Sunday, 23 April 2017

SALAM Trip To Bandung: Farm House

Assalamualaikum.
31 March 2017
Lokasi: Bandung, Indonesia.

Masuk hari kedua di Bandung!

Sarapan pertama kat sini yg aku rasa lain sikit ialah Batagor Sup. Ekceli Batagor ni singkatan daripada Bakso Tauhu Goreng. Pada aku, sedap la benda ni.


Lepas dah siap sarapan, kitorang berkumpul. Sambil2 tu berposing dulu ler. Excited nak tau nak pergi mana harini.


Yeayy.. Kitorang ke sini. Farm House. 
Tempat sejuk. Nyaman.
Tiket masuk aka voucher ni boleh ditukar dengan susu.
Tukar susu tu kat sini.
Ada susu plain, coklat & Strawberry.
Tapi aku tak tukar awal2, nak balik nanti baru tukar.

Masa kat Farm House ni aku geng dengan Sis Sue. Aku tangkap gambar dia, dia tangkap gambar aku. Hahahaha..


Hantu ni sebenarnya dari luar Farm House ni aku dah nampak. Aku kecoh2 dalam van cakap celah2 pokok tu ada hantu. Tapi dia tak bergerak. So semua orang ingat patung la. Sekali dah masuk kat dalam jumpa yg hidup ni. So betul la apa yg aku nampak tu. Huhuhu..

Kat sebelah diorang ada letak satu box tu. Dah tangkap2 gambar dengan dia, hulur2 la apa yg patot. Penat diorang makeup. =)

 
My hakak sepupu sebelah Abah, Kak Izah.
Comel kan kitorang. Hahaha


Kat Malaysia kita sebut Mangga kan.
Kat sini diorang sebut Gembok.


Sis Watie & Sis Noren


Kitorang lagi. Hahahaha

Asalnya aku malu nak pergi kat basikal ni. Tapi dipujuk2 oleh Kak Izah. Bila dah pergi hilang pulak malu aku. Kuang3

Kemain lagi posing..

 
Aku pun same je... Hehehe..

 
Cewah masing2!


Nak pergi mana pulak lepas ni eh.

Okey.. Jalan je ke depan sikit terus nampak ramai orang pakai baju merah. Rupanya ada tempat sewa baju orang French. Aku selit2 je tangkap gambar.

Nampak tu.. Ramai nye berbaju merah.

 
Ade orang gelakkan aku cakap kenape aku tak lompat? Berat kerr?

Tengok.. Ni ha buktinya aku lompat.
Aku ni kaki sakit sebenarnye tapi taknak la spoil kan suasana, aku layan kan la lompat2 jugak. Huhuhu..

Demi nak tangkap gambar dengan orang berbaju merah. Laju2 kitorang jalan lepas tu berdiri belakang diorang.

Kat sini ada banyak jugak kedai2 cenderamata.


Kipas ni RP20,000
Aku beli satu untuk jadikan prop aku.


Ada coklat, ada cookies.


Muncul dah kipas prop aku.




Cak! Kat kedai cookies.. Mengiurkan la bau dia. Fresh diorang bakar kat situ.

Antara yg pakai baju tu 


Ni versi husband & wife


Aku tengok adik ni kehulu kehilir, comel pulak. Aku pun tanya dia, boleh ke nak bergambar dengan dia. Dia ok je, sporting. Hehehe..

Mdm Jag dah berkenan dengan kipas aku ni. Siap culik bawak kesana sini..
Sila abaikan posing aku yg pelik tu.

Aku tak tau la diorang ni kat belah mana. Time ni aku dah berpecah dah dengan Kak Izah. So aku rasa ni memang keje dia ni. Suruh lompat. Haha!

Muahahahaha En.Husin & Bang Kemal!

Acewah!

Meriahnya lori..

Taraaa.. Ni yang aku cari-cari.. Rumah Hobbit.
Memang dah aim dah. Lama kitorang tunggu turn tau. Akhirnya dapat jugak.

Next, kitorang masuk kat kawasan koboi pulak.

 Koboi wanita beraksi! Chia! Chia! Chia!

 
 Lepas tu kat area haiwan pulak. 
Ada arnab, kambing biri-biri. Boleh bagi makan tapi kena beli la carrot. 
Ni harganya.


 
Kak Wawa nak bergambar dengan kambing ni tapi kambing ni ingat nak bagi makan. huhu


Lepas tu terjumpa Sis Noren tengah busy memilih topi. Dia siap suruh aku try pulak. 

 
On the way nak keluar, sempat lagi menemankan Sis Noren & Sis Watie kat Rumah Hobbit.

Kusyuk sangat kat situ, rupanya yang lain2 dah tunggu kat van. Tinggal kitorang 4 orang je. Laju2 pergi tukar susu.

Ni la rupa susu nya. 
Ada beberapa perisa. Plain, Choc & Strawberry. Aku amik yg strawberry. Susu dia ok la.. Takda bau pelik. Aku boleh je la telan.

Okey.. Ayo, next destination..


No comments: