Assalamualaikum...
31 March 2017
Lokasi: The Lodge, Maribaya, Indonesia.
Yeah, lokasi seterusnya ialah The Lodge yg terletak di Maribaya.
Kat sini yg istimewanya adalah hutan Pokok Pine. Orang Indonesia panggil Pohon Cemara. Kat Malaysia orang panggil Pokok Rhu. Tempat dia sejuk. Nak pergi pun agak jauh ke dalam.
Van pak supir hanya boleh pergi sampai kat tempat parking je. Nak naik ke atas lagi kena naik shuttle, sejenis van khas kat situ. Time kitorang sampai kat tempat parking tu, hujan la pulak. So kitorang kena tunggu hujan berhenti dulu. Kat situ ada kedai cenderamata dan makanan.
Tapi ape de hal,.. Hujan bukan penghalang.
Sambil tunggu tu, makan la dulu. Hahaha!
Ni berkerumun try Tauhu. Lain sikit rasa dia berbanding kat Malaysia.
Madam Jag, muka puas hati.
Dari hari first dia heboh nak makan Batagor versi Kuah Kacang.
Dapat jumpa kat sini. Sedap!!
Sis Sue tengah tunggu Roti Bakar. Pun sedap. Pendek kata makanan yang kat sini semua sedap lah. Air free. Diorang sediakan secerek air teh. Minum je.
Ni la kenderaannya nak naik ke atas tu. Van yang ada satu pintu kat belakang tu.
Macam ni la rupa dia dari belakang.
Time ni hujan dah reda. Just rintik2 sikit je. Memandangkan kitorang dah sampai sini, kitorang decide untuk naik jugak. Supaya tak rasa ralat.
Cari benda tersembunyi.
Setelah bersusah payah nak naik ke dalam van tu, kitorang berjaya sumbat ramai2. Nampak tak si Aeng kat pintu tu? Dia kat posisi tu sampai kat atas. Aku pulak yang ngeri. Risau tergolek tengah jalan je. huhuhu..
Orang yang duduk kat depan, Kak Farah & Akma.
Tengok kat luar tu, sepanjang jalan nak ke atas, macam tu la suasana dia.
Dah sampai atas. Berkumpul dulu kat kaunter, tunggu ahli2 rombongan yang naik van lain. Tu tengah sesi membetulkan tudung Kak Izah. Hehehehe..
Yuk masuk!
Rasanya ada bayaran masuk tapi tak tau la berapa. Semuanya udah diurusin.
Yeay kitorang dah sampai sini.. (^_^)y
Luas sungguh la hutan Pokok Pine dia. Hijau mata memandang.
Kat bawah tu ada tempat cantik untuk tangkap gambar. Rasanya ada tulisan The Lodge. Tapi kitorang masing2 taknak turun. Just nak tangkap gamba je kat atas ni.
Haaa.. Nampak tak..
OMG!!! Apa yang aku buat tu???
Bergegar-gegar lantai time ni. Masing2 dah naik sheikh.
Tak padan dengan air menitik kat muka. Gambar tetap gambar!
Cubaan aku merosakkan gambar diorang.. Hahahahaha...
Yg kat belakang aku tu Sky Tree. Tu la antara tarikan kat sini. Tapi time ni tak boleh naik. Licin kot.
Lompat lagi?? Belom habis rupanya.
Lantak korang la. Aku sebok menikmati pemandangan. Ngeh3
Dah habis lompat-lompat, sengih-sengih kat situ, kitorang pun nak gerak la.
Sekali tak boleh patah balik ke pintu masuk. Terpaksa jugak turun.
Tangga agak licin. Tu yang pegang-memegang tu..
Kitorang jalan slow2. Maklumlaa.. Hahaha..
Setakat boleh lalu je, tak dapat nak try..
Kitorang bukan setakat turun tangga je.. Tapi naik turun naik turun.
Akhirnya sampai jugak. Termengah2 masing2. Kitorang tunggu van shuttle datang untuk turun ke tempat parking. Punya la mabuk naik benda alah tu. Sampai2 je terus aku berkejar ke toilet, muntah! Hahaha..
Lepas tu, menuju ke next destination.. Yeah..
Lepas tu, menuju ke next destination.. Yeah..
No comments:
Post a Comment