Saturday, 7 January 2017

Reunion Madid: 10th Years After School

Assalamualaikum..
Tarikh: 17 December 2016
Lokasi: Hotel Taiping Perdana, Taiping.

Pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik
Rupanya dah 10 tahun habis sekolah. Zaman gila-gila remaja dah berlalu. Cewah!
Makanya setelah melalui beberapa proses membuang undi untuk tarikh dan tempat, akhirnya terjadi jugak lah reunion ni. 
Siap ada tema: Merah Biru


 Dah sampai. Tempat kejadian di Dewan Warisan 5
Aku masuk, scan kiri kanan lepastu amik tempat, duduk kat meja geng2 bujang. Hahahahaha..

Kembar aku Si Jiji tu tak dapat join. Aku sotang je la, jadi wakil. 

 Setiap orang diberikan gift. 
Kat situ ada tulis nombor untuk cabutan bertuah. Aku punya no 28. Tapi sayangnya aku tertinggal benda ni. Dah on the way balik baru teringat. Sedih gila ooo...

Ni pulak guest book. Masing2 sila la tulis update terkini tentang diri masing2 ye.


Kita perkenalkan muka2 committee dulu.. (Time ni baru aku tau sape committee nye..) 
Aqliah, Pinat, Zati, Mira, Hanis, Chaun, Edo, Sopi.
Thanks korang sebab menjadikan reunion ni jadi. (^_^)y


Lepas tu, pinjam pulak gambo makanan kat meja committee. Excited jumpa kawan2 lama sampai lupa nak snap gambo2 makanan. Selalunya benda ni satu kewajipan la untuk aku.


Meja The Bujangs.. Hahaha..
Ada aku, Pikah, Wani, Afirah, adik2 sedara Afirah, dan terselit Sopi dan wife nya itu.


Si Pikah ni la yang panggil2 aku suruh duduk meja ni.

 
Haaa.. Tudia.. Akhirnya sampai jugak la kawan aku yang sorang ni. 
Lama bebenor nak sampai. Mati kutu jugak la aku dibuatnya. Tapi biar dia amik masa dia dulu. Pegi la makan kat meja2 family nun. Kang kita bergambo2 ye.

<<<<<<<<<<<  >>>>>>>>>>


Okey nak tepek gambo2 family dulu. Ramai rupanya yang dah kawen. 
Dah jadi mak bapak orang dah.
Family Farid 

Family Chaun

Family Mira

Family Hafizan & Rabiatul
(Dua2 budak Madid)


Family Sopi

Family Farahi

Family Faz


Family Mubin

Family Megat

Family Sela

Family Saja

Family Ieha

Family Nabila

Family Mona

<<<<<<<<<<  >>>>>>>>>>

Ni semua satu geng ni. Tabik spring la kat korang ni boleh manage geng ramai2.

<<<<<<<<<<  >>>>>>>>>>
Serius aku tak ingat nama diorang ni.. Lain bebenor... Hahahah..

Sepu


Ntah sape tah yang baju peach pegang belon tu.





<<<<<<<<<<  >>>>>>>>>>

Ada lucky draw sebagai memeriahkan majlis. Orang yang mencabut dengan orang yang mendapat tu, kena bagi ucapan. Kali ni aku takde dapat apa2 lucky draw.
 Selamat... Tak payah bagi ucapan.. Muahahahaha...


Won

 
Kiri: Afirah <-----> Kanan: Hadi

  


<<<<<<<<<<  >>>>>>>>>>



Yang sebelah Sepu ni kitorang panggil Pingu. Tak ingat la nape panggil cenggitu. 
Nama betul pun dah tak tau sape.


Liyeh, Ihsan, Sepu.. Rasanya diorang ni berpakat pakai baju kotak2 kot. 
Ntah2 ada buat persembahan tapi aku tak sempat tengok sebab datang lambat kan.. Kikiki

 
Liyeh ngan Megat.. Sembang bisnes maybe..






Ni Muawwadz anak Ieha..





 

 





Wo! Dapat grand prize tu.. Nampaknya mak dia yang terlebih excited.
Ni la rezeki namanya. Grand prize ni diberi untuk siapa yang birthday dia paling hampir dengan tarikh reunion ni. So, dapat la kat Faz sebab birthday dia 9  Desember. Hehehe..


 
Wani & Zati

<<<<<<<<<<  >>>>>>>>>>

 



Aku, Wani, Zati, Ieha


<<<<<<<<<<  >>>>>>>>>>



Dapat jugak la kitorang bergambo dengan banner ni. 
Tapi kesian Wassem nangis, tak selesa kot.

Dah nak balik dah pun sempat lagi mintak husband Faz tolong tangkapkan gambo.

<<<<<<<<<  >>>>>>>>>>

Ehem3... Sebelum balik, moh tangkap gambo beramai-ramai!

Kaum Hawa

 

 

Kaum Adam

 
Last sekali, berhimpit la semua. Nampak tu aku sekerat kat hujung tu.


Errmmm.. Harapnya akan ada la next reunion. Tak kisah la walaupun 10 tahun lagi.
Dan harapnya yang next tu aku sehat sejahtera la. Tak macam yang ni, tak sehat, batuk, selesema.. Nak beramah mesra pun takde mood. Hehehehe.. 

InsyaAllah.. 
Semoga semua berjaya dalam hidup, bahagia dengan keluarga, dan semoga ukhwah fillah yang terbina ni kekal abadan abada dan hingga ke jannah. Aminn..
*Dah lama tak keluar ayat cenggini.. =)











No comments: