Assalamualaikum..
1 April 2017
Lokasi: Pasar Baru, Bandung, Indonesia.
Yeah.. Inilah syurga shopping kat Bandung ni.
Sepatutnya kitorang pergi masa hari kedua tapi ditunda ke hari ketiga.
Pergi tempat2 jauh dulu.
Tapi sebelum tu aku nak cerita pasal kejadian yang berlaku sebelum pergi Pasar baru tu.
Al kisahnya sebelum pergi Bandung ni, aku dah activate kan pengeluaran antarabangsa Maybank aku. So masa hari kedua aku ada la cucuk RP500,000. Lepastu, Kak Ada macam dah terinspirasi la daripada aku. Dia mintak tolong aku cucuk duit guna kad aku. Husband dia masukkan ke akaun aku dari Malaysia. Makanya harini tibalah masanya nak cucuk. Aku cadang nak cucuk lagi RP500,000 untuk untuk standby nak shopping. Kak Ada nak 3 juta. Mula2 cucuk RP1.5juta dan berjaya.. Sebab limit sekali pengeluaran RP1.5juta. Sekali tak boleh pulak! Maka berlakulah keributan dan kekalutan. Rupanya kitorang salah pilih mesin ATM. Baru la kitorang tau ada 2 jenis mesin ATM, satu dia tulis situ "50,000" satu lagi "100,000" kalau nak cucuk banyak, cucuk kat mesin "100,000" tu. Sebabnya kalau dah cucuk kat mesin 50,000 tu, limit sehari jadi 1.5juta je. Nasib baik la ada Kak Farah, kitorang punya akauntan. So kitorang loan kat dia dulu, guna duit makan kitorang. Esok cucuk lain.
Lepas tu, terus gerak ke destinasi tujuan. Dalam van nak kesana, Pak Yoyo keluarkan 2 box Kek Lapis sebagai tester. Kalau nak beli, kek akan dibuat malam tu, esok boleh bawak balik. Kiranya fresh la. 1box tu berharga RP75,000.
Untuk pergi ke Pasar Baru ni kitorang amik "tourist guide". Sebabnyaaa.. kitorang diberi 4 jam je dan tempat ni sangat lah besar bertingkek-tingkek. Boleh sesat. Satu group bayar RP150,000. Group kitorang ada 5 orang. Aku, Akma, Kak Ada, Kak Aida & Kak Wawa. Kitorang berlima ni dah siap booking dari kat Malaysia lagi. Tapi ada la beberapa orang yang selit2 masuk kat group kitorang time kat sini, Sis Sue, Sis Noren & Sis Wati. Tapi diorang bayar asing la.
Taraaa... Kitorang dalam Pasar Baru!!
Macam ni la suasana dia. Ramai giler orang.
Okey, mari kita usha sikit hasil2 tuaian aku kat sini.
Telekung. Dalam banyak2, aku jatuh hati kat telekung ni. Kain sedap..
Aku beli 5 pasang untuk family aku. 5 pasang dapat RP160,000
Tshirt Bandung. 5 helai RP100,000
Tapi saiz diorang agak kecik. So, kene amik saiz yang lagi besar. Aku amik 15 helai dengan sehelai tshirt lengan panjang. Jadi la tu untuk bagi kat family dan kawan2.
Dah nak gerak dari kedai tshirt, Akma cakap nak beli untuk anak jiran dia. Time tu baru aku terpikir untuk beli kat anak buah aku jugak. So aku kongsi beli dengan Akma untuk cukup kan helai. Tapi aku terbeli 3 je. Anak buah aku yang lelaki ada 4 orang. Mana tak nya, ada yang membebel2 suruh cepat2. Bukannya lama pun, just nak amik lepas tu bayar je. Aku terus emo time ni.
Next, kedai kain batik, kain pelikat dan seangkatan dengannya.
Kat sini aku cepat2 je pilih. Amik je kain batik lepas 5 helai RP150,000 lepas tu tambah kain pelikat sehelai. Lepas tu aku tunggu kat satu sudut. Turn aku pulak tunggu orang.
Lepas kedai kain batik tu, merata2 lagi pusing. Sampai Sis Sue cakap nak beli kemeja untuk ayah dia. Sementara tunggu dia pilih kemeja tu, aku round2 kat kedai2 dekat2 situ, Jumpa baju budak. Aku beli la 2 pasang, nak cukupkan untuk anak buah aku yang tak cukup tadi. Tapi saiz yang kecik ada sepasang je. Tapi dia boleh cari kat kedai lain. So deal dengan Iki, kitorang pergi kedai lain dulu. Nanti Iki datang amik baju ni kemudian. Terima kasih la sangat2... Jasamu dikenang, Rezeki Adam dan Naim ni. Hati aku yang panas tadi tu pun terus sejuk. Ngeh3
Next, kitorang dibawa ke kedai kain sulam. Agak kecewa la sikit. Takda yang aku berkenan. Tapi memikirkan dah datang sini, beli je la. Corak dan warna aku tak berapa berkenan tapi kualiti kain tu okey je. Kat sini, rupiah aku dah tak berapa nak ada. Tapi bila tauke kedai cakap duit ringgit diterima, terus aku bersemangat. Sepasang RP150,000. Aku bayar pakai duit ringgit, sepasang RM50. Kalau ikutkan kerugian kat aku la, tapi halal je lah.
Memandangkan aku bayar kain sulam tu pakai duit Ringgit, makanya dapat la aku beli makanan. Time tu rupiah aku tinggal dalam RP250,00 je. So aku terpaksa cut untuk makanan ni RP100,000 je. Sebab nanti nak beli brownies kat Kartika Sari. Tapi orang kedai tu sporting laa, dia siap bagi lebih lagi.. Aku dapat beli Pisang Salai, Pisang Salai Crispy, Keropok Ikan, Kacang Bandung dan Kerepek Belinjau Sira. Semua Sedap! Orang kedai siap bagi seplastik untuk buat makan dalam van. Perghhhh.. Terima Kasih!!
Next, lunch yuk, perut dah lapar.
No comments:
Post a Comment