Wednesday, 29 March 2017

Trip 3 Beranak

Assalamualaikum..
27 Februari 2017
Lokasi: Muar, Kuantan, Puncak Jalil.

Selepas dah settle urusan menziarah di Kluang, kitorang pun bergerak balik. Tapi sebelum tu, pergi alas perut dulu. Makan murtabak Singapore 

3 budak botak.
Kemain baik lagi.

The Murtabak. Nyum2..
Budak2 botak tu pun makan banyak jugak.




 Lepas dah alas perut (alas la sangat) dan cas energy, kitorang ready untuk bergerak. Aku dengan abang aku bertukar tempat. Aku naik dengan Mak Abah sebab kitorang masih bercuti dan nak melawat sedara mara. Abang aku naik dengan akak aku. Diorang kerja esoknya. 

Aku dengan Mak Abah pergi rumah Pak Ngah, Pakcik Lias dan Mak Itam. Lepas tu terus gerak ke rumah Mak Long then bermalam kat situ. Esoknya, dari rumah Mak Long, kitorang gerak ke Kuantan melalui jalan dalam, ikut Segamat.

Ok.. Singgah toilet jap.

Jalan lancar tapi lepas tu hujan lebat.

Dan akhirnya kitorang berjaya sampai di Kuantan. Kitorang pergi rumah kembar aku, Jiji.
Kitorang disambut oleh Noman. Kemain lagi dia menggesel kat Mak aku eh..

Malam tu kitorang dinner di Sate Zul. Dulu masa trip pergi kuantan dengan Ika & Teratai pun, kitorang ada makan kat sini jugak. Maybe tempat ni antara tempat makan yg famous kat sini.



Haaaaa Adam.. makan jangan tak makan..
Tapi dia memang betul2 makan pun.

Lepas makan kitorang pergi Teluk Cempedak. Kitorang main Bumper Car. Gambo takde sebab Abah yang tukang tangkap gambo. Semua dalam fon dia.

On the way balik, sempat kitorang lepak kat dataran Kuantan.


Adam la yang paling seronok sebab ada playground. Tapi Achu nye pun tumpang sekaki main buai bagai. Hahaha

Hotel yg aku, Ika & Teratai duduk dulu. Betul2 depan ni je.


Okey.. Gigih nak bergambo kat sini. Ada bintang2 LED.

Esoknya, kitorang plan nak pergi jalan2 kat pantai. Sekali pagi tu, Adam kena cakar dengan Noman. Panik masing2 sebab darah banyak meleleh2. Bawak pergi klinik. Kena gam sikit luka dia tu.

Tapi petang nya tu nampak ok je dia, aktif macam biasa. So, kitorang pergi jalan2 kat Pantai Sepat. Bendera merah dah naik. Amaranan ombak kuat.

Haaa gelak besar.

Tudung kepet? No hal lah. 


Angin kuat betul. Sampai nak terbang lah rasanya.. (^_^)y

Jom cuci kaki. Hujan dah start turun, 
jom gerak cari minum petang.


Ni dia minum petang. Meriah kan..
 Kopok lekor dia sedap.

Pengat Pisang dan Pulut Durian.
Pulut Durian harga RM10 oiii.  Tanjat gigirl.



Lepas dah bersantap minum petang, kitorang pergi shopping kopok lekor Ghani Black. Menggagau jugak la mencari sebab aku ingat2 lupa jalan nak ke situ. Tapi pakai waze, settle masalah.

Nak tido malam tu, Adam datang sembang2. Tengok la mata dia. Lebam dah. Huhuhu

Pagi esoknya dah nak bergerak balik. Adam pun ada checkup. So kitorang keluar sama2 la. Diorang hanta sampai tol Gambang. Bye2 Adam.. Nanti jumpa lagi.

Ok.. Next station, Selayang. Rumah Mak Long Dah. Ni time berhenti kat RnR Genting Sempah. Selepas beberapa jam kat rumah Mak Long, kitorang gerak ke Puncak Jalil, rumah abang aku.

Tengah lepak2 tengok tv petang tu, si Auni merengek2 nak makan spagetti. Tok Wan dia cair kalau cucu mintak makan. So malam tu kitorang makan western food.

Haa.. Tengok la Tok Wan makan apa. Chicken Chop ye.. Hehehe..

Sila makan wahai family ku.

Malam ni Tok belanje.
Air tu kitorang kongsi berdua. Sweet tak? Haha

Antara menu malam tu. Haaaaa..

Okey, sudah sampai ke kemuncaknya untuk Achu. Ni esoknya,sesi hantar Achu balik ke Senawang. Kakak Amani nak ikut, dan dia berjaya pujuk Tok Wan dia, tunggu dia balik sekolah baru gerak.


Haaa.. bukan dia je yang ikut, Mama dia dengan Auni sekali kena angkut.

Dah sampai Senawang, jalan2 kat Mydin dulu. Tok dengan Tok Wan belum pernah masuk Mydin sini lagi.

Cendawan bergerak. Muahahahaha..

Ekceli masa lalu kat area Kajang, Tok Wan ada sebut kita di area Kajang. Tiba2 Kakak sebut Sate Kajang. Dan... sekali lagi Tok Wan cair bila cucu mintak makan. So singgah la beli Sate Kajang Samuri tu kat Senawang. Sementara tunggu Tok Wan beli, kitorang masuk Kedai RM2.. Maka inilah hasil pau Achu. hehehehehe...

Percutian aku berakhir di sini. Tapi Mak Abah aku belum lagi. Diorang balik ke Puncak Jalil untuk 1 malam lagi. Esoknya ke Banting pulak, rumah 3 budak botak.. Selepas beberapa hari baru pulang ke Taiping. Hebat... Hebat...


No comments: