Assalamualaikum..
10 September 2016
Lokasi: Kuala Klawang, Jelebu.
Harini hari belangsungnya majlis.
Pagi-pagi lepas sarapan kitorang terus gerak ke dewan untuk setup meja hadiah, goodie bag dan macam2 lagi la. Selaju yang boleh la kitorang buat. Yang paling best nye, semua tenaga kerja adalah wanita. Hebat kan... Hihi..
Harini hari belangsungnya majlis.
Pagi-pagi lepas sarapan kitorang terus gerak ke dewan untuk setup meja hadiah, goodie bag dan macam2 lagi la. Selaju yang boleh la kitorang buat. Yang paling best nye, semua tenaga kerja adalah wanita. Hebat kan... Hihi..
Banner dah diperbetulkan kedudukan
Susunan meja pun dah siap. Semalam berterabur sebab ada makhluk2 yang main badminton kat situ. Gigih diorang tolak meja2 tu semua. Ish3
Booth aiskrim dah ready dah
Candy booth la konon2nya. Disponsor oleh Cik Teratai demi menunaikan nazar dia.
Guest book. Pink color tu.
zoom sikit gegulanya.
Haaaa.. muka2 tukang kemas. Hahaha..
Meja goodie bag. Camni je mampu nak susun.
Antara hadiah yang terawal. Tu Kak Lela tu dah posing dah.
Dan.. Rupa dewan dari luar.
Lepas setel je mengemas, kitorang bergegas balik ke motel untuk bersiap.
Ada tugas lagi lepas ni iaitu sebagai 'Dayang'. Muahahaha..
Taraaaa.. Teratai dan aku dengan kebaya kitorang.
First time seumur hidup aku pakai kebaya. Ni semua gara2 Mort la ni request suruh buat.
Sementara tunggu pengantin siap, posing la barang sekeping dua kan.
Dari kiri: Aku, Teratai, Kak Lela
Posing dengan pengantin pulak.
Atas: Mort dengan Kak Mas, Kak Lela
Bawah: Mort dengan Aku, Teratai, Shida.
Gamba Yeen takde. Huhu
Yeah.. Raja Sehari bersama dayang-dayangnya
Okey, lepas semua dah ready, kitorang pun bergerak ke dewan.
Dah sampai.. Masing2 amik tempat masing2. Kak Mas dan Yop sebagai pengapit.
Yang lain2 terus je susun ikut formasi seperti yang telah dibincangkan iaitu 4:3:2
Depan sekali pengantin dan pengapit. Barisan kedua Yeen, Shida dan Kak Lela.
Barisan ketiga Aku dan Teratai. Lepas tu diikuti ahli2 rombongan. Aku dengan Teratai memang hepi gila la sebab kitorang tersorok kat tengah2.
Tiba-tiba..
Taraaaa.. tiba-tiba kena tukar daa.. Dah jadi 2:3:4
Dah jadi aku dengan Teratai kat depan. Hentam sajalah.
Makanya rombongan pengantin pun berjalan la di red carpet diiringi bacaan selawat diikuti Qasidah yang sedap giler tu. Hehehe..
Pengantin mengambil tempat diikuti bacaan doa.
Sementara pengantin tengah bersanding tu, kitorang berphotoshoot di tepi dewan. Haha!
Lepastu, makan aiskrim. Nyum2..
Qasidah diteruskan sepanjang persandingan. Alahai sedapnye telinga ni mendengar. =)
Ni kumpulan Tumbuk Kalang. Cik Lela punya kumpulan. First time aku tengok.
Penyanyi dia. Mantop la suara diorang.
Bila pengantin dah turun makan, aku dengan Teratai cepat2 setelkan tugasan part kitorang iaitu mengedarkan bunga telur kepada pihak keluarga pengantin lelaki, kumpulan Qasidah, kumpulan Tumbuk Kalang dan para tetamu.
Tengah2 buat kerja nampak Along. Along ni jiran Mort. Tapi kerja di hospital yang sama dengan kitorang jugak. Sebab tu kitorang kenal.
Dah habis bunga telur tu kitorang edar, terus serbu makanan. Makan Time!!
Nampak tak jambu tu? Sesunggunya ia sangat lazat. Lain la jambu ni. Dia macam jambu asam boi tu tapi bukan asam boi, dia pakai asam kulit limau. Tak tau nak cerita macam mana tapi lazat la. Hahaha..
Nampak tu... Makan sambil bergosip.
Masa untuk potong kek
Potong jangan tak potong
Turn diorang bertiga pulak buat kerja. Setelkan kek.
Aktiviti sambilan sambil mengisi masa lapang kononnya.
Muncul Si Nadia Labu yang datang dengan adik dia.
Angkat pinggan kek terus pergi duduk meja dia.
Lepastu, amik peluang bergambo dengan pengantin.
Sedih weh baca tulisan Cik Lela dalam guest book ni.
Turn Kitorang pulak
Time ni dah nak pergi outdoor dah. Tunggu pengantin. Tunggu geng2 dayang yang lain pergi checkout kat motel. Aku dengan Teratai dah siap checkout dah sebelum pergi dewan lagi. Sebab kitorang malas nak patah balik dah. Angkut semua barang siap2.
Aku tak kenal ni siapa tapi cuba tengok yang kat belakang tu. Hahaha.. Aku dan Teratai macam biasa la, tapau lauk. bukan kitorang memandai sendiri tau. Cik Lela yang suruh.
Ok, go to outdooor!!
No comments:
Post a Comment