Friday, 22 July 2016

Farewell Ira Rara

Assalaamualaikum..
18 July 2016
Lokasi: Pizza Hut Palm Mall

Maka tersebutlah kisah di hari terakhir Cik Puan Misi Ira Rara... Dia berpindah ke hospital lain demi mengikuti hubby tersayang dia. So, aku, Mort dan Teratai sepakat nak buat farewell untuk dia. Tempat yang menjadi pilihan adalah Pizza Hut.

Sebelum tu, kena cerita sikit macamana boleh kawan dengan seorang nurse. Bukan tak boleh, tapi di sesetengah tempat, nurse dan farmasi biasanya tak ngam. Jawapannya, tak tau la kenapa. Hahahaha.. Kat sini kitorang okey je dengan mana2 department pun. Sedangkan Si Ika pun kitorang boleh duduk serumah. Dah hampir 5 tahun dah pun. 

Asalnya Mort la yang kawan dulu dengan si Ira Rara ni. Bukan senang ye seorang Mort ni nak kawan dengan mana-mana orang. Tapi, kawan Mort adalah kawan aku dan Teratai jugak. Tup2 je dah okey. Siap pergi kenduri kawen dia lagi. Jauh weh kampung dia. Siap ada tragedi tayar gelong tengah jalan.. hehhehe..

Mort jemput aku dan Teratai dulu. Lepas tu baru jemput Ira Rara. Ni gambar dalam kereta, bukti kitorang dah sampai. Kitorang tunggu Ira kat depan SS Daily sebab tak nak bebudak rumah dia nampak. Kang ada yang touching. Muahahaha!
Misi yang diraikan. Nampaknya dia ikutkan je permintaan Mort dengan Teratai, suruh dia pakai tudung warna merah. Hahahaha..
Ira Rara dan Mort tengah study menu
Teratai yang sedang membelek pizza. Asalnya dia tak nak tau tangkap gambar ni. Tapi setelah aku paksa, beginilah hasilnya.
Aku.. Sebenarnya petang tu aku baru sampai dari kampung. Malam tu terus keluar demi farewell Ira Rara.. Terharu tak? (^_^)y

Masing-masing menyaiton pilih makanan..

Inilah pizza yang menjadi idaman kalbu kitoranng malam ni.
Malas nak rotate gambar ni sebab keciwa punya pasal. Kenapa? Jeng jeng jeng!
Aku lagiii
Wefie lagi.. Tapi masih belum order jugak..

Dan lagii.. Hahahha..
Teratai dan pizza idaman kalbu. Nampak gumbira betul eh.
Tetapi... Pizza idaman kalbu tu tak ada okey kat sini! Arggghhh frust nyeee..
At last kitorang order yang ni.. Okey je.. Tapi tu la.. Tak dapat merasa yang tu tuu.. huhuhu..
Aku dan Teratai masih mampu tersenyum dengan gambar pizza pilihan kedua kitorang ni.
Dah order, borak-borak la sambil tunggu makanan sampai.
Mushrooom Soup

Chip n dip.. 
Aku dan Chip n dip.. 
Boleh tahan la benda ni. Aku suka sos dia.. Aku simpan sos dia untuk makan dengan pizza.
Ira Rara dengan pizza pertama. Kitorang order Beef Pepperoni tapi yang sampai Chicken Pepperoni. Hadoiii... Spoil betul la!! Tapi kitorang ambil jugak la. Dah beef tak ada, diorang gantikan dengan ayam dan extra cheese.. Hmmm..
Mort muka tak puas hati kena amikkan pizza.
Garlic Bread.. Perut tengah lapar, sekejap je licin.
Yang ni sedapp!! Crispy Chicken Wing!
Aku ni bukan penggermar wing.. So bila aku cakap wing ni sedap, sedap la tu kot. hahaha
Nampak tu.. Excited nak ngap!
Pizza kedua. Tak ingat la nama dia.. Tapi ni pun sedap jugak. 
Yang ni Mort yang pilih. Gud job Mort! Yang ni tak habis makan. Mort tapau bawak balik untuk sarapan dia esok pagi. Hebat sarapan dia kann.. 
Meat Ball Bolognese Spagetti. Yang ni permintaan Ira Rara.
Malangnya benda ni sampai time semua orang dah kekenyangan membaham pizza. So kitorang iaitu aku, Teratai dan Ira makan sorang sikit bagi habis. Mort memang tak makan benda ni. Macam getah pemadam katanya. hahaha
Aiskirim ni hampir-hampir telupa. Nasib la aku teringat. Ira Rara dengan Mort order aiskrim coklat, aku dengan Teratai order vanilla. Tapi yang sampai semuanya coklat. Keciwa lagi di akhirnya.. Tapi aku makan jugak la.. huhuhu..

Sebelum balik, mintak tolong staff situ amikkan gambar. 
Mengabadikan kenangan la katakan..

Done berpizza!!

Akhir kata: Selamat bekerja di tempat baru Ira Rara!
Semoga berbahagia di samping hubby tersayang, Mr. Talib!
Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.. Eh? Hahaha...
Bye Bye.. Sayonara..

No comments: