Friday, 21 August 2015

Cuti-Cuti Pahang: Bukit Gambang

Assalamualaikum...
15 August 2015
Lokasi: Bukit Gambang Water Park

Akhirnya... Tujuan utama percutian kali ni ditunaikan.. Kononnya nak gerak awal dari kuantan tapi terlambat sikit. Pukul 11 pagi baru sampai.
Gerbang..
Yeay.. Tiket dah beli..
RM30/Person. Lepas tu, topup duit RM50.
Tayang sikit.. Dah pakai kat tangan..


Jom masuk.. Baru pukul 11, orang dah ramai yang datang. Lepas masuk je kitorang topup lagi duit. Sewa pelampung double RM14+RM6 deposit. Sewa Cabana RM40+RM 10 deposit. Sewa locker RM10+ RM10 deposit. Deposit ni akan dipulangkan time nak keluar nanti.
Ni rupa pelampung kitorang. Pink colour. So sweet..
Ni pulak cabana kitorang. Penat pusing2 tengok nak sewa yang kat mana. Dah tak banyak pilihan sebab dah ramai orang dapat dulu. Last2 kitorang pilih cabana no 16 yang terletak di Coco Beach.
Rupa cabana dari jauh. Betol2 sebelah Coco Beach.
Untuk menghilangkan dahaga, kita minum dulu. Kitorang beli jugak nasik lemak. RM6.50 untuk 1 bekas... mahal.. tapi lapar punya pasal, beli jugak la. Dah makanan dan minuman tak boleh bawak masuk. huhuhuhu...

Lepas tu, turun ke Coco Beach, main air.
Gigih aku simpan henfon dalam plastik. Kat tengah2 tu tak berani nak keluarkan. Takut jatuh dalam air. Dah sampai tepi baru boleh bergambar. Hehehe..
Di tepi pantai yang indah..
Ai ai kapten!
Ikan duyong terdampar di tepi pantai.
Teratai tayang pelampung.
Aku pun nak jugak la kan..
Permainan yang ada kat sini.
Lepas tu diorang nak try benda alah ni. Namanya 6 Lane Racer Slide. Sebelum ni aku memang nak try, tapi bila dah sampai tiba2 kecut perut.. Terus tak jadi. Aku tunggu kat bawah je. Tangkap gambar diorang. Tak tau mana Teratai, mana Ika..
Dah sampai bawah dah..
Muka puas hati.. huhu
Lepas tu naik benda ni pulak. Macam biasa, aku tunggu kat bawah. Ada 2 jenis. Yang gelap namanya Galaxy Slide, yang cerah namanya Crystal Slide.
Ika & Teratai naik yang gelap. Aku standby je kamera. Dengar je suara diorang menjerit, terus snap
Lepas tu, aku dan Ika. Aku diam je. Langsung tak berbunyi. Sampai si Teratai tak tau dah kitorang dah naik ke belum. Tup2 dah sampai bawah je. Hehehe..
Ika dan Teratai. Yang ni diorang try yang cerah pulak. Katanya yang ni lagi menakutkan dari yang gelap tu. Aku tak try yang ni.
Lepas tu kitorang bertiga try Canopy Slide. Yang ni boleh naik 4-5 orang. Pelampung dia bentuk bulat. Ni best. Aku suka.. Sebab boleh jerit berjemaah.
Aaaa... i like...

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Hujan pulak. Siap ada kilat. Pengunjung tak dibenarkan main. So, kitorang balik ke cabana, sambung makan. Nasib baiklah kitorang sewa benda alah ni. Walaupun mahal. Tapi bila kena hujan camni, ada la tempat nak berteduh.


Bila hujan dah reda sikit, kitorang pergi beli air panas pulak. White coffee, Milo dan Teh. RM3/cup. Lepas tu, amik wedges 1. Total Rm20++ okey..
Menikmati air dan wedges.
Tayang sikit gelang locker aku.. Tangan kiri tiket, kanan locker.. Banyak harta kat aku ni.
Suasana lepas hujan di cabana no 16
Sedapnya air panas time sejuk2 ni.

Elok je diorang dah bukak balik permainan2 tu semua, kitorang ke river pulak. Bosan sikit kalau nak compare dengan Sunway Lagoon punya river.
Lepas tu benda alah ni.. 2nd round..
Lepas tu slide Crystal slide lagi. Lepas tu, kiorang parking pelampung. Naik Canopy Slide pulak. Elok je lepas naik Canopy Slide tu, pelampung dah hilang. Entah la jin mana yang amik. Berpusing2 kitorang mencari... Haaaaa!! Frust!!
Mengubat hati yang lara.
Boleh la.. dari takda aktiviti.
Boleh berendam je la kat Coco Beach.
Muka frust takda pelampung..
Dah alang2 takda pelampung, kitorang pun sepakat la nak pergi kat ikan pirana muntah air tu.
Dah sampai situ, taraaa.. jumpa pelampung kitorang!! Jauhnya dari tempat slides ke pirana tu. Gigih betul jin yang mencuri tu angkut sampai sini.
Gilir2 masuk kolam sebab nak jaga pelampung. Ika dan Teratai masuk dulu.
Bluerrkkk... pirana muntah.. haha..
Yeah.. giliran aku pulak disitu...

Mentang2 la dah jumpa pelampung, si Ika request nak masuk river lagi sekali. Nak tak nak sorang kena tinggal. Sebab aku tinggalkan plastik simpan henfon aku tu kat cabana. Kononnya lepas pirana ni nak balik dah. Tapi terjumpa pulak pelampungnya.
Teratai tak masuk. So jadi tukang tangkap gamba la.
Melepasi jambatan.
Berlaga2 dengan orang lain. Huhu..
Lepas tu kembali ke cabana. Ada orang dah kena sawan air. Dia masuk lagi dalam Coco Beach.. Tak nak balik..
So sementara tunggu dia puas main air, kita bergambo lagi. Teratai mengidam-idamkan aksi macam ni. So dia try kat aku dulu.
Lepas dah tengok contoh kat aku, aku pulak buatkan untuk dia.. hahahaha.. Lepas tu kitorang mula la berkemas. Pergi pulangkan pelampung dan cabana dulu. Then pergi toilet bersih2 badan dan tukar baju.
Dah siap, kita clearkan locker.
Lepas tu, pulangkan gelang kuncinya.



Dan... sebelum bergerak kembali ke Kuantan..

Yeay... Kesimpulannya aku suka dan puas hati dah pergi ke sini. Walaupun dengan ciri2 penakut aku ni, lepas dah try benda2 tu seronok la pulak... hehehe =)






No comments: