Sunday, 7 February 2016

Cuti-Cuti Terengganu: Taman Tamadun Islam >> River Cruise

Assalamualaikum...
30 January 2016
Lokasi: Pulau Wan Man

Yeay! Selesai melawat Taman Monumen, kitorang teruja nak naik cruise pulak. Tapi, untuk naik cruise ni kena ada minimum 6 orang. Time kitorang beli tiket tu, tak cukup 6 orang. So kitorang diminta tinggalkan no fon. Bila dah ready, diorang akan call. Tapi sampai kitorang dah keluar dari Taman Monumen tu, tak ada sebarang call pun. So Ain pergi tanya kat diorang, rupanya belum cukup orang lagi. Makanya, kitorang decide untuk lunch dulu.
Taraaaa... Nasi Dagang.
Kenapa asyik makan Nasi Dagang? 
Sebabnya kitorang masih belum jumpa yang sedap. Tapi.... yang ni sedap!! Akhirnya... jumpa jugak.. hehehe.. 
Nasi Dagang + Nescafe Ais, lepas pakai meal voucher tu kena la RM7.00
Elok baru nak suap nasi, dapat call. Pukul 2.30pm dah boleh naik cruise. Ok la.. time tu baru 2.10pm macam tu. Sempat la makan.
Yeah.. Mari kita menyusuri sungai Terengganu..

Tunggu green light untuk naik cruise..
Tak lama lepas tu, kitorang dipanggil dan diberikan arahan supaya pakai life jacket.
Kat belakang tu cruise yang bakal kitorang naik.
Yang kat belakang Ain ni cruise pesen lain.
Sebelum bergerak..
Penumpang yang kononnya 6 orang minimum tu.. Akhirnya ada la dalam 10 orang macam tu.. hehehehe..
Ni co-pilot kita. Muka nampak serius tapi kelakar orangnya. Gambar pilot takde. hahaha..
Bergerak dari jeti
Kincir air ni boleh jugak dilihat dari dalam Taman Monumen..
Masa kat sini kitorang diberitahu semasa melalui kawasan ni kitorang akan berasa panas sikit. Tapi kejap lagi aircond akan dibuka, akan sejuk.
Salah satu jeti yang dilalui.
Time tengok bot ni, kitorang ditanya, kenapa kabin bot ni berwarna hijau? Aku tak jawab pun.. Sebab dalam kepala aku, ada satu jawapan tapi macam tak logik je. So, jawapannya, memang warna ni dah ditetapkan mengikut negeri. Kabin berwarna hijau bermaksud bot ni dari Negeri Terengganu. Lain negeri, lain warnanya. Oooooo.. Macam tu rupanya..
Masa kat sini pulak, angin best. Rupanya ni la aircond yang dimaksudkan. Ceh! Mati-mati aku percaya benda alah ni ada aircond. Hadoi!! Hahahah =)
Cak!!
Nampak tak kitorang?? Hahaha..
Walaupun monsun cup dah habis, still dapat tengok kapal layar..
Dah pusing2, last sekali cruise ni berhenti di depan Masjid Kristal. Time ni la kitorang diberitahu yang kristal tu berada keempat-empat menara di masjid tu. Lepas tu, bergerak kembali ke jeti.

Kesimpulannya, cruise ni best la. Sama sekali tak sama dengan cruise kat Melaka tu. Banyak benda kita boleh tengok... Thumbs up!



2 comments:

Unknown said...

5g mse kincir air, mcm sme je dgn yg melaka...bahaha...nasib baik last skali ko ad ckap best,xsme dgn melaka

Cappuccino Lover said...

Ha'a yg ni best... terbaik...