak. Mesti la nak.... hehe..



Lepas tu jumpa pulak ular. Aku awal2 lagi dah berdiri jauh2.
Biarkan orang2 yang berani je pegang.
Kusyuk nyer.. ular tu dah datang dekat tu..
Tapi takut jugak rupanya.. Teratai dah lari dulu. Tinggal Ika.. Menjerit jugak.. hahaha..
Ok.. diorang suruh aku try pegang. Baru cakap je, dah berpeluh2 dahi aku. Aku sentuh hujung jari je. Ni dalam gambar ni sebenarnya jari aku tak sentuh pun ular tu. Hampir2 je.. Tapi tak kena.
Tahniah.. Anda telah berjaya mengatasi ketakutan anda.. Inilah Fear Factor.. hahaha..
Oh tak mungkin kalis rindu, kalis pilu bila kau tiada.. lalalalala...
Macam biasa.. sebelum balik beli fridge magnet dulu. Kat dalam tu ada kedai cenderamata. Ada bulu merak tapi tak jual pulak sebab ada sikit je. Dah hanyut dibawa air banjir. Lepas tu bergambarlah kita di depan pintu masuk.


Tamat sudah lawatan di Deerland..
Walaupun hujan rintik2, tak jadi masalah.. Payung kan ada.. hehe..








No comments: