Sunday, 30 August 2015

Walimatulurus Kak Hanim

Assalamualaikum...
Tarikh: 29 August 2015
Lokasi: Panchor, Negeri Sembilan.

Alhamdulillah.. First time dapat pergi kenduri classmate RCMP. Dah ramai yang dah kawen tapi tak pernah berkesempatan nak pergi. Yang kali ni kebetulan rumahnya dekat sangat2. Aku pulak kerja shift pagi. So lepas kerja terus pergi. Bertemankan Cik Teratai.


Walaupun dekat dan kononnya ada peta, tapi tak reti jugak nak pergi. Mintak bantuan waze jugak. Kali ni waze tak menipu kitorang. So, sampai dengan jayanya. Hahaha..
Dah hampir sampai..
Yeah.. Dah jumpa tanda.. 

Sampai je kitorang terus makan. Lapar la katakan. Hahaha.. Lepas tu baru jumpa pengantin.
Muka kekenyangan..
Thanks Teratai temankan kite.. haha..
Taraaa... bergambo dengan pengantin..
Kak Hanim & suami.. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga.. Amin..

Sunday, 23 August 2015

Cuti-Cuti Pahang: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Assalamualaikum..
16 August 2015
Lokasi: Kuala Gandah, Pahang.

Inilah lokasi terakhir sempena kitorang punya cuti-cuti Pahang. Tempat ni dibuka pukul 10 pagi. Tapi, aktiviti pertunjukan gajah bermula pada pukul 2 petang. Kalau masuk awal atau lambat dari waktu tu, hanya dapat beri makan gajah je. Sebab tu la kitorang singgah ke Deerland dulu. Lagipun nak pergi ke sini akan jumpa Deerland dulu. Rugi kalau tak pergi. 

Nak masuk ke sini kena register dulu. Kena bagi nama, alamat dan no.ic untuk tujuan keselamatan. Masuk percuma. Tiada bayaran dikenakan. Lepas dah register, setiap orang diberi sticker untuk tampal di baju.


Macam biasa la.. Ambil gambar dulu.


Dan lagi... haha...

Masa kitorang sampai ni dah pukul 2. Kelam kabut jalan laju2 takut terlepas pertunjukan. Tapi nasib baik time kitorang sampai ni, gajah2 yang buat pertunjukan tu belum dikeluarkan lagi. So ke kandang dulu, bagi makan anak2 gajah.

Kat situ ada jual gerai jual tebu. Seikat RM3.
Aku beli la seikat je. Sebab ingatkan tu yang last. Rupanya ada lagi dalam guni. Huhuhu..



Ika & Teratai tengah main2 anak gajah. Aku rasa yang ni paling kecik yang ada time tu.
Aku pun nak join jugak.
Muka penat. Cuaca panas terik. Gajah untuk pertunjukan belum muncul.
Tak lama lepas tu muncullah mereka.
Besar!!
Diorang terus menuju ke sungai.
Untuk mandi manda.
Kemain manja lagi diorang golek2 dalam air.
So sweet! Gajah dimandikan oleh mahout nya. Mahout ni adalah gelaran yang digunapakai untuk penjaganya. So setiap gajah tu ada mahout dia sendiri.
Amik kesempatan la.. hehe..
Teratai juga.. ♡♡♡

Next.. show gajah..
Yang ni dia tunjuk macamana gajah tu naikkan mahout dia guna kaki.
Yang ni tunjuk gajah tu amik kayu yang dijatuhkan
Yang ni tunjuk gajah naikkan mahout guna belalai. Kuat betol belalai dia.
Yang ni pulak tunjuk macam mana cara gajah tidur. Gajah2 ni tidur samada berbaring atau dalam keadaan berdiri.

Lepas tu.. Sesi makan la...
Diorang dah sediakan tembikai. Yang ni tak payah beli. Memang disediakan.
Slurrrp... tembikai... tembikai...
Tengah cuaca panas tu, tergoda pulak aku tengok tembikai.. sedap eh ko dapat makan..
Ika tak nak bagi makan.. nak peace jer..  hihihi. kalau tak silap gajah ni nama dia Lasah. Dia ada sebelah je gading. Tapi aku tak ingat pulak kenapa. Tapi kesian dia.. huhu..
Kenapa Teratai pegang kepala dia? Sebab nya... kitorang ni konon2 nya nak selfie dengan gajah tu.. dok terhegeh2.. lambat sangat, dia sembur kepala kitorang dengan belalai dia. Adakah air tembikai atau air liur??? Huaaa... huhuhu...
Last2 mintak tolong pekerja situ amikkan gambar.
Gajah kat belakang kitorang dua2 gajah betina. Salah sekor tu nama Kala. Tapi tak sure yang mana 1. Pekerja tu cakap diorang memang suka orang perempuan. Tak tau la saja2 cakap or betol2 kan..
Mantap lah belalai dia..
Kat dalam tempat tu ada cafe. So kitorang decide nak lunch kat situ je.
Taraaa... ada nasik lagi.. lauknya... Ikan Patin Masak Tempoyak ler... Harga ok.. Tak mahal sangat. No hal la nak makan situ.



Lepas tu, ada satu board kita boleh tampal sticker kita kat situ.
Okey, nak buat pengakuan.. Sebenarnya aku tak tampal aku punya pun. Aku cabut yang memang dah ada kat situ pastu pura2 tampal. Kikiki..
Ika pun.. tapi kantoi sebab nampak dia punya masih tertampal kat baju.
Teratai punya paling kantoi. Trang tang tang nampaknya.. hahahaha...
Kitorang bukan apa... sayang.. nak bawak balik buat kenang-kenangan..


Last sekali, yang ni agak kelakar. Nak balik tapi baru bak bergambar kat tempat welcome.. Loq laq betoi.. tapi takpa la.. janji hepi kan..

Selesai sudah...
Maka dengan itu, saya mengumumkan, tamatlah Cuti-Cuti Pahang... waaaa... nak cuti lagi!!!


Saturday, 22 August 2015

Cuti-Cuti Pahang: Deer Land

Assalamualaikum...
16 August 2015
Lokasi: Lanchang.

Hari last di Pahang. Dah nak bergerak pulang ke Senawang. Pagi tu lepas checkout, kitorang amik gambar kenang-kenangan berlatarbelakangkan signboard Kuantan.



Walaupun nampak kecik je, sayup-sayup kat belakang tu, tapi dah cukup dah sebagai bukti memang dah sampai kat Kuantan. Hehehe..

Lepas tu mencari pulak keropok lekor. Pagi tu ada pasar pagi. Ingatkan kat situ ada jual yang belum masak tapi tak ada pun. Beli benda lain. Air, Akok, keropok lekor bebola, Sate Ikan dan Puding Raja. Lepas tu, pasang waze. Ntah kemana2 dia bawak. Sampai la Teratai google jumpa Keropok Lekor Ghani Black. Barulah jumpa.. Singgah beli keropok lekor dulu.
Beli di sini. Keropoknye boleh tahan. Sedap la jugak.

And then... perjalanan diteruskan. Masuk lebuhraya, exit di Lanchang. Kita ke Deerland!! Dari hari pertama lagi memang nak datang. Tapi disebabkan Hari Jumaat tutup, so kitorang decide datang time hari nak balik iaitu hari Ahad. Nasib baik bukak.
Kat luar ada kaunter tiket. RM6/person. Lepas tu, akan diberi satu sticker. Tampal kat baju. Masuk depan sikit ada pondok pemeriksaan tiket. Kat situ setiap orang akan diberikan 1 bekas berisi ubi keledek. Ada satu blog tu cakap ubi kayu. Oooh tipah tertipu!
Tayang sikit ubi keledek..
Ubi keledek tu diorang dah potong kecik2 supaya senang rusa-rusa tu nak makan.



Ramainya.. Semua serbu nak makan.. hehehe..
Masing2 berebut.
Jinak... boleh pegang2..
Malu2 pulak dia bila si Ika nak pegang..
Alololo.. Aku rasa bulu dia macam bulu kambing.. Pendek2.. Tak kasar tapi tak la lembut.
Dah habis bahagian rusa, kita ke bahagian lain. Selain rusa, ada jugak haiwan lain. Macam mini zoo la.
Taraa..  Si kecik ni adalah seekor hedgehog. Dia berwarna putih sebab dia albino. Aku ingatkan landak. Tapi penjaga dia cakap bukan. Kalau landak, dia tembak orang dengan durinya. Yang ni tak. Entah.. nampak rupa macam sama je kan. Dia makan anai-anai, semut dah jugak whiskas. Penjaga dia tanya nak pegang ke tak. Mesti la nak.... hehe..



Lepas tu jumpa pulak ular. Aku awal2 lagi dah berdiri jauh2.
Biarkan orang2 yang berani je pegang.
Kusyuk nyer.. ular tu dah datang dekat tu..
Tapi takut jugak rupanya.. Teratai dah lari dulu. Tinggal Ika.. Menjerit jugak.. hahaha..
Ok.. diorang suruh aku try pegang. Baru cakap je, dah berpeluh2 dahi aku. Aku sentuh hujung jari je. Ni dalam gambar ni sebenarnya jari aku tak sentuh pun ular tu. Hampir2 je.. Tapi tak kena.
Tahniah.. Anda telah berjaya mengatasi ketakutan anda.. Inilah Fear Factor.. hahaha..
Oh tak mungkin kalis rindu, kalis pilu bila kau tiada.. lalalalala...
Macam biasa.. sebelum balik beli fridge magnet dulu. Kat dalam tu ada kedai cenderamata. Ada bulu merak tapi tak jual pulak sebab ada sikit je. Dah hanyut dibawa air banjir. Lepas tu bergambarlah kita di depan pintu masuk.


Tamat sudah lawatan di Deerland..
Walaupun hujan rintik2, tak jadi masalah.. Payung kan ada.. hehe..