Thursday, 12 February 2015

Cuti-Cuti Penang

Assalamualaikum...
7 February 2015
Lokasi: Georgetown, Penang

Selepas sekian lama atur plan nak pergi bercuti ke Penang, akhirnya menjadi jugak.
Plan asal pergi bertiga. Aku, Ain & Ika. Lepas tu amik Teratai kat USM. Tapi akhirnya aku dengan Ain je yang pergi.
Pukul 8am gerak dari Senawang. Pukul 9am berhenti sarapan kat R&R Dengkil. Order soto. Ade la dalam 5 ketul nasi impit. Selebihnya bihun.. kuang3. Air pulak aku order nescafe suam, Ain order neslo ais. Sekali yang sampai nescafe ais dengan neslo suam. Ish3

Kitorang masuk Penang melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah aka Jambatan Kedua. Perghhh... Jambatan kedua ni lagi panjang dari Jambatan Pertama. Rasa lama sangat2 nak sampai ke pulau.. huhuhu..
Then, sampai sana terus cari hotel.
Disebabkan tak book awal2, pening jugak la kepala nak cari hotel. 
Last sekali 1926 Heritage Hotel jadi pilihan.
Dalam bilik
Luar bilik ade tempat duduk bersantai..
Posing bajet ayu jap.
Luar bilik.. klasik sangat bangunan dia..

Kitorang berehat2 dalam sejam.
Sejukkan badan.
Lepas tu baru fikir nak pergi mana.
Perut pun dah keriuk2.. lapar..
Plan seterusnya adalah cari makan!



To be continued......

No comments: