Asaalamualaikum..
8 February 2015
Lokasi: USM, Kedai Jeruk Madu Pak Ali
Dengan menggunakan waze, kitorang pun bergerak ke USM. Teratai cakap masuk je ikut mana2 pintu. Lepas tu, tunggu. Dia datang jemput. So, kitorang masuk melalui pintu yang mula2 kitorang jumpa iaitu Pintu Batu Uban.
Kitorang masuk sikit ke dalam, tunggu kat depan CIMB Bank. Tak lama lepas tu, muncul lah Cik Teratai kita. Dia bawak sorang kawan dia, Afiqah. Lepas tu, kitorang pergi masjid USM, park Cik Ahu kat situ. Gerak dengan Baby Ajod. Diorang bawak pergi lunch. Banyak giler pilihan makanan dia. Tapi paling aku terkejut bila Afiqah punya harga makanan 1 pinggan RM17!! Erk... Telan air liur sat.. hihi..
Dah habis makan, gerak cari Kedai Jeruk Madu Pak Ali. Time ni la ada lagu ni kat radio: "Sakitnya tu disini, di dalam hatiku
Sakitnya tu disini, kau kau menduakan aku"
Teratai & Afiqah first time dengar. Mengekek2 kitorang gelak.
Akhirnya sampai jugak...
Tudia... Tak sabaq dah nak masuk..
Kikikikiki... Tidur dalam jaga..
Banyak jeruk... Mulakan operasi!
Muka puas hati..
Pilih jeruk secara berjemaah..
Rak penuh.. Pilih saje nak yang mana. Dah siap packing. Tapi kalau nak packing campur2 ikut yang kita nak, boleh mintak pekerja buatkan.
Ambik bakul.. Senang nak bawak..
Ain pun tengah rambang mata.
Kuah rojak jangan dilupa. Yang ni tak best sangat. Aku tak ambik yang ni. Aku ambik yang Kuah Rojak Mak Bee.. Yang tu sedap. Tapi tak snap gambanya.
Taraaaaa... Bakul masing2 dah ada isi.
Ain dah setel
Aku pun dah setel
Kotak tu bukan free ye. Kalau nak masuk dalam kotak macam tu kene bayar RM1. Tapi disebabkan aku cepat terpengaruh dengan benda2 macam tu, aku pun nak la.. hahahaha...
Selfie welfie sebelum pulang.
Lepas tu, kitorang gerak la ke kereta.
Nak dijadikan cerita, enjin kereta tak boleh hidup la pulak. Baterinya udah kong.
Masing2 dah menggelabah. Hari tu hari Ahad, takut bengkel tak buka. Afiqah pun dah start call sedara mara dia untuk datang tolong jump. Buka bonet usik2 sikit pun taknak hidup. Last2 biarkan je. Tak lama lepas tu, try start enjin, boleh pulak hidup. Terus cari kedai. Nasib baik ada kedai yang buka.
Baby Ajod.
Masing2 muka cuak.
Baby Ajod sedang diperiksa
Masih mampu tersenyum walaupun melayang RM200++ tanpa dijangka.
Nyanyilah lagu berhantu tu berulang2
Sakinya tu di sini di dalam hatiku..
Baby Ajod sedang diperiksa
Masih mampu tersenyum walaupun melayang RM200++ tanpa dijangka.
Nyanyilah lagu berhantu tu berulang2
Sakinya tu di sini di dalam hatiku..
Sakitnya tu di sini di dalam hatiku..
Tapi takpe lah.. mesti ada hikmahnya jadi time ni daripada jadi kat tempat lain.
Kalau jadi kat tempat lagi susah... huhu..
Tapi takpe lah.. mesti ada hikmahnya jadi time ni daripada jadi kat tempat lain.
Kalau jadi kat tempat lagi susah... huhu..
No comments:
Post a Comment