Wednesday, 26 April 2017

SALAM Trip To Bandung: Floating Market

Assalamualaikum..
31 March 2017
Lokasi: Lembang, Bandung, Indonesia.


 Lokasi kitorang seterusnya adalah Floating Market! Yeayyy tempat makan lagi. Hahaha

Bayaran masuk RP20,000. Aku memang suka la style diorang kat sini. Tiket masuk dia adalah sejenis voucher. Boleh tukar dengan air. Ada banyak pilihan air pulak tu. Kali ni aku pilih nescafe panas.


Taraaa..  Masuk2 je terus jumpa ni.

Nak pergi ke tempat jualan dalam bot tu, kena berjalan ke depan lagi. Kena lalu tasik dulu. Nampak ada orang naik kayuh2.

Replika sampan. Macam tu la rupa sampan yang diorang guna tu.

Time ni aku dah berjalan ke jauh kedepan. 



Dari jauh pun aku boleh nampak diorang melompat2. 


Yeyeah! Rock Ooo!

Okey dah sampai kat kawasan jualan. Kat dalam ni pun ada tempat untuk tukar air.

Taraa.. Nampak dah sampan yang real.

Kat sini urusan jual beli berkonsepkan cashless. So kena tukar coin dulu. Ada banyak kaunter. Pilih je yang mana satu.

Aku tukar RP30,000



Banyaknya pilihan..

Disebabkan kitorang dah rasa kesedapan Batagor kat The Lodge sebelum tu, so kat sini pun masing2 nak beli Batagor.


Kitorang je pun dah berapa orang amik turn.


Time tu jugak diorang prepare.
 Panas2 dapat makan.


Sambil2 membeli tu, boleh jugak naik bot kayuh ni. 

Taraaa.. My Batagor dah siap..

Ekceli ni pun Batagor jugak. Aku tak sure siapa punya. Tapi dia nak yang Tauhu salut dengan inti bakso tu je. Yang kulit luar tu dia taknak. Okey jugak idea dia. Disebabkan tu, yang aku punya tu half2. Dua2 jenis aku dapat. Hahahhaa..

Tengok tu, kemain berselera diorang. Aku parking kejap Batagor aku kat situ, then pergi beli benda lain pulak, habiskan coin yang ada.

Tengah aku ralit tengok2 makanan, sayup2 dengar orang panggil nama aku. Rupanya geng lelaki iaitu En.Nashriq, En.Husin, Saiful dgn Abg Kemal tengah naik benda alah ni.

Diorang tangkap gambo dari dalam 'bot' tu. Baru la nampak real.

Durian Bakar. Siap dengan Pulut Hitam. Terbaiklah! Serius sedap bangat!
Rugi kalau tak try.

Es Duren (Ais Durian)
Durian, dibekukan jadi la ais.. Hahaha..
Yg belakang tu Pastel (Karipap) dengan Crispy Jamur (Cendawan)

Kat sini ada jugak dijual Sate Kelinci (Sate Arnab), aku memang nak try tapi di warning oleh ahli2 rombongan, jangan berani2 nak beli. Takut nanti Kak Lin menangis, sebab Kak Lin ni very de pencinta haiwan terutamanya kucing dan arnab. So, aku pun membatalkan la hasrat tu. Banyak lagi benda lain yang boleh dibeli.

Aku rasa aku memang enjoy la makan kat sini. Siap habis kan orang punya lagi tu. Kuang3

Lepas selesai di Floating Market, kitorang ke Rumah Mode. Aku takde beli pape pun. Just cuci mata je. Kat sini ada peristiwa Sis Noren & Sis Watie hilang dari radar. Puas la mencari diorang. Last2 Akma terpaksa paging. Popular jap nama diorang kat sana. Hehehehe..


Lepas pegi Rumah Mode, kitorang pergi ke Butik Anakecil pulak. Kat sini aku dapat beli 2 pasang baju tidur dan sorang sepasang baju untuk Amani dan Auni.

Malam tu kitorang dinner Nasi Padang sekali lagi. Area dekat2 dengan hotel kitorang tapi tak sure la kedai mana.

Selesai sudah hari kedua di Bandung.
Hari yang indah.. dapat pegi tempat2 yang cantik.. (^_^)y

Tuesday, 25 April 2017

SALAM Trip To Bandung: The Lodge Maribaya

Assalamualaikum...
31 March 2017
Lokasi: The Lodge, Maribaya, Indonesia.


Yeah, lokasi seterusnya ialah The Lodge yg terletak di Maribaya.
Kat sini yg istimewanya adalah hutan Pokok Pine. Orang Indonesia panggil Pohon Cemara. Kat Malaysia orang panggil Pokok Rhu. Tempat dia sejuk. Nak pergi pun agak jauh ke dalam. 

Van pak supir hanya boleh pergi sampai kat tempat parking je. Nak naik ke atas lagi kena naik shuttle, sejenis van khas kat situ. Time kitorang sampai kat tempat parking tu, hujan la pulak. So kitorang kena tunggu hujan berhenti dulu. Kat situ ada kedai cenderamata dan makanan. 

Tapi ape de hal,.. Hujan bukan penghalang.
Sambil tunggu tu, makan la dulu. Hahaha!
Ni berkerumun try Tauhu. Lain sikit rasa dia berbanding kat Malaysia.

Madam Jag, muka puas hati. 
Dari hari first dia heboh nak makan Batagor versi Kuah Kacang. 
Dapat jumpa kat sini. Sedap!!

Sis Sue tengah tunggu Roti Bakar. Pun sedap. Pendek kata makanan yang kat sini semua sedap lah. Air free. Diorang sediakan secerek air teh. Minum je.

Ni la kenderaannya nak naik ke atas tu. Van yang ada satu pintu kat belakang tu.


Macam ni la rupa dia dari belakang. 
Time ni hujan dah reda. Just rintik2 sikit je. Memandangkan kitorang dah sampai sini, kitorang decide untuk naik jugak. Supaya tak rasa ralat.

Cari benda tersembunyi.

 
Setelah bersusah payah nak naik ke dalam van tu, kitorang berjaya sumbat ramai2. Nampak tak si Aeng kat pintu tu? Dia kat posisi tu sampai kat atas. Aku pulak yang ngeri. Risau tergolek tengah jalan je. huhuhu..

Orang yang duduk kat depan, Kak Farah & Akma.
Tengok kat luar tu, sepanjang jalan nak ke atas, macam tu la suasana dia. 


Dah sampai atas. Berkumpul dulu kat kaunter, tunggu ahli2 rombongan yang naik van lain. Tu tengah sesi membetulkan tudung Kak Izah. Hehehehe..

Yuk masuk! 
Rasanya ada bayaran masuk tapi tak tau la berapa. Semuanya udah diurusin.

Yeay kitorang dah sampai sini.. (^_^)y

Luas sungguh la hutan Pokok Pine dia. Hijau mata memandang.




Kat bawah tu ada tempat cantik untuk tangkap gambar. Rasanya ada tulisan The Lodge. Tapi kitorang masing2 taknak turun. Just nak tangkap gamba je kat atas ni.
Haaa.. Nampak tak..


OMG!!! Apa yang aku buat tu???




Bergegar-gegar lantai time ni. Masing2 dah naik sheikh.

Tak padan dengan air menitik kat muka. Gambar tetap gambar!

Cubaan aku merosakkan gambar diorang.. Hahahahaha...
Yg kat belakang aku tu Sky Tree. Tu la antara tarikan kat sini. Tapi time ni tak boleh naik. Licin kot.

Lompat lagi?? Belom habis rupanya.
Lantak korang la. Aku sebok menikmati pemandangan. Ngeh3


Dah habis lompat-lompat, sengih-sengih kat situ, kitorang pun nak gerak la. 
Sekali tak boleh patah balik ke pintu masuk. Terpaksa jugak turun.
Tangga agak licin. Tu yang pegang-memegang tu..
Kitorang jalan slow2. Maklumlaa.. Hahaha..

Setakat boleh lalu je, tak dapat nak try..

Kitorang bukan setakat turun tangga je.. Tapi naik turun naik turun. 

Akhirnya sampai jugak. Termengah2 masing2. Kitorang tunggu van shuttle datang untuk turun ke tempat parking. Punya la mabuk naik benda alah tu. Sampai2 je terus aku berkejar ke toilet, muntah! Hahaha..



Lepas tu, menuju ke next destination.. Yeah..