Saturday, 6 February 2016

Cuti-Cuti Terengganu: Taman Tamadun Islam >> Taman Monumen

Assalamualaikum..
30 January 2016
Lokasi: Pulau Wan Man

Lepas dah melawat Masjid Kristal, kitorang decide nak masuk Taman Monumen. Bagitau siap2.. Cerita kat sini agak panjang.. hehehe..
Taraaa.. Kat pintu masuk.. Tapi nak masuk bukan free ye.. Kena bayar. So, mari kita tengok harga dia.
Tak jelas pulak gambar ni.
Rujuk gambar seterusnya.. hehe..
Harga masuk ke Taman Monumen
Tengok sekali harga untuk River Cruise.
Kalau ikutkan kat sini:
Taman Monumen: RM21.20
River Cruise: RM21.20
Total: RM42.40
Tapi, diorang buat pakej untuk kedua2 tempat ni harga jadi RM35.00

Fikir punya fikir, kitorang tak boleh pergi ke laut, tapi nak jugak pergi tempat yang ada air, so kitorang decide ambil je pakej ni. Tak dapat pergi laut, kita pergi sungai je lah. 
Lepas bayar kita akan dapat pasport ni sorang satu.
Juga dapat meal voucher dan discount voucher bernilai RM2 kalau nak beli sourvenir nanti. 

Nak masuk diorang akan cop pasport ni. Nak keluar nanti pun kena cop.

Kat sini ada 23 monumen yang boleh kita tengok. Untuk pergi tengok satu persatu monumen tu, kita perlu berjalan kaki sepanjang 800m. Kalau tak nak jalan kaki, boleh pilih pengangkutan mana yang kita nak naik. Kitorang tak sanggup nak jalan kaki tengah panas buta tu. So kitorang pilih untuk naik tram berharga RM5.50. Wah wah wah! Semua pakai duit kan.. huhu..
Macam ni la rupa tram tu. Dia bawak kita keliling tempat tu. Lepas tu, dia akan berhenti turunkan kat monumen yang boleh masuk sebab bukan semua monumen tu boleh masuk. Ada beberapa je.
Berjasa betul kipas ni.
Hihihihi
Kudus Minar, Central Java, Indonesia.
Pattani Central Mosque, Thailand.
Taj Mahal, India.
Haaaa.. kat sini tram berhenti.
Jom masuk..
Kat dalam ni macam panggung la.. Ada tayangan kisah Taj Mahal ni.
Pastu ada muzium.. Time ni aku tak tau pun dalam muzium tak boleh tangkap gambar. So aku pun bantai la tangkap gambar. Maap ye..
Masih dalam muzium.

Boleh naik ke atas untuk tangkap gambar dekat2 macam ni.

Lepas tu, nak pergi ke tempat lain, tunggu je tram lalu.
Seterusnya, berhenti di Kubah As-Sakhrah, Baitul Muqaddis, Palestin. Juga dikenali sebagai Dome of The Rock. Dalam ni menempatkan batu yang disebut dalam kisah Isra' Mikraj. Dikatakan batu ni nak ikut Rasulullah naik ke langit tapi ditahan oleh Malaikat Jibril. So batu ni terapung-apung.
Masa tengok tayangan ni rasa touching je. Kisah Rasulullah. Kisah Masjid Al-Aqsa.. huhuhu...

Dalam ni boleh masuk. Moh kita tengok apa yang ada kat dalam tu.
Haaa.. diorang buat replika batu tu.. Kalau nak tengok yang asal, kena pergi Palestin la..
Elok la baju aku pun Palestin dah..
Ain dari sudut lain..

Dah selesai disini, naik tram, pergi tempat lain pulak.
Great Mosque of Samarra, Iraq.
Next, Masjidil Haram..
Sayangnya tak dapat tengok tayangan kat sini. Rosak la pulak. So kitorang masuk muzium je. Lepas tu, naik tingkat atas, tengok binaan.
Faktor ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi, setakat tu je gambar replika Kabah yang aku mampu tangkap.
Sipi2 je.. hehe..


Kali ni agak lama kitorang tunggu tram. So duduk la lepak2 bawah pokok kurma, sambil main dengan Ladybird warna kuning.. hehehe..
Hentian terakhir, The Palace of Al-Hamra, Granada, Spain atau dikenali dengan Istana Merah. Sayangnya tak boleh masuk. Under construction la pulak.. ish3

Lepas Al Hamra ni ada la beberapa monumen lagi.. Lepas tu, sampai la di penghujungnya. Berhenti di kedai cenderamata. Kat sini paspot kita tu akan di cop menandakan dah selesai melawat. So aku pun beli la 2 fridge magnet dan guna voucher tu..


Next destination....

No comments: